backup og meta

Jangan Biarkan Kes Meningkat, Ikut 6 Cara Berkesan Ini Untuk Merawat Demam Denggi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/02/2024

    Jangan Biarkan Kes Meningkat, Ikut 6 Cara Berkesan Ini Untuk Merawat Demam Denggi

    Tahukah anda, ada beberapa cara merawat demam denggi? Ia adalah penyakit berpotensi maut yang tersebar oleh nyamuk Aedes Aegypti yang dijangkiti.

    Walaupun denggi tidak dapat disebarkan melalui sentuhan manusia, tanda demam denggi dewasa boleh meningkat dengan mendadak akibat peningkatan pembiakan nyamuk aedes.

    Berikut adalah 6 rawatan denggi paling berkesan yang boleh anda lakukan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

    6 cara merawat demam denggi

    1. Membina semula sistem imun

    Daun dan ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti giloy, fenugreek, kunyit, daun tulsi, lada hitam berguna dalam menguatkan metabolisme, mengurangkan kesakitan dan juga bertindak sebagai sedatif.

    Ekstrak daun betik diketahui meningkatkan jumlah platelet. Membawa sistem imuniti kembali adalah penting untuk mengelakkan denggi daripada menjadi lebih teruk kepada demam denggi berdarah (DHF) atau sindrom kejutan denggi (DHS).

    2. Berikan ubat yang sesuai sebagai cara merawat demam denggi

    punca demam denggi
    Nyamuk Aedes Aegypti.

    Denggi menyebabkan banyak kesakitan fizikal di dalam badan. Oleh sebab itu, antara cara merawat demam denggi yang penting ialah mengambil ubat yang bersesuaian. 

    Walau bagaimanapun, penyembuh rasa sakit boleh memburukkan pendarahan dalaman dalam denggi kerana kandungan ibuprofen atau aspirinnya.

    3. Bantuan perubatan

    cara merawat demam denggi
    Ubat demam denggi.

    Dalam kes-kes yang teruk seperti demam denggi berdarah (DHF), jumlah platelet mungkin menurun kepada jumlah yang sangat rendah.

    Ini mungkin memerlukan kemasukan ke hospital segera atau pemindahan darah. Sentiasa berjaga-jaga agar anda dapat mengenal pasti simptom yang membimbangkan.

    4. Tingkatkan jumlah platelet

    Kesan denggi yang paling menonjol adalah kejatuhan teruk dalam kiraan platelet pesakit. Platelet, dalam erti kata yang paling mudah adalah paramedik yang melindungi kita apabila cedera.

    Apabila kiraannya jatuh, tubuh menjadi lemah dan kuasa untuk membina semula dirinya berkurang. Ekstrak daun betik dikenali untuk membantu mengembalikan kiraan platelet.

    makanan untuk merawat demam denggi
    13 penawar melawan demam denggi.

    5. Dapatkan rehat secukupnya, antara rawatan demam denggi di rumah

    Denggi dicirikan oleh otot yang sangat teruk dan sakit sendi, disertai dengan sakit kepala yang teruk dan sakit mata.

    Adalah dinasihatkan untuk tidak menegangkan diri semasa demam dan mengambil rehat yang sesuai, secara fizikal dan mental. Tekanan akan memburukkan demam.

    6. Elak dehidrasi untuk melawan demam denggi

    Salah satu cara merawat demam denggi ialah mengambil air dengan mencukupi. Pengambilan cecair oral perlu diambil dengan serius. Air, jus buah dan elektrolit adalah minuman yang sempurna. Akan ada masa apabila pesakit tidak boleh minum cecair ini.

    Pada masa itu, IV (Terapi Intravena) boleh digunakan, kerana berkompromi pada penghidratan boleh menjadi sangat berisiko.

    Selain langkah berikut, anda juga boleh melakukan pencegahan di rumah seperti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk, melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan kurangkan melawat atau beraktiviti di kawasan berisiko tinggi denggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan