5 Jenis Ubat Untuk Darah Tinggi Dan Kesan Sampingannya Yang Anda WAJIB Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ubat darah tinggi terdapat pelbagai jenis dengan nama yang berbeza-beza. Kadangkala, ia membuatkan ramai orang terkeliru dengan nama dan fungsinya.

Mengapa perlu banyak sangat ubat? Bolehkah satu ubat dikongsi dengan semua orang?

Bagi mengelakkan kekeliruan, mari lihat apa ubat-ubatan yang tersedia untuk tekanan darah tinggi. Sebelum itu, anda boleh dapatkan maklumat tentang tekanan darah di sini.

Bagaimana ingin memilih jenis ubat?

Pilihan dibuat berdasarkan banyak faktor. Antaranya adalah:

  • Tahap tekanan darah
  • Kehadiran penyakit lain seperti jantung, buah pinggang dan diabetes
  • Keberkesanan ubat mengikut individu

Di samping ubat-ubatan, gaya hidup dan pemakanan juga perlu dikawal untuk mendapatkan hasil yang optimum. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Apakah pilihan ubat darah tinggi?

ubat darah tinggi

Ubat darah tinggi 1: Perencat ACE

Ia adalah sejenis enzim yang menukarkan angiotensin I kepada angiotensin II.

Apabila terbentuk, angiotensin II menyebabkan otot pada dinding saluran darah mengecut. Ini menjadikan saluran darah sempit, seterusnya meningkatkan tekanan darah.

Perencat ACE berfungsi dengan menghalang aktiviti ACE daripada menghasilkan angiotensin II, seterusnya menuurunkan tekanan darah.

Tambahan pula, ubat ini turut melambatkan komplikasi tekanan darah tinggi melibatkan buah pinggang dan diabetes.

Kesan sampingan:

  • Batuk
  • Tekanan darah rendah
  • Mudah penat
  • Sakit kepala
  • Tahap potassium darah meningkat

Antara contoh perencat ACE:

  • Enalapril.
  • Captopril.
  • Ramipril.

Ubat darah tinggi 2: Penghalang reseptor angiotensin (angiotensin receptor blockers/ARBs)

Cara ARBs bekerja hampir sama dengan perencat ACE. Jika perencat ACE menghalang penghasilan angiotensin II, ARBs pula menghalang angiotensin II daripada berfungsi ke atas reseptor angiotensin II.

Kesannya, saluran darah akan kembang dan tekanan darah dapat diturunkan. Ini akan mengurangkan beban ke atas jantung.

Kesan sampingannya hampir sama dengan perencat ACE.

Antara contoh ARBs:

  • Losartan.
  • Valsartan.
  • Irbesartan.

Ubat darah tinggi 3: Penghalang beta (beta blockers)

ubat darah tinggi

Ubat ini menghalang aktiviti hormon adrenaline dan noradrenaline ke atas reseptor beta yang berada pada organ-organ tertentu termasuk otot pada saluran darah. Hormon ini membuatkan saluran darah mengecut.

Dengan menghalang reseptor beta, ubat ini membantu mengembangkan saluran darah serta menurunkan tekanan darah. Dalam masa yang sama, ia juga mungkin menyebabkan saluran pernafasan mengecut.

Oleh sebab itu, pesakit asma tidak dinasihatkan mengambil penghalang beta.

Kesan sampingan:

Antara contoh penghalang beta:

  • Atenolol
  • Labetalol
  • Bisoprolol

4. Penghalang saluran kalsium (calcium channel blockers/CCBs)

Kalsium adalah elemen yang penting dalam fungsi otot. Untuk membuatkan otot mengecut, kalsium akan masuk ke dalam sel-sel otot melalui saluran tertentu.

CCBs berfungsi mencegah kalsium masuk ke dalam otot dengan menghalang salurannya. Keadaan ini akan mengurangkan kekuatan jantung mengepam darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Kesan sampingan:

  • Tangan dan kaki bengkak (peripheral edema)
  • Sembelit
  • Sesak nafas
  • Ruam
  • Sakit kepala

Antara contoh CCBs:

  • Amlodipine
  • Diltiazem
  • Verapamil

5. Diuretik

ubat darah tinggi

Diuretik atau juga dikenali sebagai pil air adalah antara ubat paling lama digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia berfungsi ke atas buah pinggang dan membuatkan badan membuang lebih banyak air melalui air kencing.

Pengurangan cecair mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh jantung serta mengurangkan tekanan darah. Pesakit yang mengambil ubat ini akan kerap ke tandas.

Kesan sampingan:

Antara contoh diuretik:

  • Hydrochlorothiazide
  • Furosemide
  • Chlorthiadone

Ubat darah tinggi yang disebut di atas adalah sebahagian daripada pilihan yang paling kerap digunakan. Terdapat juga ubat-ubatan lain seperti penghalang alpha, clonidine dan minoxidil.

Kebiasaannya, rawatan akan dimulakan dengan satu jenis ubat. Jika tekanan darah masih tidak terkawal, kombinasi beberapa ubat mungkin diperlukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

Ada Darah Tinggi, Anda Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 minit bacaan

Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 minit bacaan

5 Tanda Anda Menghidap Darah Tinggi, Salah Satunya Berkaitan Dengan Kencing Anda!

Jika anda tertanya-tanya bagaimana individu boleh menghidap masalah darah tinggi, baca artikel ini untuk tahu tentang tanda darah tinggi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/02/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

berat badan wanita hamil

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
alat tekanan darah

Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
daun kapal terbang

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
klasifikasi hipertensi

Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan