backup og meta

5 Sebab Isteri Susah Keluar Air Mani Semasa Seks, No. 1 Punca Paling Kerap Berlaku!

5 Sebab Isteri Susah Keluar Air Mani Semasa Seks, No. 1 Punca Paling Kerap Berlaku!

Berbicara tentang ejakulasi dan air mani, pasti akan mengaitkannya dengan lelaki. Ini kerana suami selalu mendapat perhatian dan menjadi keutamaan semasa hubungan seks. Persoalannya, pernahkah anda terdengar atau terlihat air mani perempuan? Bilakah waktu perempuan keluar air mani? Adakah normal air mani keluar dari faraj? Kenapa perempuan keluar air mazi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Mengenal air mani perempuan

Adakah normal air mani keluar dari faraj?

Bukan sahaja kaum Adam, kaum Hawa juga sebenarnya akan mengalami klimaks dan ejakulasi semasa melakukan hubungan seks. Dalam erti kata yang lain, wanita juga akan mengeluarkan air mani bagi menandakan kepuasan nafsu syahwat mereka.

Akan tetapi, pasti ramai yang belum tahu bagaimana rupa air mani yang sebenar buat para wanita, bukan?

Buat anda yang tertanya-tanya, air mani wanita adalah lebih kurang sama sahaja seperti air mani lelaki dari segi penampilannya.

air mani perempuan
Antara tanda klimaks wanita.

Ia mempunyai warna putih, tekstur likat, dan rasa masin, masam atau manis, bergantung kepada pemakanan. Jadi, perbezaan antara air mani perempuan dengan lelaki hanyalah kewujudan sperma di dalamnya.

Bagaimana pula dengan kuantiti? 

Jawapannya, ia bergantung kepada keupayaan wanita itu sendiri. Ada wanita yang mampu memancutkan air mani (squirting) semasa ejakulasi dan ada yang tidak mampu dan hanya akan mengeluarkannya seperti lelehan sahaja. 

Maksunya, kuantiti air mani wanita adalah berbeza mengikut individu. Malah, ada juga di kalangan perempuan yang sangat susah untuk mengeluarkan air mani.

Keadaan ini mungkin berlaku ekoran wanita tidak dapat mencapai klimaks atau orgasma disebabkan oleh beberapa faktor.

Sebab air mani perempuan susah keluar semasa seks

Bilakah waktu perempuan keluar air mani?

Jika kaum lelaki sering dimomokkan dengan masalah ejakulasi pramatang atau keluar air mani terlalu awal ketika beraksi di ranjang, wanita mungkin ada masalah lain yang lebih membimbangkan iaitu air mani wanita susah keluar semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan. 

Menurut kajian, kira-kira hampir 1 daripada 3 wanita tidak mampu mencapai orgasma semasa melakukan hubungan intim.

Ramai pasangan terpaksa melakukan rangsangan tambahan menggunakan tangan dan oral untuk mengeluarkan air mani wanita.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan air mani perempuan susah keluar, ya? Bilakah waktu perempuan keluar air mani? Berikut merupakan jawapannya: 

#1. Kurang rangsangan pada klitoris

air mani perempuan
Rangsangan pada wanita boleh membantu mencapai klimaks.

Menurut doktor pakar kehamilan dari New York, rangsangan klitoris sangat diperlukan dalam usaha wanita mencapai klimaks. Tanpanya, orgasma dan air mani mustahil untuk dikeluarkan.

Klitoris ada banyak saraf yang sangat sensitif terhadap apa-apa rangsangan, tidak kira sentuhan tangan atau jilatan lidah. Klitoris adalah kunci utama dalam memuaskan nafsu syahwat wanita.

Oleh itu, pasangan suami isteri sebenarnya perlu merancang perlakuan seks dengan lebih menumpukan rangsangan pada klitoris berbanding payudara. Jika tangan atau lidah masih tidak cukup, boleh guna alatan seks seperti vibrator atau dildo!

Punca air mani perempuan susah keluar #2. Tidak kenal tubuh badan sendiri

Bagi wanita, klitoris adalah bahagian dalam tubuh badan yang perlu diutamakan untuk rangsangan semasa melakukan hubungan kelamin.

Setiap wanita memiliki area sensitifnya yang tersendiri. Ada yang akan ghairah jika disentuh pada puting, payudara, punggung dan sebagainya. 

#3. Pengambilan ubat-ubatan

Menurut pakar, ada beberapa jenis ubat terutamanya jenis antidepresan untuk merawat depresi akan memberi efek kepada fungsi seksual wanita.

Pengambilan ubat-ubatan ini mungkin akan menyukarkan usaha mengeluarkan air mani wanita.

Ini kerana ubat jenis antidepresan misalnya akan menghalang produksi hormon seks seperti:

  • serotonin
  • dopamin
  • norepinefrin

dalam tubuh badan perempuan. Tanpa hormon-hormon ini, agak mustahil untuk wanita menikmati seks bersama pasangan.

#4. Kurang hormon oksitoksin

air mani perempuan
Cara hangatkan semula hubungan intim.

Hormon oksitoksin adalah hormon ‘cinta’ yang dirembeskan otak sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan seks. Kekurangannya sudah pasti akan mengakibatkan wanita susah mencapai orgasma.

Anda dan pasangan perlu melakukan ‘foreplay’ terlebih dahulu sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi membantu wanita lebih mudah terangsang semasa berasmara.

Adegan ‘ringan-ringan’ seperti berpelukan, bercium, berpegangan tangan serta bersentuhan badan sudah pasti dapat meningkatkan produksi hormon oksitoksin wanita.

#5. Tidak ada keyakinan diri

Kenapa perempuan keluar air mazi?

Wanita sukar untuk mencapai klimaks lalu mengeluarkan air mani adalah tidak mempunyai keyakinan diri dengan kecantikan dirinya.

Memang sudah sifat wanita untuk merasa ‘insecure’ terhadap pandangan pasangan terhadap mereka.

Mereka selalu akan beranggapan bahawa diri mereka adalah gemuk, busuk, tua dan tidak mampu menarik perhatian pasangan mereka. Ini adalah salah sama sekali!

Jadi, perempuan tidak seharusnya berfikiran seperti ini. Hakikatnya, suami anda mungkin tidak begitu kisah dengan rupa dan bentuk tubuh badan anda. Ini kerana perasaan cinta yang akan membuat segala-galanya tampak indah. Cinta itu buta dan membutakan, bukan?

Kesimpulan


Air mani perempuan sukar untuk dikeluarkan semasa hubungan seks adalah berpunca daripada anda dan pasangan anda sendiri.

Jadi, sila berbincang sesama anda dan dapatkan pandangan daripada doktor untuk mengetahui di mana salah dan silap anda. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. There’s help for women who cant achieve orgasm. https://health.clevelandclinic.org/theres-help-for-women-who-cant-achieve-orgasm/. Accessed on December 20, 2019.
  2. How come some girls don’t come at all. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/how-come-some-girls-dont-come-at-all. Accessed on December 20, 2019. 
  3. Difficulty reaching female orgasm. https://www.healthdirect.gov.au/difficulty-reaching-female-orgasm. Accessed on December 20, 2019. 
  4. The Science Behind Orgasms: What’s Going On When You’re Getting It On. https://www.healthywomen.org/your-health/sexual-health/science-behind-orgasms. Accessed on December 20, 2019.
  5. Female orgasm: No climax with vaginal penetration?. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-sexual-dysfunction/expert-answers/female-orgasm/faq-20058215. Accessed on December 20, 2019.

 

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan