backup og meta

Nak Beli Ubat Ekzema Di Farmasi? Ini 6 Tip Dan Cara Rawatannya!

Nak Beli Ubat Ekzema Di Farmasi? Ini 6 Tip Dan Cara Rawatannya!

Apabila seseorang mengalami ekzema, pastinya krim ekzema akan menjadi pilihan utama sebagai rawatan di rumah. Selain ubat eczema di farmasi, terdapat juga beberapa kaedah rawatan lain yang mungkin anda perlu jalani sekiranya mengalami ekzema yang teruk.

Berikut adalah jenis-jenis rawatan yang tersedia bagi penghidap ekzema.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu ekzema?

Dalam dunia perubatan, ekzema turut dikenali sebagai dermatitis atopik.

Ekzema adalah satu keadaan yang menyebabkan kulit anda menjadi kering, merah, gatal-gatal dan berbenjol. Ia merupakan salah satu daripada pelbagai jenis dermatitis.

Sewaktu anda mengalami ekzema, ia akan merosakkan fungsi penghalang kulit atau ‘gam’ kulit anda.

Oleh itu, apabila fungsi penghalang ini rosak, kulit anda akan menjadi lebih sensitif dan lebih terdedah kepada jangkitan dan kekeringan.

Ekzema tidak membahayakan tubuh anda. Ia juga tidak bermakna kulit anda kotor atau dijangkiti, malah ia turut tidak berjangkit.

Anda tidak perlu risau berkenaan penyakit ini kerana terdapat rawatan yang boleh membantu menguruskan gejala anda.

Ini termasuklah ubat eczema di farmasi dan juga krim ekzema yang diberikan oleh doktor.

Kaedah atau jenis rawatan yang tersedia

ubat eczema di farmasi

Masalah ekzema mungkin tidak boleh disembuhkan dengan hanya satu jenis rawatan sahaja.

Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis rawatan dalam tempoh yang agak lama sebelum menemukan kaedah yang paling sesuai untuk mengawal ekzema anda.

Jika anda berkunjung ke klinik atau hospital, doktor mungkin akan menyarankan beberapa kaedah rawatan seperti berikut:

#1. Ubat eczema di farmasi (kortikosteroid)

Biasanya, selepas doktor melakukan diagnosis, mereka akan menyarankan pembelian ubat eczema di farmasi yang boleh didapatkan dengan preskripsi atau tanpa preskripsi.

Ubat ekzema di farmasi ini berfungsi mengawal rasa gatal selain membantu memperbaiki semula keadaan kulit anda.

Doktor mungkin akan menetapkan penggunaan krim atau salap kortikosteroid.

Kortikosteroid topikal (juga dikenali sebagai steroid topikal) ialah krim imunosupresan dan salap yang digunakan untuk merawat keradangan pada ekzema.

Krim ekzema ini mengurangkan kemerahan dan menjadikan kulit kurang gatal dan juga sakit, selain membantu kulit untuk cepat sembuh.

Ia telah digunakan untuk merawat dan mengawal keradangan ekzema selama lebih 50 tahun dan disyorkan sebagai kaedah rawatan pertama untuk ekzema.

#2. Ubat eczema di farmasi (steroid oral)

Selain krim ekzema kortikosteroid secara sapuan, terdapat juga ubat steroid yang diambil melalui mulut. Jenis yang biasa digunakan ialah Prednisolone.

Prednisolone ialah steroid oral yang paling biasa digunakan dalam merawat ekzema.

Ia hanya boleh digunakan sebagai rawatan ekzema dalam jangka masa pendek sahaja disebabkan kesan sampingannya yang agak teruk.

Namun, krim ekzema Prednisolone ini terbukti sangat membantu untuk mengawal keradangan ekzema yang teruk.

#3. Ubat eczema di farmasi (antihistamin)

Ubat antihistamin boleh digunakan sebagai salah satu usaha bagi merawat gejala ekzema.

Ubat antihistamin digunakan bagi melegakan rasa gatal-gatal.

Ubat ini akan menghalang reaksi alergi yang dipicu oleh hormon histamin.

Antara jenis ubat antihistamin yang boleh didapatkan di farmasi ialah cetirizine (Zyrtec), diphenhydramine (Benadryl), fexofenadine (Allegra), dan juga loratadine (Claritin).

#4. Ubat eczema di farmasi (krim emolien)

Emolien merupakan sejenis krim ekzema atau krim pelembap perubatan yang digunakan untuk merawat ekzema.

Ia boleh didapati dalam bentuk krim, salap, losen, gel dan juga semburan.

Ia berbeza daripada pelembap kosmetik kerana krim emolien ia tidak berbau wangi dan tidak mempunyai bahan tambahan ‘antipenuaan’.

ubat eczema di farmasi

Emolien menjadi bahagian penting dalam terapi untuk semua keadaan kulit kering.

Krim ini bukan sahaja selamat malah turut berkesan.

Rutin penjagaan kulit yang menggunakan emolien bukan sahaja boleh melembapkan dan melindungi kulit, tetapi ia turut membantu mengurangkan kekerapan keradangan akibat ekzema.

#5. Kaedah fototerapi atau terapi cahaya

Fototerapi merujuk kepada penggunaan cahaya ultraviolet (UV) untuk merawat ekzema tahap sederhana hingga teruk pada orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Sebelum anda dipertimbangkan untuk menjalani fototerapi, anda perlu mencuba terapi topikal terlebih dahulu.

Jika kaedah topikal tidak dapat mengawal ekzema yang dialami, barulah anda akan menjalani kaedah terapi ini.

Anda mungkin perlu dirujuk kepada pakar dermatologi yang akan menilai kesesuaian anda.

Jika fototerapi disyorkan, sesi rawatan anda akan diawasi oleh jururawat atau ahli fisioterapi yang terlatih dalam fototerapi.

#6. Pembalut basah (wet dressings)

Rawatan yang berkesan untuk masalah ekzema yang teruk akan melibatkan pembalutan kawasan yang terjejas dengan kortikosteroid topikal dan pembalut basah.

Biasanya, kaedah ini dilakukan di hospital bagi mereka yang mempunyai luka ekzema yang besar kerana ia memerlukan tenaga kerja yang intensif dan kepakaran kejururawatan.

Namun, anda juga boleh bertanya kepada doktor anda mengenai cara untuk melakukan teknik ini di rumah.

Jangan tunggu lagi, cuba rawatan ini sekarang

ubat eczema di farmasi

Sekarang anda telah mengetahui beberapa kaedah atau ubat yang boleh digunakan untuk merawat ekzema.

Ada jenis ubat yang boleh didapatkan di farmasi dan ada juga yang mungkin memerlukan preskripsi dan nasihat doktor terlebih dahulu.

Bagi ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan, dapatkannya dengan segera untuk merawat dan melegakan ekzema anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eczema. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9998-eczema#management-and-treatment. Accessed on February 11, 2022.
  2. Atopic dermatitis (eczema). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atopic-dermatitis-eczema/diagnosis-treatment/drc-20353279. Accessed on February 11, 2022.
  3. Treatments for eczema. https://eczema.org/information-and-advice/treatments-for-eczema/. Accessed on February 11, 2022.
  4. Eczema. https://medlineplus.gov/eczema.html. Accessed on February 11, 2022.
  5. Controlling Eczema by Moisturizing. https://nationaleczema.org/eczema/treatment/moisturizing/. Accessed on February 11, 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

23 Pantang Larang Makanan Dan Minuman Untuk Penghidap Ekzema

5 Perkara Yang Anda Mesti Elak Jika Tak Nak Ekzema Kulit Makin Teruk!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan