Ramai suami yang mungkin tidak tahu sama ada isteri mereka sudah puas semasa bersama atau belum. Ini kerana mereka sendiri kurang faham atau ambil tahu tentang tanda perempuan klimaks.
Ramai suami yang mungkin tidak tahu sama ada isteri mereka sudah puas semasa bersama atau belum. Ini kerana mereka sendiri kurang faham atau ambil tahu tentang tanda perempuan klimaks.

Persoalannya, apa antara tanda perempuan ghairah dan tanda perempuan puas bila bersama? Teruskan membaca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.
Buat anda yang belum tahu, klimaks, orgasma atau puncak syahwat merupakan suatu detik di mana individu itu mengalami puncak kenikmatan dan kepuasan dalam aktiviti seksual.
Bagi orang lelaki, puncak syahwat mereka disertai atau ditandai dengan keluarnya air mani daripada zakar. Dengan pengeluaran air ini, lelaki bakal merasai sensasi yang sangat luar biasa.
Disebabkan itu juga, kita dapat lihat bahawa banyak aktiviti persetubuhan itu melibatkan pergerakan yang memberi rangsangan atau dorongan kepada zakar untuk mengeluarkan air mani.

Aktiviti seperti kuluman, urutan, penetrasi alat kelamin dan lain-lain semua mampu membawa kesan klimaks!
Jadi, ia jelas menunjukkan matlamat utama hubungan intim bagi pasangan lelaki adalah demi memancutkan air mani mereka. Namun, perkara ini mungkin tidak sama untuk orang perempuan.
Pergerakan yang dimaksudkan itu tidak cuma boleh datang daripada penetrasi zakar pasangan sahaja.
Malah sentuhan pada anggota tubuh badan lain seperti jari, kuku, bibir, lidah, gigi dan banyak lagi turut boleh merangsang pasangan. Ini termasuk juga penggunaan alat mainan seksual.
Perbezaannya, adalah agak sukar untuk membuat wanita squirt lantas dapat menjadi tanda perempuan klimaks!

Ya, memang benar jika ia adalah antara tanda perempuan klimaks paling utama. Namun, lelaki juga perlu tahu bahawa ada banyak lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan si isteri sudah puas.
Selain pengeluaran air mani daripada alat kelamin, puncak syahwat itu juga bakal menyebabkan rembesan hormon dalam tubuh badan, lantas mengakibatkan ‘kelegaan’ secara seksual.
Seperti mana kami nyatakan di atas tadi, tanda perempuan klimaks itu juga serupa seperti lelaki iaitu dengan keluarnya air mani daripada alat sulit masing-masing tetapi ada sedikit perbezaan.
Dipercayai bahawa air yang keluar dari faraj itu merupakan gabungan air mani, air mazi dan mungkin air kencing!
Apa yang lebih menarik, tanda perempuan klimaks itu tidak cuma boleh terjadi kepada alat kemaluan mereka. Malah, ia juga boleh berlaku pada bahagian tubuh badan yang lain termasuk:

Setelah salah satu atau semua jenis orgasme ini mampu dicapai, ada banyak tanda perempuan klimaks boleh dilihat.
Antaranya adalah berserah jiwa raga, bernafas dengan perlahan, kemerahan kulit, kehilangan tenaga dan macam-macam lagi.
Sudah lumrah seorang lelaki yang selalunya kurang teliti dan tidak sedar, lantas mengabaikan tanda-tanda di atas ini.
Justeru, tanyakan secara terus dan jujur kepada pasangan anda untuk mengetahui tanda perempuan klimaks!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
04/06/2024
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor