home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tahan Nafsu Jika Dijangkiti Herpes, Betul Ke Tak Boleh Bersama Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Tahan Nafsu Jika Dijangkiti Herpes, Betul Ke Tak Boleh Bersama Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Bagi setiap pasangan bercinta terutamanya yang bergelar suami isteri, seks adalah antara salah satu perkara yang paling penting.

Tanpanya, maka sudah pasti akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Pun begitu, bagaimana jika anda atau pasangan terjangkiti herpes? Boleh atau tidak seks diteruskan seperti biasa?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu jawapan sebenar kepada persoalan ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Seks & penyakit jangkitan kelamin

Setiap kali berbicara tentang perihal penyakit jangkitan kelamin, sudah pasti kita semua akan mengaitkannya dengan aktiviti seks yang tidak selamat.

Untuk pengetahuan anda, penyakit jangkitan kelamin (STD) adalah jangkitan yang boleh berpindah dari satu individu ke individu lain melalui hubungan intim.

Terdapat lebih daripada 20 jenis STD termasuklah:

  • Human immunodeficiency virus (HIV)
  • Human papilloma virus (HPV)
  • Sifilis
  • Gonorea
  • Chlamydia
  • Trichomoniasis
  • Uretritis
  • Epididimitis
  • Penyakit radang pelvis (PID)

Seperti mana yang ramai sudah tahu, mana-mana STD sudah pasti akan membuat hubungan intim lebih sukar, berbahaya dan berisiko memindahkan jangkitan kepada pasangan.

Bagaimana pula dengan penyakit herpes? Adakah individu terjangkiti tidak boleh melakukan projek asmara?

hubungan seks

Apa itu herpes?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan penyakit ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, herpes adalah antara penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh virus bernama herpes simplex virus (HSV).

Terdapat dua jenis utama herpes iaitu:

Herpes jenis 1 (HSV-1)

Selalu terjadi pada bahagian oral yang menyebabkan kawasan sekitar mulut dan bibir mengalami luka atau lepuh.

Herpes jenis 2 (HSV-2)

Selalu terjadi kepada bahagian kelamin yang menyebabkan kawasan sekitar alat sulit mengalami luka atau lepuh.

Meskipun HSV-1 juga boleh mengakibatkan herpes kelamin, HSV-2 adalah punca yang lebih utama ekoran sifatnya yang boleh merebak dan membiak menerusi aktiviti seksual.

Kedua-dua jantina lelaki dan wanita boleh mengalaminya namun kaum Hawa adalah lebih berisiko berbanding kaum Adam.

Lebih membimbangkan, penyakit ini juga boleh dipindahkan oleh si ibu kepada bayi mereka ketika proses melahirkan anak.

Sekiranya terjangkiti, penderita mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  • Rasa sakit pada alat kelamin
  • Rasa gatal pada alat kelamin
  • Muncul luka atau lepuh kecil berwarna seakan merah
  • Timbul ulser apabila lecur tersebut pecah
  • Timbul kuping apabila ulser tersebut sembuh
  • Pedih ketika membuang air kecil
  • Kelenjar limfa membengkak di pangkal paha, sakit kepala, sakit otot dan demam

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa penyakit herpes mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa simptom seperti yang kami nyatakan di atas.

Oleh itu, segeralah berjumpa doktor jika mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada alat kemaluan anda.

apa itu herpes alat kemaluan

Boleh atau tidak penderita herpes buat seks?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu herpes berserta simptomnya jika ia terjadi kepada anda.

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini, adakah penderita penyakit jangkitan kelamin ini boleh buat seks atau tidak dengan pasangan?

Menurut ramai pakar, ini bukanlah merupakan satu masalah yang menyebabkan anda dan pasangan tidak boleh berasmara.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ya pasangan suami isteri yang salah seorangnya ada herpes masih boleh melakukan seks.

Pun begitu, itu tidaklah bermakna anda bebas dan boleh melakukan hubungan asmara sewenang-wenangnya bersama pasangan.

Ini kerana terdapat beberapa langkah-langkah yang wajar kalian berdua patuhi iaitu:

  • Gunakan kondom setiap kali melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj
  • Gunakan kondom setiap kali melakukan aktiviti seks lain yang lebih ringan seperti seks oral atau seks anal
  • Elakkan daripada melakukan seks ketika berlaku sebarang wabak
  • Pastikan anda atau pasangan yang terjangkiti mengambil ubatan antiviral seperti mana yang dipreskripsikan oleh doktor

Buat anda yang tertanya atau terfikir, penggunaan kondom tidak kira sama ada untuk aktiviti seksual yang berat seperti penetrasi zakar ke dalam faraj atau sekadar yang lebih ringan seperti seks oral atau seks anal sangat perlu untuk mengelakkan ia berpindah dari anda ke pasangan.

Selain itu, anda juga perlu mengelak daripada membuat sebarang aktiviti seksual ketika penularan sebarang wabak kerana virus ini lebih mudah merebak dan membiak ketika itu.

Dalam pada itu, ubatan antiviral pula adalah sangat penting seperti mana yang dipreskripsikan doktor sebagai langkah untuk merawat dan mencegah ia daripada berulang kembali.

urut zakar

Ia bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan!

Akhir kata, jangan sesekali beranggapan bahawa apa itu herpes sebagai penyakit yang boleh dipandang ringan dan akan sembuh dengan sendirinya.

Untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk terhadap anda atau pasangan, sila berjumpa doktor segera untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

Setiap aktiviti seksual anda dan pasangan juga perlu dilakukan dengan lebih berwaspada untuk elak perkara tidak diingini daripada berlaku.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/i-was-just-diagnosed-with-herpes-how-can-i-have-sex-and-not-spread-it
  2. https://kidshealth.org/en/teens/transmit-hsv.html
  3. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/genital-herpes-pregnancy
  4. https://www.cdc.gov/std/herpes/stdfact-herpes.htm
  5. https://www.sexandu.ca/stis/herpes/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 11/09/2020
x