backup og meta

Hadiah Berunsur Seksual Untuk Suami? Cuba 9 Idea Ini, Cik Abang Makin Sayang Nanti!

Hadiah Berunsur Seksual Untuk Suami? Cuba 9 Idea Ini, Cik Abang Makin Sayang Nanti!

Apabila bercakap mengenai hadiah untuk suami, pasti akan terbayang jam tangan, wallet mahupun minyak wangi. Apa kata sambutan kelahiran kali ini, anda berikan kelainan, mungkin sesuatu yang berunsur seksual untuk pasangan? Baca selanjutnya untuk lebih idea menarik.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Idea hadiah untuk suami yang seksi

Tidak dinafikan mungkin agak sukar membelikan sesuatu berunsur seksual untuk suami. Sebaiknya, anda perlulah mengetahui keutamaan peribadinya sebelum membeli sebarang hadiah intim.

Berikut beberapa pilihan yang boleh dijadikan idea atau panduan dalam memilih hadiah seksi buat sang suami:

Ayunan seks

Melakukan hubungan seks di atas buaian atau anduh merupakan fantasi kebanyakan lelaki. Anda boleh menghadiahkan pasangan sex swing jika merasakan si dia akan menyukainya. 

Sekiranya menggantungkan buaian pada siling adalah terlalu berat untuk anda atau pasangan, sex sling boleh dijadikan pilihan.

Sex sling atau anduh adalah alternatif selesa kepada buaian seks. Ia dilengkapi dengan tempat duduk dan anda boleh menggantungkannya pada dinding atau pintu.

Permainan seks fantasi, antara hadiah untuk suami 

Jika si suami gemar dalam fantasi seks, maka fantasy sex games mungkin pilihan terbaik. 

Kalian boleh melakukan satu cabaran seminggu dan membuat persediaan untuk cerita, watak atau sebarang situasi yang dijelaskan dalam permainan tersebut.

hadiah untuk suami

Gari 

Jika anda dan pasangan sukakan fantasi liar ketika melakukan hubungan seksual atau bondage, discipline, sadism and masochism (BDSM), soft handcuff boleh dijadikan pilihan. 

Kalian boleh mencuba bahagian BDSM yang lebih ringan atau hanya berpegang pada gari dan menikmati pengalaman baharu.

Hadiah untuk suami #Cat badan boleh dimakan

Jika suami anda meminati seni atau mungkin ingin mencuba perkara intim baharu, kenapa tidak memberikannya cat yang boleh dimakan. Mintalah suami melukis pada badan anda atau gunakannya pada si dia.

Ia mungkin kelainan yang akan menambah kehangatan pada rutin seks kalian!

Permainan seks dadu

hadiah untuk suami

Ini adalah surprise hadiah birthday untuk suami yang akan membantu kalian menikmati kehidupan seksual secara berbeza. 

Setiap dadu mempunyai enam sisi dan terdapat tugas seksual pada setiap sisi. Anda perlu melakukan tindakan yang disebut pada dadu tersebut. Gabungan dua tugas seksual, sudah tentu akan menjadikan permainan ini lebih menarik.

Novel grafik Kamasutra moden

Novel Kamasutra moden tidak mempunyai banyak teks tetapi hanya posisi seks dengan sedikit informasi mengenainya.

Ia sesuai untuk suami kerana si dia akan mengetahui bahawa kalian terbuka kepada pengalaman baharu.

Pastinya pasangan akan teruja untuk mencuba beberapa gaya seks baharu yang disebut dalam buku tersebut.

Hadiah sensual untuk pasangan

Walaupun tujuan asalnya kita sedang mencari hadiah untuk suami, tetapi apabila melibatkan seks, pastinya anda sebagai pasangan juga akan terlibat.

Jadi tiada salahnya untuk mencari hadiah berunsur seks yang sesuai untuk pasangan – untuk kegunaan bersama juga, betul tak?

Sekiranya anda sedang mencari hadiah bagi menyemarakkan hubungan perkahwinan, pilihan berikut mungkin sesuai untuk kalian:

Baca juga:

Alat seks kristal

Sekiranya pasangan merupakan individu yang lebih kepada perubatan alternatif, mereka mungkin akan menyukai alat kesihatan seks kristal ini.

Alatan ini dikatakan akan menyesuaikan dengan suhu badan, licin untuk disentuh dan bebas daripada plastik, bahan kimia mahupun pewarna.

Vibrator untuk pasangan

Mencari hadiah sensual untuk dikongsi dengan suami? Vibrator for couple boleh dijadikan pilihan yang sesuai.

Bagaimana sebenarnya kalian dapat menggunakan alat ini bersama? 

Berdasarkan carian, alat ini akan dipakai oleh isteri semasa hubungan seks – secara strategiknya akan menyentuh bahagian kelentit (klitoris) dan G-spot. Semasa suami melakukan penetrasi, si dia juga akan dapat merasakan getarannya.

hadiah untuk suami

Lilin urut, hadiah untuk suami 

Kita semua suka diurut dan bau wangi daripada lilin beraroma, betul tak? Gabungan kedua-dua ini akan menimbulkan mood yang sesuai untuk seks.

Jadi apakah mungkin hadiah seksual yang lebih baik selain lilin harum dan boleh digunakan selepas dibakar?

Lilin ini berasaskan minyak dan anda boleh memilih wangian berbeza. Ia tidak terbakar pada api yang tinggi, sebaliknya mempunyai nyalaan yang sangat lembut untuk memastikan minyak sentiasa suam dan boleh disapu pada badan.

Akhir kata

Semua idea hadiah di atas akan menjadikan malam anda romantik dan hangat. Ia secara tidak langsung akan membuatkan anda lebih dekat dengan suami, dan mereka pastinya menghargai usaha kalian.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan idea kepada anda!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Your Husband’s Sex Drive Is God’s Gift to You. https://www.families.org.au/article/your-husbands-sex-drive-gods-gift-you, Accessed on March 24, 2023
  2. Love and Sexuality. https://www.usccb.org/topics/natural-family-planning/love-and-sexuality, Accessed on March 24, 2023
  3. Couples Guide to Sex and Intimacy Using Sex Toys. https://www.aarp.org/home-family/sex-intimacy/info-07-2013/couples-guide-to-sex-toys-schwartz.html, Accessed on March 24, 2023 
  4. 9 Sexy Holiday Gifts Sure to Sleigh in the Sheets. https://sexualbeing.org/blog/9-sexy-holiday-gifts-sure-to-sleigh-in-the-sheets/, Accessed on March 24, 2023
  5. Nice package: Sexy gift ideas for the holidays. https://www.bedsider.org/features/409-nice-package-sexy-gift-ideas-for-the-holidays, Accessed on March 24, 2023
  6. 20 Naughty Gift Ideas For Women & Men. https://top10gifts.org/naughty-gifts-for-women-and-men/, Accessed on March 24, 2023
  7. Marriage and relationships. https://www.apa.org/topics/marriage-relationships, Accessed on March 24, 2023

Versi Terbaru

06/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan