Teknik hisap kemaluan atau lebih diketahui sebagai blowjob boleh menyemarakkan hubungan seksual suami isteri.
Ia merupakan salah satu teknik yang perlu dicuba oleh mana-mana pasangan.
Ketika anda sedang hisap kemaluan pasangan, terdapat beberapa perkara atau rahsia yang mungkin tidak diketahui.
Rahsia ini boleh mempengaruhi tahap kenikmatan hubungan seksual dan mood ketika melakukannya.
Nota penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan perbincangan berkenaan dengan topik hubungan seksual. Ia bukan satu bentuk galakan terutamanya kepada mereka yang belum berkahwin.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
#1. Pastikan pasangan anda tahu perancangan anda
Bukan apa, takut nanti disuanya kemaluan dan terejakulasi hingga terkena muka pasangan sendiri.
Seperti dirty talk (cakap kotor), anda boleh berinteraksi manja dengan pasangan sambil memberitahu perancangan seksual anda.
Bukan senang pasangan anda hendak mendengar apa yang anda ungkapkan ketika kemaluan mereka sedang dihisap.
Pastikan ayat anda ringkas dan mudah difahami.
Seperti orang yang terkena serangan sawan, sukar untuk pasangan terutamanya lelaki mengawal tindakan badan mereka ketika hendak mencapai orgasme kesan daripada blowjob.
#2. Testis lelaki adalah butang orgasme semula jadi
Mungkin ada lelaki yang sukar untuk mencapai klimaks dengan hanya hisap kemaluan.
Bagi pasangan sebegitu, anda boleh menggandakan usaha anda. Caranya adalah dengan:
- Urut lembut testis mereka
Mungkin mereka sendiri tidak sedar bahawa ia merupakan butang semula jadi untuk orgasme.
Jika pasangan anda mudah untuk berejakulasi, elakkan daripada mengurut alat tersebut bagi menikmati tahap kerangsangan maksimum untuk satu jangka masa yang panjang.
#3. Kenapa lelaki suka pasangan hisap kemaluan? Sebab mereka boleh bermalas
Badan kita memang suka akan kenikmatan yang boleh dicapai dengan usaha yang sedikit.
Perkara ini termasuklah tindakan hisap kemaluan.
Pasangan lelaki hanya perlu berbaring atau duduk di satu permukaan dan biarkan si dia bekerja.
Nikmati saat tersebut sebaik mungkin kerana anda akan menggunakan tenaga yang jauh lebih banyak ketika mendayung sekejap lagi.
#4. Tidak kira seberapa teruk pun teknik blowjob anda, mereka tetap suka
Selagi anda tidak menghantukkan kepala anda kepada alat sulit mereka, mereka tetap suka.
Cuma, seperti teknik yang lain, tiada siapa yang terus pandai hisap kemaluan pasangan.
Jika anda berdua komited terhadap teknik ini, biarkan pasangan anda belajar dan kenal pasti gaya yang menjadi kegemaran anda.
Sedikit sebanyak, anda boleh memberikan idea.
Ada 1 tip paling penting wanita kena tahu sebelum buat blowjob iaitu:
#5. Kebanyakan lelaki berusaha keras menahan orgasme
Jika mereka beronani, kebiasaannya pasangan anda sudah mencapai klimaks dalam 3 hingga 10 minit.
Namun, anda akan sedar bahawa mereka boleh menahan orgasme ketika anda hisap alat sulit mereka.
Perkara itu tampak mudah namun ia sukar. Lihat sahajalah muka mereka berkerut menahan letusan nikmat.
Tip, jika mereka terpancut awal, jangan berhenti hisap kemaluan. Teruskan sahaja.
Walaupun lelaki kebiasaannya lembik selepas orgasme, mereka masih boleh menikmati hisapan selepas orgasme.
#6. PENTING – kurangkan menjilat, banyakkan menghisap kemaluan
Walaupun lidah memberikan kenikmatan sensual yang tidak terhingga, kebanyakan lelaki lebih suka pasangan hisap daripada menjilat.
Mungkin teknik jilat kemaluan tampak mengghairahkan, namun hakikatnya, ia tidak memuaskan.
Jarang ada lelaki yang mencapai orgasme dengan hanya menjilat.
Mereka memerlukan rangsangan lebih daripada sekadar jilat alat sulit atau jilat alat kelamin.
Namun, jika anda tidak selesa hendak hisap alat sulit pasangan, beritahu perkara tersebut.
Hubungan seksual sepatutnya dipersetujui oleh kedua-dua pasangan.
Jika salah seorang tidak suka, cuba teknik lain. Ada lebih daripada 100 teknik untuk mencapai kenikmatan dalam hubungan seksual.
#7. Puji ketika hisap kemaluan mereka
Salah satu daripada perkara yang anda perlu lakukan.
Tidak kiralah seberapa besar atau kecil pun kemaluan mereka, puji dan teruskan merangsang alat tersebut.
Ia nampak mengghairahkan dan boleh memberikan satu bentuk kepuasan seksual jika dibuat dengan betul.
Sama juga lah suami terhadap isteri. Anda juga perlu memuji isteri anda tidak kira seberapa besar pun payudara mereka.
Hargai apa yang anda ada sekarang.
[embed-health-tool-ovulation]