Pasangan suami isteri mana yang ingin hubungan seks mereka berlangsung sekejap sahaja, kan? Jadi, kami ada beberapa tips tahan lama yang boleh buat kalian berasmara tanpa ragu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Apakah tips tahan lama yang paling utama di ranjang?
Hakikatnya, semua pasangan di dunia dan negara kita ini pasti ingin hubungan seks mereka bertahan dengan lebih lama demi kepuasan seksual yang maksimum bukan?
Maka, ramai yang cuba petua tahan lama tradisional agar dapat tahan lama bersama pasangan ketika bersetubuh.
Ia tidak salah, maka wujud beberapa cara untuk memanjangkan durasi ketika bersetubuh seperti berikut:
- Meluangkan lebih masa untuk foreplay & afterplay
- Menggantikan posisi ketika senggama
- Menggunakan banyak lapis kondom
- Beronani sebelum melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj
- Berhenti dan ulang semula selepas klimaks yang tidak jadi
Dalam pada itu, wujud banyak lagi petua tahan lama tradisional yang diamalkan termasuk menyapu minyak lintah, minyak belacak, minyak gambir dan variasi kaedah popular lain.
Apa yang boleh menjadi isu di sini adalah tips tahan lama bersama isteri di atas mungkin hanya akan memberi kesan kepada sesetengah individu sahaja dan bukan semua orang bakal mendapat manfaat serupa.
Persoalannya, apa tips tahan lama agar anda dapat bertahan lebih lama ketika beraksi di ranjang?
Usah nilai hubungan seksual dengan 1 pancutan air mani!
Ramai individu atau lebih tepat lagi pasangan akan beranggapan bahawa saat air mani si lelaki itu ketika berhubungan merupakan waktu hubungan seks tamat, dan ia memang ada benarnya.
Alasannya, pengeluaran air mani merupakan satu tanda besar bahawa kaum Adam mengalami kepuasan seksual. Namun, ketahuilah bahawa senggama bukan melibatkan satu orang.
Menurut Pakar Psikologi, Rachel Needle, hubungan seks cuma boleh berakhir apabila kedua orang pasangan sudah mengalami kepuasan – di dalam istilah lebih saintifik orgasma atau klimaks.
“Seks juga tidak harus berhenti pada puncak syahwat. Rangsangan seksual masih boleh diteruskan sebagai tips tahan lama selepas itu sekali gus membolehkan ia dilakukan buat kali kedua, ketiga dan seterusnya,” tambah beliau lagi.
Tips tahan lama dengan bantuan suplemen di pasaran
Mungkin ramai individu yang belum sedar jika gaya hidup bakal mempengaruhi keupayaan serta ketahanan ketika berhubungan intim. Ini termasuk pilihan makanan dan minuman untuk tahan lama!
Dalam masa sama, terdapat beberapa produk yang boleh dipertimbangkan untuk membantu anda dan pasangan sebagai tips tahan lama sekali gus memaksimumkan ketahanan dan kepuasan seksual kalian:
#1. HIMALAYA SPEMAN
Mengandungi 3 bahan semula jadi yang utama iaitu Velvet Bean, Water Caltrop dan Hygrophilia, kesemuanya bersifat afrosidiak sekali gus mampu meningkatkan syahwat seksual individu.
Dalam pada itu, gabungan ramuan ini boleh memberi kesan positif terhadap penghasilan hormon testosteron selain membantu dalam menguatkan ereksi zakar serta menyihatkan sperma.
#2. VITAMODE L-ARGININE PLUS L-CITRULLINE
Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita, suplemen ini mengandungi bahan L-Arginine dan L-Citrulline yang boleh membantu meningkatkan penghasilan oksida nitrik (NO) lantas melancarkan aliran dalam saluran darah.
Kesannya, prestasi fizikal individu dapat ditingkatkan terutama dalam aspek hubungan seksual dengan pasangan.
#3. BIOTROPIC NU-PREP LELAKI
Dengan 100% ekstrak semula jadi herba Tongkat Ali, umum mengetahui bahawa herba ini bagus untuk lelaki. Ia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kadar hormon testosteron dan prestasi seksual kaum Adam.
Selain itu, ia turut membantu ketahanan, tenaga dan stamina sekali gus memicu hubungan seksual yang lebih sihat.
#4. BIOBAY MACOMEN
Diperbuat daripada 4 ekstrak bahan alami iaitu Tongkat Ali, Damiana Leaf, Maca Root dan Rhodiola Rosea Root, suplemen ini dicipta khusus buat lelaki berumur dan bermasalah prestasi.
Selain mampu menguatkan tenaga, ia turut membantu mengurangkan tekanan dan keletihan selain meningkatkan kemampuan otot, mental serta sistem imunisasi tubuh badan kaum Adam.
#5. HURIX’S NAN ZI HAN BAO DAN
Terakhir, suplemen ini tercipta dengan gabungan ramuan termasuk Epimedium, Cistanche, Cornelian Cherry Fruit dan pelbagai lagi bahan yang baik untuk kesihatan lelaki secara umumnya.
Manfaatnya, ia dipercayai boleh menguatkan tubuh badan, meningkatkan tenaga, mengurangkan lesu di samping memberi kesan positif terhadap aspek kebatinan lelaki untuk beraksi di ranjang.
Namun, harus diingatkan bahawa kesemua produk di atas ini mungkin hanya boleh membantu sebagai tips tahan lama tetapi bukan menyelesaikan masalah seksual individu.
Sebaiknya, dapatkan informasi dan nasihat pakar untuk pastikan kesihatan hubungan seksual anda dan pasangan!
[embed-health-tool-ovulation]