Penghalau nyamuk yang mengandungi semua bahan di atas diakui selamat dan juga berkesan. Malah, ia boleh didapati di dalam produk penghalau nyamuk di seluruh dunia.
Bagaimana spray nyamuk berfungsi?
Nyamuk dan juga pepijat tertarik kepada bau badan manusia dan juga karbon dioksida yang kita keluarkan.
Selain itu, serangga ini juga menggunakan suhu badan kita, pergerakan dan juga penglihatan mereka untuk mencari mangsa.
Sebab itulah, ada orang yang kerap digigit nyamuk. Mungkin, bau badan mereka ataupun minyak wangi yang mereka pakai bertindak menarik perhatian nyamuk.
Setelah menggunakan spray nyamuk, deria serangga ini akan mati dan mereka tidak dapat menentukan kedudukan mangsa mereka.
Oleh sebab itu, nyamuk akan kurang menggigit setelah anda menggunakan semburan nyamuk.
Apakah kesan sampingan penggunaan ubat nyamuk?

Semua bahan kimia, termasuklah ubat nyamuk mempunyai kadar ketoksikannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut produk yang anda beli.
Oleh sebab itu, pastikan anda baca informasi yang tertulis di belakang produk terlebih dahulu. Selain itu, pastikan anda menggunakan produk tersebut dengan betul dan mengikut arahan.
Produk yang mengandungi DEET boleh menyebabkan gatal-gatal pada kawasan mata ataupun kulit. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini amat jarang berlaku.
Ada juga yang melaporkan telah mengalami simptom seperti batuk-batuk dan muntah selepas termakan atau terhidu penghalau nyamuk yang mengandungi DEET.
Untuk produk yang mengandungi picardin pula, pengguna telah melaporkan kesan sampingan seperti iritasi pada kawasan mata dan juga muntah-muntah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen