backup og meta

Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!

    Penyakit psoriasis bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat, kulit yang bersisik dan kemerahan sering dikaitkan dengan masalah ini. Lebih bahaya lagi bila ia menyebabkan rasa gatal di kemaluan.

    Penyakit kulit ini boleh berlaku di banyak bahagian badan, namun bagaimana pula dengan bahagian intim? Apa penyebab gatal kemaluan ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Rasa gatal di kemaluan petanda psoriasis kemaluan?

    Psoriasis adalah penyakit autoimun yang meradang dan mempengaruhi kulit di bahagian badan anda. 

    Psoriasis kemaluan terjadi di sekitar kawasan alat sulit anda. Ia boleh terjadi pada vulva mahupun zakar. 

    Ia juga sering muncul pada bahagian paha, lipatan kulit antara paha dan pangkal paha, atau di celahan punggung namun ia jarang berlaku pada bahagian dalam faraj.

    Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit psoriasis, tetapi apa penyebab gatal kemaluan terjadi masih belum dapat diketahui. Jadi, mungkinkah gatal di kemaluan petanda psoriasis?

    Bagaimanakah rupa psoriasis ini? 

    kegatalan zakar
    Petua tradisional hilangkan gatal di zakar.

    Psoriasis di kemaluan sering berwarna merah terang, halus, serta berkilat.

    Anda biasanya tidak melihat sisikan kulit kerana ia akan gugur semasa anda bergerak.

    Bagi para wanita yang mempunyai masalah ini, akan mempunyai gejala plaque berwarna kelabu dan bersisik pada bahagian vulva.

    Selain itu, lelaki akan mendapat tompok merah di bahagian zakar atau pada penghujung zakar.

    Psoriasis ini tidak hanya mampu muncul di bahagian intim anda. Anda mungkin juga akan melihat ia di:

    • Paha
    • Lipatan kulit di antara paha dan pangkal paha
    • Lipatan kulit punggung
    punca zakar gatal
    Penyebab buah zakar rasa gatal.

    Bagaimana rasanya gatal di kemaluan? 

    Gejala psoriasis di bahagian intim mungkin kelihatan lebih teruk, tidak selesa, dan memalukan berbanding pada bahagian badan anda yang lain. 

    Ia juga cenderung mengubah perasaan anda berkaitan perihal seks dan keintiman.

    Kawasan intim ini sangat sensitif, jadi keperluan untuk menggaru terasa lebih kuat dan lebih lama.

    Malahan, masalah gatal di kemaluan ini boleh menyebabkan anda menggaru sehingga berdarah dan membuatkan ia menjadi lebih teruk.

    Ia mungkin membuat anda berjaga pada waktu malam dan juga boleh menyukarkan pesakit untuk berhubungan intim.

    Selain itu, psoriasis pada kemaluan terasa seperti menyengat dan mempunyai burning sensation umpama meletakkan sesuatu yang panas pada kulit anda.

    Di samping itu juga, peluh, panas, dan geseran boleh menjadikannya lebih teruk.

    Jenis rawatan

    gatal di kemaluan
    Cara mengurangkan kegatalan faraj.

    Sekiranya anda melihat ruam di kawasan kemaluan anda, cara nak hilangkan gatal di kemaluan di bawah ini dapat mengelakkan ia daripada menjadi lebih teruk:

    • Elakkan produk kebersihan diri dengan bahan kimia seperti wangian atau bahan keras lain
    • Sentiasa jaga kebersihan kawasan intim
    • Selepas mandi, gunakan tuala lembut dan lap perlahan-lahan ketika mengeringkan
    • Elakkan menggosok
    • Gunakan tisu tandas yang lembut dan senang menyerap
    • Pilih pakaian yang membolehkan kulit bernafas dan longgar

    Sekiranya doktor mengesahkan anda mempunyai psoriasis di kemaluan, terdapat pelbagai cara nak hilangkan gatal di kemaluan yang anda boleh cuba.

    Krim topikal yang dipreskripsi oleh doktor dapat meredakan gatal dan rasa tidak selesa. 

    Dalam beberapa kes, doktor anda mungkin mengesyorkan krim steroid.

    Selain itu, sebilangan ubat atau pelembap juga boleh membantu, minta pandangan doktor anda sebelum menggunakannya.

    Mengubati psoriasis dengan rawatan oral atau suntikan sistemik turut dapat mengurangkan gejalanya.

    Perlu diingat bahawa mencari rawatan yang tepat untuk anda mungkin memerlukan tempoh trial and error yang tertentu tetapi dengan bantuan doktor, penemuan solusi yang terbaik tidak mustahil.

    Antara cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan

    Berikut merupakan cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan:

    • Gunakan pembersih yang lembut tanpa sebarang wangian. Semasa mandi, anda harus mengelakkan sabun tertentu terutamanya yang berunsurkan antibakteria. Ini kerana ia boleh merengsakan kulit, menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk dan gatal
    • Sentiasa lembapkan kulit. Sapukan pelembap lembut bebas wangian pada bahagian kulit yang terkesan dengan psoriasis setelah mandi dan ketika kawasan tersebut terasa kering. Ini dapat mengurangkan kerengsaan dan kegatalan
    • Gunakan tisu tandas yang berkualiti dan tidak keras. Ini dapat membantu dalam mengurangkan kegatalan kulit
    • Elakkan terkena air kencing atau najis pada kawasan yang mempunyai psoriasis. Ini kerana boleh menyebabkan kesakitan dan burning sensation
    • Pakai seluar dan pakaian dalam yang longgar. Pakaian yang ketat boleh menyebabkan geseran, yang boleh memburukkan lagi masalah psoriasis
    • Ambil banyak serat dalam diet pemakanan juga merupakan salah satu cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan yang berkesan. Makan makanan yang berserat tinggi atau ambil suplemen berunsurkan serat bagi membantu pergerakan usus

    Rumusan

    Kini, anda telah mengetahui cara tradisional hilangkan gatal di kemaluan. Namun begitu, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya tanda gatal di kemaluan anda semakin teruk bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan