backup og meta

Bahaya Lakukan Seks Semasa Haid! Ada 4 Trik Layan Suami Waktu Anda 'Bendera Merah'

Bahaya Lakukan Seks Semasa Haid! Ada 4 Trik Layan Suami Waktu Anda 'Bendera Merah'

Pernah tak anda terfikir untuk melakukan seks semasa haid?

Setiap pasangan suami isteri pasti memerlukan keintiman melalui percakapan dan perbuatan (ya, ia memang merujuk kepada seks).

Tanpanya, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur kalian berdua!

Pun begitu, bagaimana pula jika isteri sedang datang bulan? Adakah ia masih boleh diteruskan?

Untuk mengetahui jawapan sebenar mengenai persoalan ini, mari kita semua sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Seks semasa haid: Kenapa tak boleh bersama ketika haid?

Kenapa tak boleh bersama ketika haid?

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, individu yang beragama Islam adalah dilarang untuk melakukan hubungan seks ketika haid.

Ini disebabkan oleh darah haid itu adalah kotor dan termasuk dalam kategori najis pertengahan (mutawasitah).

Pun begitu, ini tidaklah bermakna anda dan pasangan langsung tidak boleh bermesraan atau berintiman berdua kerana terdapat kelonggaran di sini.

Kelonggaran yang dimaksudkan adalah kita dibolehkan untuk memuaskan nafsu syahwat dengan lapik dan tidak menyentuh bahagian antara pusat dengan lutut.

Untuk menjawab soalan seks semasa haid adalah normal atau tidak, boleh dikonklusikan di sini adalah ia tidak normal dan tidak harus dilakukan oleh suami isteri.

seks semasa haid
Fasa haid bukan waktu yang sesuai untuk bersenggama.

Seks semasa haid: Boleh buat hamil?

Selain persoalan pertama tadi, persoalan kedua iaitu adakah perbuatan ini boleh buat hamil juga adalah yang paling popular diajukan.

Hakikatnya, seks ketika haid sewaktu si isteri sedang datang bulan tetap membolehkan kehamilan yang tidak dirancang.

Ini kerana peratusan untuk anda hamil dikatakan adalah sangat rendah sewaktu haid namun bukannya 0%.

Dalam erti kata yang lebih mudah, masih wujud kemungkinan untuk kehamilan itu berlaku walaupun jarang.

Meskipun dilarang dalam agama dan sangat tidak digalakkan jika dilihat dari aspek kesihatan, masih ada pasangan yang bersenggama ketika tempoh ini.

Apa yang kami boleh katakan di sini adalah sila berwaspada dan gunakan perlindungan seperti kondom bagi mengelakkan pasangan mengandung.

Bukan itu sahaja, ada sebab lain kalian perlu guna kondom ketika ini ya!

Apa risiko buat seks ketika haid?

Pertama sekali, seks sewaktu haid tentu sekali adalah kotor dan jijik ekoran darah yang mengalir keluar dari faraj.

Ini sudah pasti akan membuat anda atau pasangan tidak lagi berselera atau bernafsu untuk melakukannya pada waktu yang akan datang kelak.

Bukan itu sahaja, tampon yang si isteri gunakan semasa haid itu mungkin boleh tersangkut dan tersumbat di dalam faraj angkara seks.

Selain itu, ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah dilarang dalam agama Islam dan akan mendatangkan dosa jika masih dilakukan.

Masih merancang untuk melakukan ia dengan pasangan malam ini? Fikirkan semula okay!

Ia mungkin boleh menyebarkan penyakit?

Ada satu lagi sebab kita sangat tidak digalakkan untuk bermesraan atau seks sewaktu haid iaitu ia boleh menyebarkan penyakit.

Penyakit yang dikatakan ini tentu sahaja terdiri daripada pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti:

  • Sifilis
  • Herpes
  • Gonorrhoea
  • Chlamydia
  • Trichomoniasis
  • Human immunodeficiency virus (HIV)
  • Human papillomavirus (HPV)
seks semasa haid
Ini yang akan berlaku jika biarkan gejala-gejala STD tanpa rawatan.

Ini kerana virus-virus yang menyebabkan STD di atas tadi boleh membiak lalu merebak melalui darah haid terutamanya ketika aktiviti seksual.

Ini cara melayan suami ketika haid yang boleh dicuba!

Adakah ini bermaksud isteri langsung tidak boleh bercanda dengan suami ketika sedang datang bulan? Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak.

Adalah sangat disarankan untuk anda mengelakkan penetrasi zakar ke dalam faraj seperti mana yang dituntut oleh agama, keselamatan dan kesihatan.

Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu membiarkan suami anda kecewa kerana masih ada beberapa perkara yang boleh kalian berdua lakukan.

seks semasa haid
Waktu haid merupakan waktu larangan untuk berhubungan intim.

Mungkin seks semasa haid adalah tidak bagus, ini dia alternatifnya:

#1. Seks oral

Tidak, suami jangan sesekali melakukan seks oral terhadap faraj isteri yang sedang penuh berlumuran dengan darah haid.

Sebaliknya, si isteri boleh jika mahu memasukkan zakar ke dalam mulut dalam usaha untuk mengeluarkan air mani si suami.

#2. Seks anal

Untuk pengetahuan anda, seks anal adalah perbuatan yang menjadi perdebatan dalam kalangan ramai pakar.

Ini kerana ia memerlukan suami memasukkan zakar ke dalam lubang dubur isteri, yang sudah tentu sedia kotor tambah lagi dengan lelehan darah haid ke kawasan terbabit.

Bukan itu sahaja, agama Islam melarang sama sekali pasangan suami isteri untuk melakukan seks luar tabii ini.

#3. Handjob

Selain itu, seks semasa haid si isteri juga boleh menggunakan tangan sendiri untuk bermain dan bergurau dengan zakar suami.

Sama seperti perbuatan beronani, lakukanlah urutan dan belaian manja sehingga mereka mencapai orgasma.

#4. Titsjob

Dalam pada itu, isteri juga boleh menggunakan buah dada sebagai tempat untuk suami mendayung alat sulit.

Perbuatan ini tentu sahaja mengasyikkan dan tidak akan menyentuh langsung bahagian antara pusat dan lutut.

Kesimpulan

Jadi, jangan buat seks semasa haid dan lakukanlah alternatif yang kami nyatakan ini ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can you have sex during a period. https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/can-you-have-sex-during-a-period/Accessed 12 Oct 2020.
  2. Can I have sex during my period. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/can-i-have-sex-during-my-period-and-if-i-do-can-i-get-pregnant. Accessed 12 Oct 2020.
  3. Sex alleviate menstrual cramps. https://kinseyconfidential.org/sex-alleviate-menstrual-cramps/Accessed 12 Oct 2020.
  4. Sex period STD. https://youngwomenshealth.org/2011/04/20/sex_period_std/Accessed 12 Oct 2020.
  5. Sex during period. https://kidshealth.org/en/teens/sex-during-period.htm. Accessed 12 Oct 2020.

Versi Terbaru

18/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Setitis Air Mani Ada Berjuta Sperma! Suami Terpancut Sedikit, Isteri Boleh Hamil?

Bosan Punca Malas Bermanja? Ini 5 RAHSIA Untuk Buat Kamar Tidur Kembali Panas!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan