backup og meta

Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/11/2022

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Risiko penyakit diabetes sememangnya diketahui ramai. Pemakanan tidak seimbang, obesiti dan kurang aktiviti fizikal adalah contoh kenapa seseorang itu mudah untuk mendapat masalah kencing manis. Namun, pernah tak anda mendengar tentang penyakit diabetes 1.5? 

    Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa bukan semua kencing manis adalah disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat.

    Kencing manis jenis 1 sebagai contoh, merupakan keadaan kesihatan yang sering dikaitkan dengan masalah kerosakan sel yang menghasilkan insulin.

    Proses autoimun tersebut berlaku pada kadar tertentu dan apabila prosesnya perlahan, ia juga dikenali sebagai diabetes autoimun pendam dalam orang dewasa (LADA).

    Apa yang menariknya mengenai LADA, sesetengah ahli akademik menganggapnya sebagai penyakit diabetes 1.5.

    Berbeza dengan kencing manis jenis 1, ia sering didiagnosis pada individu dewasa (sekitar 30 tahun) dan sering disalah diagnosis sebagai kencing manis jenis 2.

    Bagaimana cara untuk membezakannya? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Tidak banyak beza (simptom) dengan penyakit diabetes lain

    penyakit diabetes 1.5

    Oleh sebab LADA mempunyai komplikasi fisiologi yang lebih kurang sama dengan diabetes 1 dan 2, ia mempunyai gejala yang sama.

    Mereka yang mengalami penyakit diabetes 1.5 boleh mendapat simptom seperti:

    1. Kerap kencing terutamanya pada waktu malam
    2. Sering haus
    3. Hilang berat badan tanpa diet 
    4. Rasa kebas pada kaki dan tangan
    5. Penglihatan kabur

    Jika tidak didiagnosis atau jumlah gula dalam darah tidak terkawal, ia boleh menyebabkan komplikasi ketoasidosis yang boleh membawa maut.

    Mungkin anda berpendapat bahawa perubahan gaya hidup boleh mengekalkan fungsi insulin dalam badan pada tahap optimum.

    Fakta tersebut hanya benar bagi penghidap diabetes jenis 2.

    LADA merupakan masalah yang melibatkan sel autoimun. Sel tersebut akan menyerang sel yang bertanggungjawab menghasilkan insulin di dalam badan.

    Oleh sebab itulah mereka yang aktif dan tidak mempunyai masalah obesiti masih boleh mendapat masalah diabetes.

    Anda mungkin berminat:

    Risiko penyakit diabetes 1.5, siapa yang boleh dapat masalah kesihatan ini?

    penyakit diabetes 1.5

    Sebelum bercerita lebih lanjut berkenaan dengan punca penyakit diabetes 1.5, anda perlu tahu bagaimana diabetes terjadi.

    Bagi diabetes jenis ini, ia sering dianggap sebagai keadaan kesihatan autoimun.

    Ini berikutan sel badan penghidap bertindak memusnahkan sel beta yang bertanggungjawab menghasilkan insulin di dalam organ pankreas.

    Tanpa sel tersebut, sel tidak boleh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga pada tahap yang optimum.

    Oleh sebab mereka yang mengalami diabetes jenis 1 tidak boleh menghasilkan insulin, mereka perlu mendapatkan sumber insulin melalui suntikan farmakologi.

    Diabetes jenis 2 pula beroperasi lebih kepada konsep kerintangan insulin. 

    Badan anda masih boleh menghasilkan insulin, namun, ia tidak boleh menggunakannya.

    Faktor kepada berlakunya masalah itu bergantung kepada gaya hidup penghidap. Mereka yang obes dan hidup tidak aktif lebih berisiko.

    Oleh yang demikian, perubahan gaya hidup boleh membantu penghidap untuk mengatasi masalah ini.

    Mereka yang sudah serius, boleh dirawat menggunakan ubat pil dan suntikan insulin.

    Jadi bagaimana pula dengan diabetes jenis 1.5?

    Oleh sebab ia merupakan masalah autoimun, komponen genetik merupakan salah satu sebab utama mengapa ia berlaku.

    Antibodi di dalam badan penghidap bertindak menghancurkan sel beta di dalam organ pankreas seperti proses patologi diabetes jenis 1.

    Namun, berbeza dengan diabetes jenis 1 yang sering didiagnosis ketika kanak-kanak, mereka yang mempunyai masalah diabetes 1.5 cenderung untuk didiagnosis di usia dewasa.

    Jika penghidap obes dan tidak aktif, risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 juga tinggi.

    Ada cara ke nak rawat masalah ini?

    penyakit diabetes 1.5

    Oleh sebab LADA menyebabkan badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan insulin, rawatan terapi insulin merupakan kunci kepada kawalan gula dalam darah.

    Namun, proses patologi yang berlaku agak perlahan. Maka, pada peringkat awal, doktor mungkin akan mempreskripsikan anda pil kencing manis terlebih dahulu.

    Apabila sejumlah besar sel beta di dalam pankreas anda musnah dek antibodi badan, rawatan insulin perlu diambil.

    Secara puratanya, menurut kajian pada tahun 2016 oleh Kolej Farmasi Oklahoma, mereka yang didiagnosis dengan penyakit diabetes 1.5 bakal memerlukan insulin dalam tempoh 5 tahun.

    Jika penghidap patuh kepada protokol rawatan dan mengambil insulin seperti yang diarahkan, risiko untuk mereka mendapat komplikasi diabetes sangatlah rendah.

    Oleh sebab itulah penting bagi mereka yang mengalami simptom diabetes untuk membuat pemeriksaan.

    Rawatan awal boleh membantu meningkatkan kualiti hidup individu.

    Konklusi

    Penyakit diabetes 1.5 memang wujud. Namun, nama yang lebih kurang kontroversi adalah LADA, kencing manis pendam dalam orang dewasa.

    Protokol rawatan bagi mereka yang menghidapnya lebih kurang sama dengan diabetes 1.

    Mereka yang patuh kepada arahan doktor bakal menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi.

    Maka, jika anda mengalami simptom diabetes, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.

    #WorldDiabetesDay #DiabetesAwareness4All

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan