Pelincir untuk bersetubuh sering dianggap sebagai bukan suatu keperluan ketika hubungan asmara anda dan pasangan berlangsung.
Namun hakikatnya, ia adalah bahan bantuan yang dapat menghangatkan dan menghidupkan lagi suasana romantis hubungan kelamin anda yang mungkin sudah lama menyepi.
Tidak hanya itu, bahan pelincir ini juga berfungsi untuk membantu wanita yang mempunyai faraj yang kering atau tidak cukup lembap secara semula jadi apabila terangsang.
Jadi, teruskan membaca perkongsian artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui kelebihan pelincir untuk seks dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Memahami kegunaan pelincir untuk bersetubuh
Penggunaan pelincir semasa hubungan seksual amat jarang diperkatakan dan digunakan oleh pasangan khususnya di Malaysia.
Sebenarnya, terdapat banyak manfaat pelincir untuk bersetubuh. Ayuh kita fahami dahulu apa itu pelincir.
Pelincir adalah sejenis gel atau cecair yang digunakan pada vagina dan vulva, atau pada zakar sebelum mula bersetubuh.1
Ia dicipta khas untuk mengurangkan geseran, meredakan sebarang ketidakselesaan dan menghangatkan lagi hubungan seksual anda bersama pasangan di atas katil.2
Bukan itu sahaja, ia juga boleh melindungi kondom daripada terkoyak ketika anda sedang bersenggama.3
Namun, mungkin ada juga yang tidak tahu, bukan semua pelincir dicipta dengan bahan dan aroma yang sama.
Berikut merupakan beberapa jenis pelincir yang dapat menambahkan lagi rangsangan anda dan pasangan sewaktu hubungan intim:3
- Pelincir berasaskan air – Pelincir paling sesuai digabungkan bersama kondom
- Pelincir berasaskan silikon – Biasanya serasi digunakan bersama kondom jenis lateks
- Pelincir berasaskan minyak – Kebiasaannya tidak sesuai digunakan bersama kondom
Bagaimana pelincir untuk bersetubuh dapat membantu anda?
Selain mengelak untuk hamil, kemungkinan juga ada pasangan yang menolak untuk bersenggama disebabkan faktor kekeringan alat kelamin masing-masing.
Kemasukan zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup akan menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya menjadi kenikmatan, bertukar kepada kesakitan semasa penetrasi.
Suami perlu diingatkan, tidak semua isteri mampu menghasilkan banyak air ketika bersetubuh. Wanita boleh mengalami masalah kurang air sewaktu bersama disebabkan beberapa faktor seperti berikut:1
- Menyusukan bayi
- Pengambilan ubat-ubatan atau rawatan tertentu
- Perimenopaus atau postmenopause
- Baru mula atau selesai tempoh haid
- Stres
Dengan menggunakan pelincir, ia sebenarnya dapat membantu anda dan pasangan untuk menikmati pengalaman seks yang lebih menyeronokkan ketika bersama.
Berikut merupakan beberapa manfaat pelincir yang mungkin anda belum sedari:
Kelebihan pelincir untuk bersetubuh #1. Menghangatkan lagi aksi foreplay
Foreplay merupakan adegan ‘memanaskan badan’ sebelum proses penetrasi dijalankan. Ia merangkumi bersentuhan, berpelukan, berciuman dan menikmati tubuh badan masing-masing bagi merangsang nafsu syahwat.4
Pelincir seks boleh digabungkan semasa foreplay dalam pelbagai cara contohnya urutan. Contohnya, terdapat produk 2 dalam 1 oleh Durex yang dinamakan Durex Massage 2 in 1 yang boleh digunakan untuk urutan dan juga membantu dalam meningkatkan kelancaran hubungan seksual anda dan pasangan.5
#2. Pelincir dapat melindungi kondom daripada koyak
Untuk makluman anda, kondom boleh terkoyak dan bocor apabila berlaku terlalu banyak geseran terutamanya ketika faraj wanita tidak cukup basah.6
Dengan menggunakan pelincir untuk bersetubuh, ia dapat mengelakkan kejadian kondom terkoyak atau bocor semasa proses penetrasi.3
Biasanya, pelincir yang boleh digunakan bersama kondom adalah yang berasakan air.
Selain itu, luncuran yang lebih lancar akibat pelincir ini juga dapat meningkatkan keintiman ‘projek asmara’ anda dan mengelakkan anda daripada cepat ‘tewas’!5
#3. Mengatasi masalah kekeringan faraj
Kekeringan faraj adalah perkara biasa pada wanita terutamanya mereka yang mengalami menopaus.5, 7 .Tetapi adakah anda tahu bahawa anda masih boleh menikmati seks pada peringkat ini?
Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan pelincir untuk bersetubuh! Ramai wanita telah menggunakan pelincir untuk mengembalikan kebasahan pada faraj mereka.5
Contohnya, penggunaan pelincir Durex Play H20 yang bersifat tidak berbau dan berasaskan air boleh membantu anda menikmati hubungan seks, dan pada masa yang sama merasa seperti tidak menggunakan apa-apa bantuan tambahan.
Dengan menambah beberapa titis pelincir, anda akan dapat menikmati seks lebih lama bersama sang suami.
#4. Melindungi daripada jangkitan penyakit kelamin (STI)
Pelincir ini bukan sahaja membantu mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan kondom bocor, tetapi ia juga boleh mengurangkan geseran yang mungkin merengsakan atau mengoyakkan kulit faraj wanita.8
Ia juga dapat melindungi anda dan pasangan daripada jangkitan seksual (STI) kerana ia meminimumkan peluang STI dapat memasuki badan.8
#5. Memastikan seks anda sentiasa selamat
Pelincir berasaskan air merupakan antara jenis pelincir yang dapat memuaskan anda dan pasangan! Tidak hanya itu, ia sesuai digabungkan bersama kondom ketika bersenggama.3
Pelincir jenis ini juga lebih semula jadi kerana mengandungi sedikit bahan kimia dan boleh membantu meminimumkan ketidakselesaan anda dan pasangan.3
Bahkan, pelincir untuk bersetubuh juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana pelincir berasaskan air biasanya bebas daripada bahan tiruan.3
Anda juga akan mendapati ia kurang melekit berbanding jenis pelincir lain, malah ia juga mengandungi bahan yang boleh membantu melembapkan faraj anda.3
Tip memilih pelincir terbaik untuk bersama
Memilih pelincir yang bersesuaian boleh menjadi perkara yang mencabar.
Di pasaran, kini terdapat pelbagai jenis pelincir Durex untuk wanita yang berasaskan air, wangian atau berperisa yang boleh membantu memenuhi kepuasan seksual anda dan pasangan semasa di kamar tidur.
Jika anda dan pasangan mahukan produk yang lebih mudah, cepat dan seronok, cubalah gunakan cecair pelincir keluaran jenama syarikat terkenal, Durex.
Lebih menarik lagi, kesemua pelincir keluaran Durex dibuat berasaskan air bagi memenuhi kenikmatan seksual setiap pasangan dan mengandungi pelbagai perisa menarik.
Buat penggemar perisa strawberi, mungkin jenama Durex ini juga boleh menjadi pelincir kegemaran anda kerana ia ada juga mengeluarkan perisa jenis ini!
Malah, pelincir khas Durex Play Massage 2 in 1 Lube dengan variasi Aloe Vera dan Ylang Ylang keluaran Durex ini juga boleh digunakan untuk mengurut tubuh semasa aksi foreplay.
Bagi yang suka mengeksplorasi cara baru, anda juga boleh mencuba variasi produk Durex bernama Tingle yang memberikan rasa sejuk atau Warming yang memberikan rasa panas semasa berasmara.
Durex ternyata dapat memberi peluang kepada anda dan pasangan untuk memilih pelbagai jenis pelincir untuk bersetubuh yang sesuai dan selamat digunakan ketika aksi ranjang kalian sedang berlangsung.
Jadi tunggu apa lagi? Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk Durex.
[embed-health-tool-ovulation]