backup og meta

Jangan Sangka Ia Telah Pupus, Demam Denggi Masih Ada? 6 Tip Untuk Atasi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/07/2023

    Jangan Sangka Ia Telah Pupus, Demam Denggi Masih Ada? 6 Tip Untuk Atasi!

    Penyakit demam denggi kini mungkin agak ‘senyap’ namun itu bukan bermakna ia tidak ada. Bagaimana cara untuk mengelak dan mencegah penyakit ini? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

    Kawasan persekitaran punca tempat pembiakan nyamuk!

    penyakit demam denggi

    Nyamuk Aedes merupakan perumah kepada virus denggi. 

    Berbeza dengan konsep jangkitan yang tersebar melalui udara atau titisan air, virus bawaan nyamuk tidak boleh dihalang melalui penjarakan sosial.

    Ia berikutan virus denggi tidak berjangkit secara langsung, ia memerlukan perumah untuk berbuat demikian.

    Setiap tahun, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menganggarkan kira-kira 400 juta kes denggi didiagnosis di seluruh dunia.

    Oleh sebab nyamuk Aedes endemik di beberapa benua termasuklah Asia Tenggara, penduduk di Malaysia berisiko untuk dijangkiti denggi.

    Terdapat 4 jenis virus denggi dan setiap kali anda dijangkiti, badan akan menghasilkan antibodi seumur hidup berdasarkan kepada maklumat genetik virus tersebut.

    Ini bermakna secara  teorinya, seumur hidup, anda boleh mendapat maksimum 4 kali demam denggi.

    Simptom penyakit demam denggi ini sukar didiagnosis?

    Oleh sebab kebanyakan jangkitan virus berkongsi simptom dengan penyakit demam denggi, ia bukanlah satu indikator yang boleh diharap.

    Namun, setiap individu perlu mengetahuinya untuk memberikan kesedaran bagi mendapatkan rawatan di hospital/klinik.

    Secara amnya, simptom boleh berlangsung selama 10 hari. Namun, bagi segelintir individu, ia boleh berlaku lebih dari tempoh tersebut.

    Antara tanda yang menunjukkan tinggi risiko anda dijangkiti oleh virus denggi adalah seperti berikut:

    • Demam panas (boleh mencecah sehingga 40 – 41 C)
    • Sakit kepala teruk
    • Bengkak pada kelenjar limfa
    • Sakit sendi dan otot
    • Ruam 
    • Loya 
    • Muntah
    • Pendarahan pada gusi dan hidung
    • Lebam-lebam pada kulit
    • Sawan

    penyakit demam denggi

    Doktor akan membuat ujian darah bagi mendiagnosis penyakit ini untuk membezakannya dengan simptom penyakit lain.

    Jika anda positif denggi, doktor akan membuat pemeriksaan klinikal bagi meletakkan anda di bawah pemerhatian atau dibenarkan untuk berehat di rumah.

    Tiada ubat spesifik yang direka khas untuk merawat denggi.

    Oleh sebab jangkitan ini akan pulih dengan sendirinya selepas pembentukan antibodi badan, rawatan yang diberi hanyalah berbentuk konservatif.

    Ini bermakna, anda akan dirawat berdasarkan simptom yang dialami. Jika demam, anda akan dibekalkan dengan ubat demam.

    Walau bagaimanapun, kalau demam anda surut tetapi anda mengalami simptom lain lebih teruk berbanding hari sebelumnya, anda perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera.

    Pemeriksaan akan dibuat bagi mengenal pasti jika anda mengalami komplikasi berikutan jangkitan denggi.

    Mencegah demam denggi lebih baik daripada mengubati…

    penyakit demam denggi

    Komplikasi yang berpunca daripada penyakit demam denggi boleh mengancam nyawa.

    Jadi lebih baik jika kita mengambil langkah pembasmian nyamuk Aedes bagi mencegah demam denggi kerana masih belum ada cara merawat demam denggi!

    1. Sebelum menggunakan tempat kerja yang sudah lama terbiar, bersihkan kawasan dalam dan luar premis.
    2. Semburkan aerosol pada bilik atau ruang yang sudah lama tidak digunakan.
    3. Gunakan repelen untuk lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.
    4. Aktiviti larvasiding perlu dilakukan secara berkala bagi membunuh jentik-jentik pada kawasan takungan air.
    5. Jika anda mempunyai simptom, sila buat pemeriksaan dengan kadar segera.
    6. Gunakan pendingin hawa @ penyaman udara dan tutup tingkap.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan