backup og meta

Nak Makan Pil Perancang? Ketahui Dahulu Fungsi Dan Kesannya Pada Kesihatan!

Nak Makan Pil Perancang? Ketahui Dahulu Fungsi Dan Kesannya Pada Kesihatan!

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai jenis jenis pil perancang kehamilan dan kesan sampingannya terhadap wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Kenali dahulu jenis jenis pil perancang sebelum mengambilnya

Jenis jenis pil perancang yang dijual di pasaran berbeza, salah satunya ialah pil kombinasi. Kebanyakan pil kombinasi sama ada dalam bentuk pek 21 hari atau pek 28 hari. Satu pil hormon diambil pada masa yang sama setiap hari selama 21 hari.

Bergantung kepada pek anda, sama ada anda berhenti mengambil pil pencegah kehamilan selama 7 hari (seperti dalam pek 21 hari) atau anda akan mengambil pil yang tidak mengandungi hormon selama 7 hari (pek 28 hari).

Terdapat juga sejenis pil kombinasi yang mengurangkan kekerapan haid wanita dengan membekalkan pil hormon selama 12 minggu dan kemudian pil tidak aktif selama 7 hari.

Ini mengurangkan kekerapan haid kepada sekali dalam 3 bulan dan bukannya setiap bulan.

pil perancang
Fungsi lain pil perancang.

Satu lagi jenis jenis pil perancang yang boleh mengubah bilangan haid bulanan adalah pil progesteron dos rendah, kadangkala dipanggil pil mini.

Pil pencegah kehamilan jenis ini berbeza daripada pil lain kerana ia hanya mengandungi satu jenis hormon – progesteron – bukan gabungan estrogen dan progesteron.

Ia berfungsi dengan menukar lendiran serviks dan lapisan rahim, dan kadangkala menjejaskan ovulasi juga. Pil mini mungkin sedikit kurang berkesan untuk mencegah kehamilan berbanding pil kombinasi.

Pil mini diambil setiap hari tanpa rehat. Seorang perempuan yang mengambilnya mungkin tidak mengalami haid sama sekali atau mungkin mengalami haid yang tidak teratur.

Untuk pil mini berkesan, ia mesti diambil pada masa yang sama setiap hari, tanpa melangkau dos.

Mana-mana jenis pil pencegah kehamilan berkesan apabila diambil setiap hari pada masa yang sama, tidak kira sama ada seorang perempuan akan melakukan hubungan kelamin atau tidak.

jenis jenis pil perancang
Cara ambil pil perancang.

Jenis jenis pil perancang: Keburukan pil perancang

Di samping keberkesanannya dalam mengawal kehamilan, amalan pengambilan pil ini juga mengandungi kesan sampingan tertentu, yang ada kalanya mengganggu kehidupan seseorang wanita.

1. Pendarahan kecil intermenstrual

Kira-kira separuh wanita yang mengambil pil ini mengalami masalah pendarahan faraj – juga dipanggil pendarahan kecil intermenstrual – yang berlaku antara tempoh jangkaan haid.

Keadaan ini selalunya terjadi dalam tempoh 3 bulan terawal selepas anda mula mengambil pil perancang.

Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan banyak lebih daripada 3 hari, segera berjumpa dengan doktor.

2. Loya disebabkan pil perancang

Pil perancang juga boleh menyebabkan loya jika anda mengambilnya buat pertama kali. Anda perlu mengambilnya dengan makanan atau sebelum tidur bagi mengurangkan ketidakselesaan akibat loya.

Kesan sampingan ini selalunya akan mengganggu anda dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun, jika keadaan anda teruk dan berterusan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar.

3. Sakit pada bahagian payudara

jenis jenis pil perancang
Payudara sakit akibat makan pil perancang.

Satu lagi kesan sampingan lazim akibat pengambilan pil perancang adalah sakit pada payudara. Selalunya, gejala ini akan reda selepas beberapa minggu.

Bagi mengurangkan ketidakselesaan pada payudara, anda perlu mengehadkan pengambilan kafein dan garam. Selain itu, anda juga disarankan untuk memakai coli sokongan.

4. Sakit kepala

Hormon seks dalam pil perancang adalah punca utama yang membuatkan anda sakit kepala dan migrain. Bergantung kepada jenis dan dos hormon, anda mungkin akan mengalami simptom sakit kepala yang berbeza.

5. Kenaikan berat badan

Walaupun tiada bukti kukuh yang menunjukkan pil perancang boleh meningkatkan berat badan anda, namun ramai wanita yang mengadu tentang retensi bendalir dalam payudara dan pinggul mereka selepas pengambilan kontraseptif jenis ini.

6. Perubahan angin 

Wanita yang mengambil pil kontraseptif berkemungkinan mengalami kemurungan atau perubahan emosi. Jadi, jika anda pernah mengalami kemurungan, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mula mengambil pil ini.

7. Terlepas haid

Benarkah pengambilan pil perancang akan menjejaskan kitaran haid?

Walaupun anda makan pil dengan betul, namun anda mungkin akan terlepas atau tidak datang haid. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
  • stres
  • sakit
  • melancong
  • ketidaknormalan hormon atau tiroid

Jika anda tidak datang haid walaupun masih mengambil pil perancang, doktor mungkin akan menyuruh anda melakukan ujian kehamilan sebelum anda meneruskan pengambilan pil.

8. Libido menurun

Dalam sesetengah kes, hormon pada beberapa jenis jenis pil perancang boleh menurunkan kemahuan seks anda.

Jika simptom ini berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor tentang cara makan pil perancang dan jenis jenis pil perancang sama ada pil perancang di farmasi atau pil perancang kecemasan serta kesannya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Birth Control: The Pill. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/3977-birth-control-the-pill. Accessed on March 13, 2023.
  2. Birth Control Pill. https://kidshealth.org/en/teens/contraception-birth.html. Accessed on March 13, 2023.
  3. Birth Control Pill. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill. Accessed on March 13, 2023.
  4. Combination birth control pills. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/combination-birth-control-pills/about/pac-20385282. Accessed on March 13, 2023.
  5. Combined pill. https://www.nhs.uk/conditions/contraception/combined-contraceptive-pill/. Accessed on March 13, 2023.

Versi Terbaru

20/09/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Masalah Faraj Kering? Ini 5 Sebab Isteri Tak Banyak Air Ketika Bersama Suami

Wanita Boleh Alami 6 Jenis Klimaks Semasa Bersetubuh, No. 5 Itu Paling Puas Bila Dapat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan