
Lidah buaya merupakan sebuah pokok ubat terkenal yang tumbuh di kawasan tropikal. Ia telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu kerana khasiatnya pada kesihatan dan kecantikan.
Terdapat banyak kompaun bioaktif yang ada di dalam daun pokok ini termasuk vitamin, mineral, asid amino dan antioksida. Lima khasiatnya yang paling signifikan disenaraikan di bawah.
Lidah buaya (aloe vera) mempunyai kuasa antioksida dan antibakteria
Terdapat pelbagai kompaun antioksida yang ditemui di dalam aloe vera. Antioksida ini kebanyakannya ialah polyphenol yang membantu membuang radikal bebas yang merosakkan sel kulit badan anda.
Lidah buaya adalah bahan yang sangat penting dalam produk kecantikan kerana manfaatnya dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Polyphenol ini bersama dengan bahan-bahan lain di dalam aloe vera boleh membantu melawan bakteria berbahaya tertentu yang menyebabkan jangkitan.
Jika digunakan secara topikal, daun ini membantu merangsang proses pemulihan luka.
Jika diambil melalui mulut, ia boleh mencegah penyakit dan menyahtoksik sistem penghadaman.
Mempercepatkan pemulihan kulit
Aloe vera mempunyai kemampuan untuk merangsang fibroblast, iaitu sejenis sel kulit yang menghasilkan kolagen. Kolagen ialah satu protein yang penting dalam mengekalkan struktur dan keanjalan kulit.
Gel topikal daun ini telah terbukti melambatkan penuaan kulit. Produk kosmestik anti-penuaan seperti pelembap dan krim mata yang mengandungi bahan dari lidah buaya boleh mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan yang lain.
Menggalakkan proses pemulihan
Di samping kelebihannya merawat luka, aloe vera juga merupakan rawatan yang berguna bagi kebakaran. Ia dibuktikan oleh kajian saintifik bahawa lidah buaya adalah rawatan yang efektif untuk kebakaran tahap pertama dan kedua.
Kajian menemui bahawa tumbuhan ini mampu memendekkan proses pemulihan dari kebakaran kepada sekitar 9 hari berbanding ubat konvensional. Biasanya ia digunakan secara topikal dengan menyapu gelnya ke atas kulit.
Membantu petumbuhan rambut
Menyapu lidah buaya di atas kepala boleh membantu pertumbuhan rambut yang lebih pantas. Ramai menggunakan lidah buaya untuk rambut mereka mendakwa bahawa ia adalah berkesan.
Cara yang paling biasa digunakan adalah dengan menyapu gel dari daun lidah buaya ke rambut dan membilasnya selepas satu jam.
Minuman dan produk rambut tumbuhan ini juga membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
Merawat ulser mulut
Ulser mulut atau kanker adalah masalah yang kerap dialami oleh ramai orang. Ulser ini kebiasaannya dari dalam mulut atau di belakang bibir dan berkekalan sekitar 7 ke 10 hari.
Menggunakan aloe vera sebagai rawatan telah menunjukkan bukti yang meyakinkan dalam membantu dan menggalakkan proses pemulihan ulser tersebut.
Bukan hanya saiz ulser dikurangkan, malah sakitnya juga dapat diatasi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.