Penggunaan kondom dipercayai dapat mencegah penyakit kelamin (STD). Tetapi sejauh mana keberkesanannya?
Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kondom.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Fakta mengenai kondom yang perlu anda tahu
Kondom tidak boleh mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%
Kes ralat mungkin berpunca daripada sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.
Ia berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan. Jadi menggunakan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan.
Jika terdapat alahan selepas menggunakannya, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Adakah penggunaan kondom hanya untuk lelaki?
Selain digunakan secara meluas oleh kebanyakan lelaki di sleuruh dunia, terdapat juga kondom untuk wanita.
Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya.
Kondom untuk perempuan digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual.
Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj.
Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.
Mitos umum mengenai penggunaan kondom
Kebanyakan pasangan terutamanya yang baru berkahwin akan mengamalkan perancangan keluarga dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk membantu mereka mencegah kehamilan.
Antara kaedah yang paling terkenal adalah menggunakan kondom. Namun begitu, terdapat banyak mitos mengenai kondom yang mendatangkan kerisauan kepada individu.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran mitos-mitos ini?
Menggunakan dua kondom serentak lebih selamat
Ada individu berpendapat bahawa penggunaan dua kondom serentak lebih selamat dalam mencegah kehamilan atau mencegah penyakit kelamin kerana kononnya ia lebih tebal.
Namun begitu, mitos ini sama sekali tidak benar kerana penggunaan dua alat ini dengan serentak hanya akan menyebabkan ia lebih mudah untuk pecah.
Saiz kondom tidak penting
Bagi kebanyakan individu, kondom sudah memadai jika ia menutupi bahagian depan alat sulit lelaki kerana air mani hanya akan keluar pada bahagian depannya sahaja.
Hakikatnya, ini adalah tidak benar kerana kondom yang terlalu ketat akan mengakibatkannya mudah pecah.
Manakala kondom yang terlalu longgar akan mengakibatkannya mudah tercabut daripada alat kelamin lelaki atau air mani keluar melalui bahagian yang longgar.
Kondom akan menyekat aliran darah
Penggunaan alat ini tidak akan menyekat aliran darah dan mengakibatkan ketidakselesaan pada alat sulit anda.
Ini sama sekali tidak benar kerana kondom boleh meregang sekitar 18 inci dan terdapat pelbagai saiz dan bentuk yang anda boleh cuba.
Kondom mengurangkan sensitiviti pada alat sulit
Penggunaan alat ini tidak akan mengurangkan sensitiviti pada alat sulit lelaki dan juga wanita kerana ia dicipta dengan bahan yang mempunyai tekstur yang lembut.
Sebaliknya, menggunakan kondom mampu membuat lelaki bertahan untuk tempoh yang lebih lama.
Memerlukan pelincir tambahan
Kebanyakan individu akan menggunakan kondom bersama dengan pelbagai jenis pelincir tambahan seperti minyak lintah, minyak belacak, krim kulit, gincu ataupun vaseline.
Ini sama sekali tidak betul kerana bahan-bahan ini mempunyai kandungan minyak yang boleh menguraikan komposisi kondom lalu mengurangkan keberkesannya.
Tidak perlukan penggunaan kondom jika pasangan sudah mengambil pil
Anda masih perlu memakai kondom walaupun pasangan anda sudah mengambil pil perancang kehamilan.
Ini kerana pengambilan pil yang tidak tepat pada waktu atau muntah selepas mengambil pil akan menjejaskan keberkesannya dalam mencegah kehamilan.
Selain itu, pil juga tidak dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin seperti klamedia, gonorea, sifilis, dan trikomoniasis.
Kondom tidak diperlukan jika anda melakukan seks oral
Ia mungkin benar dari aspek mencegah kehamilan. Namun bagi mencegah penyakit, ia adalah tidak tepat.
Ini kerana penyakit kelamin seperti gonorrea, chlamydia dan herpes boleh tersebar melalui cara ini.
Baca juga: