backup og meta

Jenis-Jenis Kondom Yang Paling Disukai Oleh Wanita, Yang No. 5 Paling Lelaki Suka!

Jenis-Jenis Kondom Yang Paling Disukai Oleh Wanita, Yang No. 5 Paling Lelaki Suka!

Majoriti lelaki mungkin lebih fokus dan gemar mencari kondom yang bagus untuk tahan lama bukan? Namun, mereka sering terlepas pandang terhadap jenis kondom yang paling disukai wanita.

Hakikatnya, kondom juga sama penting dalam usaha memberi kepuasan kepada diri dan pasangan masing-masing.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Kenapa anda harus pakai kondom?

Kebanyakan pasangan suami isteri tidak kira yang baru atau sudah lama berkahwin, tidak suka pakai kondom ketika bersetubuh. Ini kerana ia dipercayai akan ‘memotong’ nikmat aktiviti seksual.

Sedangkan, kondom itu merupakan alat kontraseptif yang berkesan untuk mengelakkan kehamilan luar jangka sekali gus menjadikan ia kaedah sesuai dalam usaha perancangan keluarga.

Tidak hanya itu, kondom juga akan mengurangkan risiko penyakit jangkitan kelamin (STI). Walaupun kalian adalah suami isteri, namun penggunaan alat kontraseptif ini dapat membantu memastikan bahawa pasangan bebas daripada STI.

jenis kondom yang paling disukai wanita
Mitos kondom yang tidak boleh dipercayai.

Maka, pemilihan kondom yang paling disukai perempuan adalah antara tabiat seksual yang disarankan dalam hubungan intim. Jangan ambil mudah!

Sekiranya pihak lelaki tidak mahu ia menjejaskan projek asmara di ranjang, anda perlu tahu jenis kondom yang paling disukai wanita. Adakah ia kondom berperisa, bertekstur atau jenis kondom untuk tahan lama?

Jenis kondom yang paling disukai wanita!

Sebenarnya, penggunaan kondom sama sekali tidak akan menjejaskan hubungan seksual. Apa yang penting, kalian harus tahu cara dan jenis kondom paling sesuai untuk diri masing-masing.

Di pasaran negara kita, terdapat beberapa jenis kondom yang paling wanita suka, contohnya seperti berikut:

#1. Jenis delay atau prolong

Pertama dan paling popular, terdapat kondom yang boleh tahan lebih lama. Dinamakan delay atau prolong, ia mampu memanjangkan durasi seks dengan cara melambatkan ejakulasi lelaki.

Ini kerana, ia dihasilkan dengan tekstur khusus yang lebih tebal bersama cecair pelincir khas. Kondom jenis ini sangat sesuai digunakan oleh encik suami yang selalu ‘tewas awal’ ketika bersenggama.

Jenis kondom yang paling disukai wanita #2. Berperisa strawberi

Menurut data organisasi kontraseptif sosial DKT Indonesia, kondom yang amat disukai dan digilai oleh wanita adalah berperisa buah strawberi. Ia dikatakan boleh menambahkan nikmat seksual.

Alasannya, mereka mungkin gemar aroma dan rasa buah itu yang segar lantas boleh meningkatkan nafsu syahwat!

jenis kondom yang paling disukai wanita
Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran.

Jenis kondom yang paling disukai wanita #3. Berperisa anggur

Berdasarkan kajian sama dari negara seberang, ada satu lagi kondom berperisa buah yang wanita suka iaitu anggur. Ia juga memiliki aroma dan rasa yang menyegarkan, sekali gus mengghairahkan.

Dalam erti kata mudah, kondom berperisa sangat digemari wanita. Mungkin juga ada perisa lain yang kita belum tahu?

#4. Jenis berduri atau bergerigi

Kemudian, ada juga jenis kondom yang berduri, bergerigi atau bertekstur khusus untuk merangsang klitoris pasangan wanita. Tidak dinafikan, ia sudah tentu menjadi pilihan ramai pasangan.

Apa yang lebih menarik, kondom untuk tahan lama ini mampu berfungsi dengan 2 cara – mempercepatkan klimaks wanita dan memperlahankan ejakulasi lelaki. Jadi, ia memang bagus buat suami isteri.

“Pun begitu, penggunaan jenis kondom sebegini mungkin boleh merengsakan dan menyakitkan pihak wanita terutama jika kurang lubrikasi yang wajib ada untuk mengurangkan geseran atau gesekan berlebihan,” jelas Pakar Tenaga Pengajar Seksual, Goody Howard.

#5. Kondom lutsinar dan nipis

Senarai ini tidak akan lengkap jika tiada entri kondom lutsinar dan nipis atau lebih popular dengan istilah ultra-thin.

jenis kondom yang paling disukai wanita
Kondom yang wanita rasa paling bagus untuk seks.

Seumpama langsung tidak memakai kondom yang bagus namun memberikan perlindungan mantap, maka tidak hairan jika orang perempuan begitu menggemari jenis alat kontraseptif lutsinar dan nipis ini.

Bagi orang lelaki pula, tidak perlu penjelasan yang panjang lebar. Mereka tentu sahaja menjadikan kondom jenis ini sebagai pilihan utama ekoran ia mudah, cepat dan praktikal untuk digunakan.

Kondom itu tidak mengganggu malah membantu…

Konklusinya, memang ada banyak jenis kondom yang paling disukai wanita dan harus diketahui lelaki. Dengannya, kalian sebagai pasangan suami isteri tidak perlu terus berbalah lagi.

Penggunaan kondom yang dipersetujui masing-masing, bakal menjadikan situasi aktiviti seksual itu ‘menang-menang’ dengan kepuasan dan kenikmatan maksimum bagi kedua-dua belah pihak.

Jika anda masih rasa kondom itu mengganggu dan bukan membantu, itu mungkin bermakna anda salah cara pakai kondom!

Sekiranya anda mahukan jawapan bagi soalan berkaitan dengan kondom yang paling disukai perempuan atau alat kontraseptif lain, boleh dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Condoms, https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/9404-condoms, Accessed Jul 13 2023.
  2. Do condoms work? What’s the best brand and which type of condom is most effective?, https://sexetc.org/info-center/post/do-condoms-work-whats-the-best-brand-and-which-type-of-condom-is-most-effective/, Accessed Jul 13 2023.
  3. Choosing The Condoms That Are Right For You, https://sexetcuniversity.org/choosing-the-condoms-that-are-right-for-you/, Accessed Jul 13 2023.
  4. Condoms: which of these five is right for you?, https://www.ippf.org/blogs/condoms-which-these-five-right-you, Accessed Jul 13 2023.
  5. How do I know what kind of condoms to buy for my boyfriend?, https://www.plannedparenthood.org/blog/how-do-i-know-what-kind-of-condoms-to-buy-for-my-boyfriend, Accessed Jul 13 2023.

Versi Terbaru

15/02/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Telan Air Mani Suami Boleh Rawat Kemurungan? Ini 5 Khasiat Sebenar Untuk Wanita!

Nak Nikmati Keseronokan 'Bersama' Semasa Hamil? Ini Posisi Seks Selamat Ikut Trimester!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan