backup og meta

Ikut 7 Cara Ini Kalau Tak Nak Tumbuh Jerawat Di Pipi

Ikut 7 Cara Ini Kalau Tak Nak Tumbuh Jerawat Di Pipi

Akne, masalah keradangan kulit yang menyebabkan kemunculan bintik halus dan jerawat! Ia boleh terbentuk di mana sahaja, sama ada jerawat di pipi kanan atau kiri, bahu, belakang, leher, dada, mahupun lengan.

Dikenali dengan banyak nama, akne dikelaskan mengikut kelas tertentu seperti whiteheads, blackheads, sista, dan nodule.

Jerawat di pipi kanan atau kawasan badan lain sering berlaku dalam fasa akil baligh, ketika kelenjar sebum sedang aktif. Pun begitu, ia masih berpotensi untuk terbentuk pada usia berapa pun.

Walaupun akne bukanlah 1 kondisi yang berbahaya, ia masih boleh meninggalkan parut pada kulit.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Jerawat di pipi kanan, apa puncanya?

Untuk makluman pembaca, jerawat di pipi kiri berlaku apabila kelenjar sebum yang melekat pada folikel rambut dirangsang ketika akil baligh atau disebabkan perubahan hormon.

Sebum (minyak) adalah bahan semula jadi yang dihasilkan sebagai pelincir dan pelindung kulit.

Apabila sebum di folikel rambut menjadi tersumbat, maka di sinilah munculnya whiteheads. 

Bintik ini kemudian akan bertukar warna menjadi kehitaman (blackheads) apabila lapisan kulit terdedah dengan elemen luar.

Lama-kelamaan, folikel yang tersumbat akan membesar membentuk benjolan.

Semakin besar benjolan jerawat di pipi kanan wajah, semakin rapuh dinding kulit di sekitarnya, lantas memungkinkan jangkitan bakteria.

Apabila jerawat di pipi kiri dijangkiti bakteria hingga ke lapisan kulit yang dalam, keradangan boleh berlaku yang kemudiannya, membentuk sejenis sista.

Selain faktor penyumbatan, beberapa elemen lain turut berupaya menyumbang kepada pembentukan akne.

Antaranya:

jerawat di pipi kanan

Ingin cegah jerawat di pipi kanan? Amalkan tip-tip ini!

#1 Sentiasa jaga kebersihan wajah

Sama ada anda mempunyai kulit berjerawat atau sebaliknya, mengekalkan kebersihan kulit wajah pada tahap optimum adalah amat mustahak!

Kenapa penting? Pencucian wajah akan bantu menghilangkan kekotoran, debu-debu halus yang tidak kelihatan, sel kulit mati atau minyak kulit berlebihan.

Tipnya; Cuci muka 2 kali sehari, siang dan malam. Gunakan pencuci muka dengan kadar PH seimbang dan dilabel non-comedogenic.

Harus kalian faham, mencuci dengan terlalu kerap juga tidak semestinya lebih baik, malah mungkin lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

#2 Cubalah produk jerawat di pipi kanan di kaunter

Produk-produk akne di kaunter tidak memerlukan sebarang preskripsi.

Sebilangan besar daripadanya mengandungi bahan seperti benzoil peroksida, asid salisilik, asid glikolik, atau asid laktik, yang mengekang pembentukan bakteria tapi mampu mengeringkan kulit.

Disebabkan itu, kalian harus berhati-hati saat menggunakan produk sebegini.

Anda juga disarankan untuk bermula dengan kepekatan yang rendah hingga kulit mulai serasi dengan produk tersebut.

#3 Gunakan alat solek dengan berhati-hati

Semasa kulit ‘dilanda’ jerawat, elakkan daripada memakai bedak asas atau pemerah pipi.

Sekiranya anda masih ingin memakai alat solek, pastikan untuk mencucinya dengan bersih sebelum tidur.

Bagi mereka dengan kulit berjerawat, memakai kosmetik yang diformulasi sebagai bebas minyak, tanpa pewarna atau bahan kimia tambahan menjadi pilihan yang bijak!

Selain itu, pilih alat solek yang dilabelkan sebagai non-comedogenic, yang bermaksud tidak akan mencetuskan jerawat.

Sentiasa rajinkan diri untuk membaca dan menilai senarai ramuan pada label produk sebelum membeli okey!

#4 Kawal tangan, elak kerap sentuh muka!

Tabiat menyentuh muka ini sering menjadi punca tumbuhnya jerawat! Elakkan menyentuh pipi, dagu atau wajah anda, lebih-lebih lagi tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Mengapa? Ini kerana, anda bukan sahaja menyebarkan bakteria, bahkan berupaya merengsakan kulit wajah yang sudah meradang.

Peringatan! Jangan pandai-pandai memicit atau mengeluarkan isi jerawat dengan jari yang tidak dicuci, tindakan ini berisiko memicu jangkitan dan parut.

#5 Bersenam secara konsisten

jerawat di pipi kanan

Bersenam secara teratur bukan sahaja bagus untuk tubuh badan, ia juga bermanfaat untuk kesihatan kulit.

Semasa bersenam pula, elakkan memakai pakaian atau menggunakan peralatan yang  berupaya mewujudkan geseran dengan kulit atau menyebabkan kegatalan.

Pastikan untuk mandi atau mengeringkan peluh sejurus selepas bersenam.

#6 Elakkan pendedahan matahari yang melampau

Selaran matahari yang mengandungi sinaran ultraviolet berupaya meningkatkan keradangan, kemerahan, bahkan jeragat (hiperpigmentasi) yang sukar dirawat!

Beberapa jenis ubat jerawat di pipi kanan atau kawasan tubuh lain juga boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Hadkan masa anda terdedah dengan sinaran matahari, terutama sekitar jam 10 pagi dan 4 petang.

Tanpa mengira jenis dan masalah kulit, selalu gunakan krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi sekurang-kurangnya 20 minit sebelum melangkah ke luar rumah.

#7 Jangan stres stres ya!

Beberapa kajian telah mengaitkan faktor tekanan/ stres dengan masalah kulit berjerawat.

Terbukti, apabila tekanan yang dihadapi tidak diuruskan dengan baik, kesihatan kulit akan mula terjejas.

Oleh itu, penting untuk mengenal pasti punca stres dan cubalah yang terbaik untuk mengawal serta menguruskan perasaan tersebut sebaik mungkin.

Sekiranya kalian masih berasa ragu-ragu, rujuk pakar dermatologi untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang bersesuaian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047. July 25, 2021.
  2. How to treat different types of acne. https://www.aad.org/public/diseases/acne/diy/types-breakouts. July 25, 2021.
  3. Acne: Overview. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0072395/. July 25, 2021.
  4. Acne. https://www.niams.nih.gov/health_info/Acne/acne_ff.asp#a. July 25, 2021.
  5. Antibiotics for acne. http://www.dermnetnz.org/topics/antibiotics-for-acne/. July 25, 2021.

Versi Terbaru

26/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kulit Sudah Berjerawat Tapi Masih Nak Pakai Mekap, Aik, Salah Ke? Ini Jawapan Tepat Untuk Anda!

Mengidam Makanan Yang Manis-Manis, Bagaimana Cara Untuk Anda Tangani?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan