Darah Dalam Air Kencing: Apakah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Menyedari kewujudan darah dalam air kencing anda semestinya sesuatu yang merisaukan baik untuk lelaki, wanita, muda mahupun tua. Dalam pengkelasan perubatan, punca-punca kewujudan darah dalam air kencing dibahagikan kepada dua iaitu darah dalam air kencing yang dapat dilihat dengan jelas (Gross Hematuria) dan darah dalam air kencing yang hanya dikesan melalui ujian makmal (Microscopic Hematuria). Mana-mana pun puncanya, pemerhatian dan pemeriksaan rapi doktor adalah perlu. Kencing berdarah adalah apabila air kencing anda berwarna sama ada sedikit merah jambu atau perang seakan-akan warna air coca-cola. 

Dari Mana Datangnya Darah Tersebut?

Darah dalam air kencing anda boleh datang daripada beberapa struktur khususnya struktur-struktur yang membentuk sistem urinari, yang terdiri daripada buah pinggang, ureter, pundi kencing dan juga uretra. Namun yang demikian, darah tersebut juga boleh disebabkan oleh struktur berdekatan lain yang dekat dengan organ-organ sistem urinari dan boleh juga disebabkan keradangan menyeluruh sistem badan.

Punca darah dalam air kencing yang kurang serius

Senaman yang terlalu lasak

Senaman yang terlalu lasak berupaya untuk mengakibatkan berlakunya kencing berdarah dan ianya juga disebut sebagai runner’s bladder atau marathoner’s bladder. Senaman yang terlalu lasak, sama ada daripada sukan yang mempunyai perlagaan fizikal atau tidak, berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah. Lazimnya, kewujudan darah dalam air kencing akan tidak lagi kelihatan selepas 72 jam daripada aktiviti tersebut atau selepas rehat yang mencukupi. Namun yang demikian, penting juga untuk diingati bahawa senaman yang terlalu lasak dalam seseorang yang sudah menghidapi penyakit buah pinggang atau penyakit berkaitan sistem urinari, mampu menyebabkan kecederaan tambahan kepada sistem tersebut.

Trauma

Trauma kepada alat kelamin dan bahagian badan yang membabitkan buah pinggang khususnya, boleh menyebabkan berlakunya kecederaan dan pendarahan yang akhirnya membawa kepada kewujudan darah dalam air kencing. Trauma boleh berlaku sama ada disebabkan oleh aktiviti seksual yang ganas, kecederaan ketika di ranjang, kemalangan, kecederaan atau impak daripada aktiviti sukan.

Punca darah dalam air kencing yang lebih serius

Jangkitan

Jangkitan ini boleh merujuk kepada jangkitan terhadap mana-mana struktur atau organ dalam sistem urinari seperti jangkitan buah pinggang (Pyelonephirits), jangkitan pundi kencing (Cystitis), dan jangkitan saluran urethra (Urethritis). Jangkitan kelamin juga boleh menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing.

Batu Karang

Batu karang boleh terbentuk atau beralih ke mana-mana struktur dalam sistem urinari sama ada di dalam buah pinggang, di dalam saluran ureter, dalam pundi kencing mahupun dalam saluran urethra. Lazimnya, simptom kencing berdarah dalam batu karang akan disertai oleh simptom sakit berdenyut-denyut pada bahagian yang terlibat.

Kanser

Selain daripada kanser yang membabitkan struktur sistem urinari seperti kanser buah pinggang dan pundi kencing, organ-organ sekeliling yang bertukar menjadi kanser turut berupaya untuk menyebabkan kencing berdarah, khususnya apabila ia sudah mencerobohi sistem urinari seperti kanser usus dan kanser prostat. Sebelum menjadi kanser, pembesaran prostat juga mampu menyebabkan kencing berdarah.

Penyakit-penyakit lain

Penyakit sel darah merah seperti Sickle Cell Anaemia membawa kepada penghancuran darah dalam badan yang disingirkan melalui air kencing. Penyakit seperti Haemolytic Uremic Syndrome juga berupaya untuk menyebabkan berlakunya kewujudan darah dalam air kencing. Selain itu, penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) juga mampu menyebabkan kecederaan kepada buah pinggang yang menyebabkan air kencing mengandungi darah. Tambahan lagi, penyakit keturunan seperti Sindrom Alport dan juga penyakit buah pinggang Polycystic turut berupaya untuk menghasilkan simptom yang sama.

Apabila anda berjumpa dengan doktor anda, pemeriksaan dan ujian tertentu akan dilakukan oleh mereka demi mengenal pasti punca sebenar di sebalik keterjadian simptom kencing berdarah. Walaupun lazimnya darah dalam air kencing tidak membawa kepada masalah serius, terdapat juga punca-punca serius yang perlu diberi perhatian.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

    Ramai yang percaya bahawa tidak berdehem ketika kencing juga boleh jadi punca batu karang. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

    Masalah air kencing bercabang lazim berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki. Jangan tak tahu, fenomena buang air kecil ini boleh jadi tanda penyakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/07/2020 . 3 minit bacaan

    9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

    Banyak kempen derma darah di Malaysia. Jika anda hendak derma darah, pastikan anda memenuhi 9 kriteria ini sebelum melakukannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    hidung tersumbat

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu sepsis

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan