backup og meta

Tekanan Darah Rendah: Bagaimana ia Boleh Berlaku?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/04/2023

    Tekanan Darah Rendah: Bagaimana ia Boleh Berlaku?

    Tekanan darah rendah berlaku apabila bacaan tekanan darah di bawah 90/60 (bacaan ideal ialah 120/90). Jika tidak melibatkan sebarang simptom, ia bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius. Namun, ia juga mungkin membawa kepada simptom yang serius sehingga boleh mengancam nyawa.

    Apa yang berlaku jika tekanan darah menjadi rendah?

    Tekanan darah berperanan memastikan darah beredar di dalam salur darah daripada jantung kepada seluruh sel dalam badan. Tekanan yang rendah boleh menjejaskan pergerakan darah sehingga menyebabkan darah tidak sampai ke bahagian badan tertentu.

    Otak adalah bahagian paling penting dan sangat mudah terjejas dengan perubahan pada tekanan darah. Ini adalah kerana jantung perlu mengepam darah melawan graviti untuk sampai ke otak. Apabila otak tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi, banyak fungsi badan akan terjejas.

    Antara simptom yang boleh berlaku ialah:

    • Pening dan kepala terasa ringan.
    • Pengsan.
    • Penglihatan kabur.
    • Mual.
    • Letih.
    • Hilang fokus.

    Dalam kes yang lebih parah, tekanan darah yang terlalu rendah menyebabkan darah tidak sampai ke banyak organ di seluruh badan sehingga membawa kepada kejutan atau shock. Simptom yang berlaku termasuk:

    • Rasa bingung dan keliru terutamanya mereka yang berumur.
    • Kulit sejuk, lembap, dan pucat.
    • Pernafasan laju dan pendek.
    • Nadi laju dan lemah.

    Apakah sebab tekanan darah rendah?

    Tekanan darah rendah biasa berlaku dalam kalangan orang berumur. Ia adalah sebahagian daripada proses penuaan apabila otot mula menjadi lemah dan kawalan badan terhadap tekanan darah berkurang. Selagi mana tiada simptom yang serius, ia adalah normal.

    Namun ada juga keadaan lain yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Ini termasuk:

    • Mengandung – Saluran darah mengembang semasa mengandung menyebabkan tekanan darah berkurang. Ia akan kembali normal sebelum bersalin.
    • Masalah jantung – Sesetengah keadaan jantung seperti degupan jantung perlahan, masalah injap, serangan jantung, dan kegagalan jantung.
    • Masalah endokrin – Hipotiroid, penyakit Addison, hipoglisemia dan sesetengah kes diabetes.
    • Dehidrasi.
    • Pendarahan – Keadaan yang menyebabkan pendarahan banyak seperti pembedahan major dan kemalangan.
    • Jangkitan darah serius (septicemia) – Jangkitan menyebabkan saluran darah mengembang dan menurunkan tekanan darah.
    • Serangan alergi yang teruk (anafilaksis) – Mekanisme anafilaksis hampir sama dengan septicemia.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 03/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan