home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anda Penghidap Kencing Manis? Ada 3 Cara Mudah Untuk Bantu Sembuhkan Keadaan Itu

Anda Penghidap Kencing Manis? Ada 3 Cara Mudah Untuk Bantu Sembuhkan Keadaan Itu

Selain daripada menduduki tangga teratas bagi kategori negara paling tinggi masalah obesiti, Malaysia juga merupakan negara yang mempunyai purata pesakit diabetes paling tinggi di Asia. Tidak hairanlah memandangkan obesiti merupakan faktor risiko yang penting untuk penyakit kencing manis. Namun, persoalannya, adakah mereka yang menghidap kencing manis boleh sembuh?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Pesakit kencing manis boleh sembuh?

Umumnya, terdapat kira-kira 3.6 juta penghidap kencing manis di Malaysia. Ia bukan sahaja menduduki tangga pertama di carta Asia Tenggara, malahan turut merupakan salah satu negara yang memiliki jumlah pesakit diabetes tertinggi di seluruh dunia.

Perkara ini amat membimbangkan memandangkan anggaran jumlah pesakit pada tahun 2025 boleh mencecah kira-kira 7 juta jika ia tidak dibendung.

Penyebabnya? Gaya hidup moden yang lebih sedentar dan amalan pemakanan tidak sihat.

kencing manis boleh sembuh

Jadi persoalan utama di sini, adakah pesakit kencing manis boleh sembuh? Terdapat pelbagai faktor boleh mempengaruhi keberkesanan rawatan mereka yang menghidap kencing manis.

Jadi, jika seseorang itu bertanyakan kepada anda, adakah pesakit kencing manis boleh sembuh? Jawapannya ya, dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saranan spesifik buat pesakit diabetes

Anda sudah mengetahui bahawa penyakit kencing manis ini boleh sembuh dengan mempraktikkan amalan gaya hidup sihat. Tetapi adakah anda tahu caranya?

Usah bimbang. Berikut 3 keadah mudah yang boleh diamalkan jika mahu sembuh daripada keadaan diabetes ini:

1. Kawal berat badan

Pengawalan berat badan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menghindari atau merawat penyakit kencing manis.

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti dilihat sudah menular berdasarkan kenaikan insidennya pada setiap tahun. Pun begitu, melalui kawalan kalori pemakanan dan aktiviti fizikal, masalah tersebut pasti boleh dirawat.

Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengamalkan amalan pemakanan seimbang bagi menurunkan berat badan masing-masing.

kencing manis boleh sembuh

Saranan terkini adalah supaya kadar penurunan berat badan berada pada sekitar 5 hingga 10 peratus daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan.

Perkara ini boleh dicapai melalui pengurangan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1000 kalori sehari.

Jika ia mampu dilaksanakan, penurunan berat badan boleh berlaku dalam sekitar 500 g hingga 1 kg seminggu. Lama kan? Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari, begitu juga tubuh badan yang sihat.

2. Kawal pengambilan nutrisi makro

Betul ke kalau kita kawal pengambilan karbohidrat, boleh sihat?

Bagi mereka menghidap kencing manis, tiada sebarang pengkhususan berkenaan dengan peratusan karbohidrat, protein dan lemak bagi mendapatkan jumlah nutrisi yang ideal.

Namun menurut Persatuan Dietetik Malaysia, pemakanan seimbang terdiri daripada 45-60% sumber karbohidrat, 15-20% sumber protein, dan 25-35% sumber lemak.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/kencing-manis/komplikasi-diabetes/

Pengamalan diet seperti diet ketogenik, Paleo, Dukan dan sebagainya boleh membantu individu dalam mencapai berat badan ideal.

Namun, faktor seperti matlamat, gaya hidup individu dan budaya perlu diambil kira bagi memastikan ia relevan untuk diamalkan dalam jangka masa panjang.

Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang boleh membantu dalam menurunkan berat badan.

Ia juga dapat melindungi individu daripada kanser. Minuman bergula sewajarnya diambil sekali sehari maksimum bagi mengelakkan masalah metabolik.

3. Aktiviti fizikal

Bukan semua jenis aktiviti fizikal selamat buat pesakit diabetes.

Secara amnya, senaman ringan dan berintensiti sederhana seperti berbasikal dan berjoging selamat untuk mereka yang menghidap diabetes.

Walau bagaimanapun, buat mereka yang ingin menceburi sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, berkayak dan sebagainya, disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Ini berikutan risiko yang mungkin akan meningkatkan kebarangkalian untuk komplikasi baru timbul atau komplikasi lama menjadi bertambah teruk.

Sebagai contoh, mereka yang sudah mengalami kerosakan urat saraf tidak mempunyai deria sentuh pada permukaan tangan dan tapak kaki.

Kecederaan boleh mengundang padah memandangkan, tanpa kesedaran berkenaan dengan luka tersebut, kebersihan kebiasaannya terabai. Keadaan ini sekali gus akan meningkatkan risiko jangkitan menyebabkan luka berubah menjadi ulser yang lambat sembuh.

Saranan terkini adalah supaya seseorang individu itu bersenam sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Aktiviti tersebut perlu dilakukan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu bagi aktiviti bertahap sederhana.

kencing manis boleh sembuh

Anda boleh melakukan aktiviti berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Ia telah terbukti berkesan dalam mengawal simptom kencing manis seterusnya menyebabkan tahap pengawalan gula yang lebih baik, mengurangkan keperluan untuk menggunakan rawatan farmakologikal dan mengurangkan berat badan.

Konklusi

Jadi, berbalik kepada soalan asal, adakah penghidap kencing manis boleh sembuh? Ia bergantung kepada cara pengurusan diri setelah didiagnosis menghidap diabetes.

Jika anda merupakan salah seorang pesakit diabetes, amalkan gaya hidup sihat. Penyakit ini boleh sembuh namun sekiranya ia melarat atau jika anda menghidap diabetes jenis satu, simptomnya boleh dikawal.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

 

  1. Management of Type 2 Diabetes Mellitus. (http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Endocrine/3a.pdf). Diakses pada 16 Disember 2019.
  2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/expert-answers/exercise/faq-20057916
  3. https://www.diabetes.org.uk/diabetes-the-basics/is-there-a-cure
  4. https://www.diabetesresearch.org/curing-diabetes
  5. https://endocrinenews.endocrine.org/sept-2014-diabetes-will-it-ever-be-cured/
  6. https://www.uwhealth.org/health/topic/special/type-2-diabetes-can-you-cure-it/abo1541.html
  7. https://www.diabetes.org/diabetes
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 24/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x