Tak senang duduk sebab jerawat membengkak selepas anda memicitnya? Tenang, ini ada beberapa cara kecutkan jerawat bengkak boleh dicuba dalam perkongsian artikel ini. Teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apa itu jerawat bengkak?
Sebelum mengetahui cara kecutkan jerawat bengkak, jom kita fahami secara ringkas punca yang menyebabkan ia membengkak.
Jerawat atau akne boleh menjadi bengkak selepas dijangkiti apabila anda cuba meletupkan atau memicitnya. Biasanya selepas jerawat dipicit, ia akan menghasilkan luka terbuka.
[embed-health-tool-bmi]
Ada kalanya bakteria dikenali sebagai Propionibacterium acnes, yang hidup secara semula jadi pada kulit akan memasuki lubang ini dan menyebabkan jangkitan. Kesannya bahagian sekitar jerawat akan berasa sakit, merah atau meradang. Anda juga boleh mengalami demam.
Jerawat ini boleh dirawat di rumah. Tetapi jika keadaannya teruk atau berhampiran dengan mata, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Tanda jerawat dijangkiti seperti:
- Saiznya lebih besar atau lebih jelas daripada jerawat biasa
- Mengalami demam atau keletihan
- Jerawat berair atau berdarah bercampur nanah
- Sakit atau ketidakselesaan sekitar jerawat
- Bengkak, keradangan atau kemerahan
- Jerawat mungkin berasa panas apabila disentuh
- Akne tidak hilang selepas menggunakan ubat jerawat biasa
Cara kecutkan jerawat bengkak
Jerawat yang membengkak selepas dijangkiti ini boleh merebak dan menyebabkan parut, jadi sebaiknya ia dirawat secepat mungkin.
Bergantung pada jenis jerawat, anda mungkin boleh menggunakan produk over-the-counter (OTC) sebelum beralih kepada rawatan preskripsi lebih kuat.
Perlu diingatkan, tiada petua kecutkan jerawat dengan cepat. Ini kerana setiap rawatan memerlukan masa sebelum anda dapat melihat kesan sepenuhnya.
Rawatan OTC
Terdapat banyak rawatan OTC boleh dicuba sebagai cara kecutkan jerawat bengkak. Berikut adalah 3 bahan utama yang perlu ada dalam produk seperti ini:
- Benzoyl peroxide
Bahan ini berfungsi untuk membunuh bakteria punca jerawat yang mungkin terperangkap dalam liang pori dan membantu mengurangkan keradangan.
Namun ia boleh mengeringkan kulit, sebaiknya hanya guna pada tempat jerawat sahaja.
- Salicylic acid
Bahan ini mempunyai kesan pengelupasan dan menanggalkan sel kulit mati dari dalam pori. Ia juga membantu merawat luka jerawat dan mencegahnya daripada kembali.
Ia boleh digunakan pada seluruh wajah, tetapi pastikan anda tidak lupa untuk menggunakan pelembap kulit dari masa ke masa kerana bahan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
- Sulfur
Merupakan bahan yang paling banyak di dalam produk merawat jerawat. Pun begitu, ia paling berkesan untuk jerawat ringan dan tidak meradang.
Anda disarankan untuk memulakan rutin penjagaan wajah dengan menggunakan pencuci muka yang mengandungi asid salisilik dan ubat jerawat dengan benzoil peroksida. Ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum anda boleh dapat melihat perbezaannya.
Sesetengah jerawat yang membengkak mungkin tidak akan bertindak balas terhadap rawatan OTC, terutamanya jika ia banyak dan berulang.
Sekiranya tiada perubahan pada wajah selepas tiga bulan, pertimbangkan untuk berjumpa pakar kulit (dermatologi).
Baca juga: