backup og meta

Jimat Wang, Ini 4 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi!

Jimat Wang, Ini 4 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi!

Siapa sahaja yang tidak mahu kulit muka yang bersih tanpa sebarang cela, bukan? Disebabkan itu terdapat pelbagai produk penjagaan kulit muka yang dijual di pasaran yang mendapat sambutan hangat. Oleh itu, kami ingin kongsikan cara menghilangkan jerawat yang boleh anda cuba. 

Namun begitu, jerawat pada kulit muka masih tidak hilang sepenuhnya. Ia benar-benar menjengkelkan dan merendahkan keyakinan kerana sedikit sebanyak ia pasti akan menjejaskan penampilan diri.

Persoalannya, adakah terdapat cara hilangkan jerawat secara berkesan? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

Cara menghilangkan jerawat

Sebenarnya, cara yang paling tepat dan betul untuk menyelesaikan masalah jerawat pada kulit adalah berjumpa doktor dan dapatkan ubat klinik yang telah diperakui keberkesanannya.

Pun begitu, terdapat juga beberapa cara alternatif atau tradisional yang anda mungkin boleh gunakan untuk mengawal masalah jerawat.

Berikut merupakan beberapa cara hilangkan jerawat paling berkesan yang anda mungkin boleh cuba:

Cara menghilangkan jerawat #1. Minyak pati pokok teh

cara menghilangkan jerawat

Minyak pati pokok teh adalah hasil ekstrak daripada pokok Melaleuca alternifolia, yang merupakan natif dari Australia.

Menurut kajian, 5% gel ekstrak tumbuhan ini adalah 4 kali ganda lebih berkesan mengurangkan jerawat daripada 5% benzoyl peroxide.

Selain itu, ia kurang mendatangkan kesan sampingan seperti kemerahan dan kekeringan pada kulit.

Caranya mudah sahaja iaitu sapukan sahaja pada kulit dan bilas dengan air hangat.

Cara menghilangkan jerawat #2. Minyak pati lain

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai lagi minyak pati lain asalkan ia bersifat antibakteria dan antikeradangan untuk mengurangkan jerawat.

Menurut kajian, minyak pati dari tumbuhan seperti kulit kayu manis, cengkih, serai. lavender dan rosemary boleh melawan bakteria penyebab jerawat seperti S. epidermidis dan P. acnes.

Caranya sama seperti minyak pati pokok teh iaitu sapukan sahaja ia pada kulit dan bilas dengan air hangat.

#3. Teh hijau

Kebanyakan individu akan minum air teh hijau kerana khasiatnya terhadap kesihatan dalaman tubuh badan, namun ia juga sebenarnya sangat bagus untuk mengurangkan masalah jerawat.

Teh hijai mengandungi flavonoid dan tannis yang sangat membantu melawan keradangan dan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan epigallocatechin-3-gallate (EGCG) yang boleh berfungsi mengurangkan minyak pada kulit. Caranya juga sama, iaitu sapukan sahaja ia pada kulit dan bilas dengan air hangat.

#4. Lidah buaya

Ini adalah cara hilangkan jerawat yang paling banyak dan sering digunakan dalam kalangan masyarakat kita.

Ekstrak tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan boleh digunakan sebagai bahan aktif dalam pelembap dan pencuci muka, sabun dan losyen pelindung matahari ekoran ia boleh memberikan kelegaan dan dipercayai dapat merawat kulit bermasalah.

Namun, adakah ia benar-benar merupakan cara menghilangkan jerawat yang berkesan?

Benar atau tidak lidah buaya boleh jadi cara hilangkan jerawat?

cara menghilangkan jerawat

Terdapat pelbagai kegunaan lidah buaya yang bermanfaat untuk muka dan kulit. Antara kebaikannya adalah seperti:

  • Sifat antibakteria gel lidah buaya sangat berkesan dalam merawat jerawat dan mengurangkan kemerahan serta keradangan. Ia menghalang bakteria daripada menjangkiti luka jerawat dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ciri-ciri antikulat yang terdapat pada lidah buaya berguna merawat keradangan seperti nodul dan sista pada kulit 
  • Magnesium lactate yang wujud dalam gel lidah buaya membantu mengurangkan rasa gatal disebabkan jerawat. Ia berkesan dalam merawat ruam kulit dan sinaran matahari
  • Gel lidah buaya juga dapat membantu menghilangkan minyak dan kotoran berlebihan dari kulit untuk mencegah jerawat. Ia mengurangkan saiz nodul dan sista yang meradang untuk melegakan kesakitan akibat pembengkakan
  • Gel lidah buaya juga membantu mengurangkan parut jerawat dengan meningkatkan pemulihan kulit baru dan menjadikan kulit anda lebih berseri
  • Gel lidah buaya juga membantu mengurangkan pigmentasi kulit untuk mengurangkan parut dan kecacatan yang disebabkan oleh jerawat
  • Gel lidah buaya juga dapat membantu mengetatkan liang-liang pori pada muka, sekali gus mengurangkan risiko pori tersumbat dengan kotoran

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047. Accessed Nov 23, 2021. 
  2. Acne: Tips for managing. https://www.aad.org/public/diseases/acne/skin-care/tips. Accessed Nov 23, 2021. 
  3. Acne – self-care. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000750.htm. Accessed Nov 23, 2021. 
  4. Prescription Medications. https://www.acne.org/prescription-medications.html. Accessed Nov 23, 2021. 
  5. Acne. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne. Accessed Nov 23, 2021.

Versi Terbaru

28/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Ada Masalah Kulit Jerawat Atau Berkedut? Berita Baik, Terapi Cahaya LED Boleh Membantu!

Kulit Naik Jerawat Apabila Bertukar Produk? Sabar! Kenal Pasti Puncanya Dahulu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan