Mungkin ramai pasangan suami isteri percaya bahawa mampu ‘tahan lama’ di ranjang itu adalah tanda hubungan seksual yang sihat. Hakikatnya, suami yang ‘lambat pancut’ juga akan membuat isteri menjadi bosan menunggu ketibaan puncak syahwat.
Persoalannya, apa punca ini berlaku? Adakah ia perkara normal atau penyakit? Terus baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Lelaki & masalah ejakulasi air mani
Pancutan air mani daripada zakar lelaki ketika hubungan atau rangsangan seksual adalah petanda di mana individu berjaya mencapai puncak syahwat masing-masing – klimaks atau orgasma.
Ia tentu sahaja berbeza bergantung individu itu sendiri kerana ada yang mungkin lebih tahan lama atau lambat pancut. Kepuasan seksual adalah suatu perkara yang subjektif bagi setiap orang.
Pun begitu, kajian menunjukkan berapa lama pancut untuk lelaki normal adalah selepas 5 ke 10 minit aktiviti penetrasi zakar ke dalam faraj berlangsung. Ia adalah durasi paling ideal.
Sekiranya terlalu cepat terpancut air mani, lelaki mungkin mengalami kondisi ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau jika sebaliknya, kondisi tersebut dikenali sebagai ejakulasi tertunda (delayed ejaculation). Kedua-duanya juga masalah yang besar.
Jangan dibiarkan , segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika ada salah satu masalah ini!
Apa punca sebenar lelaki lambat pancut?
Sesuai dengan tajuk artikel, kami akan cuba fokuskan kepada masalah ejakulasi tertunda di mana air mani lelaki terpancut atau terkeluar terlalu lambat sehingga ada juga yang lebih satu jam!
Meskipun dikatakan bahawa 5 ke 10 minit adalah durasi paling ideal, namun ada pasangan yang terpaksa melakukan aktiviti di kamar tidur jauh lebih lama daripada jumlah telah disarankan. Kenapa?
Kenapa lelaki lambat pancut #1. Faktor fizikal
Pertama, masalah ini mungkin angkara faktor keadaan kesihatan tubuh badan lelaki yang berikut:
- Kecacatan sistem reproduktif lelaki sejak dari lahir
- Kecederaan saraf pelvik yang mengawal puncak syahwat
- Jangkitan tertentu termasuk infeksi air dan salur kencing
- Pembedahan kelenjar prostat – pembuangan atau pemindahan
- Kondisi neurologi seperti diabetes, strok dan kerosakan saraf tunjang
- Kondisi berkaitan hormon yang rendah seperti tiroid dan testosteron
- Masalah ejakulasi terbalik di mana air mani kembali ke pundi kencing
Kenapa lelaki lambat pancut #2. Faktor mental
Dalam pada itu, masalah suami lambat pancut juga mungkin didalangi oleh pelbagai faktor otak dan psikologi seperti berikut:
- Terlalu risau akan prestasi dan imej diri sendiri
- Depresi, kegelisahan, kemurungan dan masalah mental lain
- Perbezaan di antara realiti dengan fantasi seksual
- Perdebatan pendapat dengan pasangan tentang seks
- Masalah perhubungan seperti komunikasi, toleransi dan kerjasama
- Tabu di dalam budaya atau agama masing-masing
Faktor risiko lain dalam punca suami tidak pancut cepat
Kadangkala, wujud juga faktor risiko lain yang membuat anda lambat pancut dan sukar mencapai puncak syahwat bersama pasangan. Kesannya, ia akan menjejaskan aktiviti di ranjang kalian.
Pengambilan ubat yang tertentu seperti antidepresi, antipsikotik, antisawan, tekanan darah tinggi, diuretik dan lain-lain juga akan menyumbang kepada punca masalah ejakulasi tertunda lelaki.
Pengamalan tabiat buruk termasuk menghisap rokok dan meminum alkohol turut menjadi dalangnya!
Apa cara yang suami isteri boleh lakukan?
Sebagai pasangan suami isteri dengan masalah sama, berikut beberapa cara yang anda boleh cuba:
#1. Kawal punca dan faktor risiko
Lihat pada diri anda atau pasangan sendiri jika ada punca dan faktor risiko suami lambat keluar air mani. Ini adalah perkara pertama yang kalian perlu lakukan untuk tahu apa sebab sebenar ia terjadi.
Kemudian, sila kawal dengan cara mendiagnosis dan merawat semua masalah seksualiti tadi terlebih dahulu. Caranya, berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan diagnosis yang betul.
#2. Amal teknik seks yang betul
Sebenarnya, apa punca suami anda lambat 'puas'?
Jadi, berbincanglah dengan pasangan tentang posisi, lokasi dan teknik seks yang ideal untuk anda.
#3. Jangan fokus pada penetrasi sahaja!
Akhir sekali, kita semua perlu mengubah persepsi di mana seks itu hanya tertumpu kepada penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja.
Sebenarnya, seks sudah bermula dari saat foreplay yang memerlukan sentuhan, ciuman dan rangsangan yang serba ghairah.
Konklusinya, masalah lambat pancut memang besar tetapi tidak mustahil untuk dirawat dengan mengamalkan cara mengatasi air mani lambat keluar daripada diri sendiri, pasangan dan doktor pakar. Anda tidak berseorangan!
[embed-health-tool-ovulation]