backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2023

    Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan ejakulasi lelaki terganggu atau menghadapi masalah. Ini termasuklah jika seseorang itu mengalami diabetes. Tahukah anda, diabetes boleh menyebabkan seseorang lelaki mengalami ejakulasi retrogred?

    Ini maksud masalah ejakulasi lelaki: ejakulasi retrogred

    Bagi lelaki, air kencing dan juga air mani akan keluar melalui urethra atau saluran kencing pada zakar.

    Terdapat satu otot yang berada berdekatan dengan pundi kencing yang berfungsi menahan air kencing di dalam pundi kencing sehinggalah anda berasa ingin membuangnya.

    Semasa anda mengalami orgasme, otot tersebut juga berfungsi memastikan air mani yang keluar tidak memasuki bahagian pundi kencing.

    Ia akan menyebabkan air mani tersebut melalui saluran kencing dan keluar ke hujung zakar.

    Apabila seseorang itu mengalami ejakulasi retrogred, otot tersebut gagal untuk berkontraksi atau berfungsi seperti yang sepatutnya.

    Jadi, apabila anda mengalami ejakulasi lelaki, air mani tersebut akan memasuki pundi kencing. Anda akan berasa nikmat ejakulasi seperti biasa, hanya air mani anda sahaja yang tidak keluar. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini

    Simptom jika anda mengalami ejakulasi lelaki: ejakulasi retrogred

    ejakulasi lelaki

    Antara simptom utama yang menunjukkan anda mengalami masalah ejakulasi lelaki ini ialah tidak terdapat air mani yang keluar apabila anda mengalami ejakulasi.

    Jika terdapat air mani yang keluar, ia mungkin amat sedikit. Ini kerana air mani anda memasuki pundi kencing, dan bukannya keluar melalui salur kencing seperti yang sepatutnya.

    Simptom lain bagi hal ini ialah air kencing anda akan berwarna sedikit kelabu selepas anda melakukan hubungan intim atau berejakulasi. Ini kerana air kencing anda telah bercampur dengan air mani yang memasuki pundi kencing.

    Selain itu, antara tanda anda mempunyai ejakulasi retrogred ini adalah apabila anda gagal untuk memperoleh cahaya mata dalam tempoh setahun atau lebih lama setelah melakukan hubungan intim. 

    Apakah faktor risiko bagi masalah ini?

    Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mendapat masalah ejakulasi ini. Antara keadaan tersebut ialah:

    Benarkah diabetes boleh menyebabkan masalah ejakulasi retrogred?

    Benar, diabetes sememangnya boleh menyebabkan masalah ejakulasi lelaki ini.

    Pengurusan gula darah yang tidak terjaga dengan baik dalam tempoh jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah atau penyakit berkaitan saraf pada pundi kencing.

    Masalah ejakulasi lelaki seperti ejakulasi retrogred ini boleh berlaku dalam kalangan penghidap diabetes disebabkan oleh satu keadaan yang disebut sebagai neuropati autonomi diabetes atau kerosakan saraf.

    Selain daripada diabetes, ada juga beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan masalah pada otot pundi kencing tersebut. Antaranya ialah pembedahan pada salur kencing atau prostat.

    Selain itu, kesan sampingan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan masalah yang sama seperti ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, gangguan emosi, pembesaran prostat dan juga kecederaan pada saraf tunjang.

    Apakah rawatan yang boleh digunakan bagi merawat ejakulasi retrogred?

    ejakulasi lelaki

    Sekiranya anda mempunyai diabetes, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengawal paras gula darah anda. Dengan cara ini, ia dapat mengawal keadaan pesakit diabetes yang mempunyai masalah ejakulasi retrogred.

    Selain itu, anda juga boleh mengambil beberapa jenis ubat-ubatan atas nasihat doktor. Sesetengah ubat-ubatan boleh digunakan untuk merawat masalah ejakulasi lelaki ini seperti pseudoephedrine dan imipramine.

    Kedua-dua jenis ubatan ini bertindak memastikan otot pada pundi kencing tertutup sewaktu berlakunya ejakulasi.

    Sekiranya anda ada mengambil sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan ejakulasi retrogred, masalah ejakulasi ini akan kembali pulih sekiranya anda berhenti mengambilnya.

    Namun, setiap pemberhentian ubat-ubatan perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

    Adakah terdapat sebarang komplikasi daripada masalah ejakulasi lelaki ini?

    Jika anda mengalami ejakulasi ini, ia tidak menyebabkan sebarang rasa sakit atau rasa yang tidak selesa ketika anda berejakulasi.

    Ia juga tidak akan menyebabkan sebarang komplikasi kesihatan yang berbahaya dan tidak akan menyebabkan anda menghadapi masalah ereksi atau orgasme.

    Namun, jika anda berasa tertekan disebabkan tiada kehadiran air mani yang keluar daripada zakar anda, ia mungkin akan menjejaskan nikmat hubungan intim anda bersama pasangan.

    Komplikasi yang mungkin berlaku hanyalah ketidaksuburan yang menyebabkan anda sukar untuk memperoleh zuriat. 

    Kesimpulan

    Dapat dijelaskan di sini bahawa, penghidap diabetes merupakan antara golongan yang amat berisiko tinggi untuk mendapat ejakulasi retrogred.

    Kerosakan pada saraf akibat paras gula yang terlalu tinggi boleh menyebabkan air mani anda tidak keluar apabila berlakunya ejakulasi.

    Namun, mempunyai masalah seperti ejakulasi retrogred ini bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak memberikan sebarang komplikasi berbahaya pada kesihatan anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan