Ciuman Bibir Ke Bibir Ada Risiko Penyakit Berbahaya? Ini 6 Mitos Mengenai Mononucleosis!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Ciuman bibir ke bibir merupakan satu simbolik yang kerap dilakukan oleh pasangan bercinta atau berkahwin untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang mereka.

Pun begitu, tahukah kalian bahawa terdapat bahaya cium mulut terhadap individu dan pasangan?

Buat anda yang mungkin belum tahu, perbuatan ini boleh mendatangkan sejenis penyakit!

Tenang, jangan panik terlebih dahulu dan mari sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai penyakit tersebut dengan lebih mendalam lagi.

Bahaya cium mulut sehingga sebabkan penyakit?

Sekiranya anda menyangka bahawa ia adalah penyakit jangkitan kelamin (STD), kalian mungkin sedikit tersilap.

Ya, memang benar bahawa STD seperti HIV, HPV dan lain-lain juga boleh merebak melalui kucupan bibir ke bibir namun kami bukan mahu berbicara mengenainya.

Sebaliknya, kami ingin mengutarakan mengenai sejenis penyakit yang turut dikenali sebagai ‘kissing disease‘ iaitu mononucleosis (mono).

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Epstein-Barr virus (EBV) dan boleh tersebar daripada satu individu ke individu lain.

Sesuai dengan namanya, penyakit ini kebiasaannya akan merebak melalui perkongsian air liur terutamanya ketika melakukan perbuatan cium mulut bersama pasangan.

cium mulut

Merungkai mitos berkaitan penyakit mononucleosis!

Mungkin masih ramai yang kurang faham mengenai penyakit mono ini, ekoran ia adalah antara penyakit yang jarang berlaku.

Disebabkan itu, kami akan membantu anda merungkai beberapa mitos berkaitan penyakit ini:

#1. Mono hanya disebabkan oleh cium mulut

Kucupan bibir ke bibir memang merupakan penyebab yang biasa namun bukan satu-satunya pencetus kepada penyakit ini.

Sebaliknya, kalian juga perlu tahu bahawa virus ini turut akan tersebar melalui titisan air liur akibat bersin, batuk atau perkongsian barang peribadi.

Disebabkan itu, anda disarankan untuk tidak berkongsi barangan peribadi terutamanya yang berisiko terkena air liur seperti berus gigi, cawan atau straw.

#2. Mono hanya akan dijangkiti oleh remaja

Menurut kajian ramai pakar, penyakit ini biasa dijangkiti oleh remaja ekoran sifat mereka yang gemar mencuba perkara baharu termasuklah ciuman bibir ke bibir.

Pun begitu, statistik menunjukkan bahawa mono boleh dijangkiti setiap individu sama ada golongan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga emas.

Mungkin mitos ini timbul disebabkan oleh usia purata mereka yang menghidapi mono ini adalah di antara 15 ke 30 tahun.

kumpulan darah

#3. Anda perlu periksa darah untuk diagnosis

Sekiranya anda khuatir dijangkiti virus ini dan ingin mendapatkan diagnosis, ada satu ujian darah bernama Monospot test boleh dijalankan.

Ujian ini akan memeriksa kandungan protein dan kadar sel darah putih yang boleh menjadi indikator kepada jangkitan virus EBV.

Pun begitu, doktor juga mungkin hanya perlu memeriksa anda melalui simptom atau ujian fizikal sahaja untuk diagnosis penyakit mono.

#4. Antibiotik diperlukan untuk merawat penyakit mono

Penyakit mono memang disebabkan oleh sejenis virus dan secara logiknya antibiotik tidak akan diperlukan untuk merawat penderita.

Sebaliknya, anda mungkin akan disarankan untuk mengambil ubatan ibuprofen atau acetaminophen untuk mengurangkan simptom.

Untuk merawat simptom utamanya iaitu sakit tekak, anda mungkin juga memerlukan lozeng yang boleh didapati di farmasi, klinik atau pasar raya.

#5. Sakit tekak adalah simptom utama penyakit mono

Seperti yang telah diperkatakan di atas tadi, sakit tekak memang merupakan simptom utama akibat jangkitan virus EBV ini.

Namun ia bukanlah satu-satunya simptom dan terdapat lagi gejala lain termasuklah demam, penat, sakit kepala, sakit perut, timbul ruam serta sukar untuk bernafas.

Jika anda mengalami sebarang simptom di atas selepas melakukan perbuatan cium mulut bersama pasangan, segera berjumpa doktor untuk diagnosis ya.

manfaat cium mulut

#6. Penyakit mono akan kekal buat masa yang lama

Kebiasaannya, simptom penyakit ini akan berterusan selama kira-kira 2 ke 4 minggu dan ia berbeza bergantung kepada individu.

Akan tetapi, harus diingatkan bahawa penyakit bawaan virus EBV ini boleh kekal buat masa yang lama yakni 6 bulan atau lebih jika tidak dirawat.

Berita baiknya, ia adalah penyakit yang mungkin tidak akan muncul kali kedua selepas terkena namun masih wujud risiko yang rendah.

Meskipun ia boleh dikatakan tidak begitu berbahaya, penyakit mono akibat virus EBV adalah antara bahaya cium mulut yang wajar kita semua elakkan.

Maka sila lebih berwaspada tatkala bermesraan dengan yang tersayang okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

hidup lebih lama

Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/05/2020 . 2 minit bacaan
manfaat cium mulut

3 Manfaat French Kiss Terhadap Tubuh Badan, Betul Ke Boleh Bakar Kalori Juga?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/03/2020 . 2 minit bacaan