backup og meta

Ini 7 Jenis Buah Dan Sayur TERBAIK Untuk Pesakit Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2024

    Ini 7 Jenis Buah Dan Sayur TERBAIK Untuk Pesakit Diabetes

    Tahukah anda, terdapat banyak makanan untuk pesakit diabetes? Ada banyak jenis sayur dan buah yang sedap serta boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak, namun masih lagi mempunyai indeks glisemik yang rendah.

    Jika anda menghidap diabetes, makanan yang anda pilih penting untuk mengawal tahap gula dalam darah anda.

    Anda masih boleh makan manis sekali-sekala. Walau bagaimanapun, setelah anda menghidap kencing manis, anda mungkin terpaksa mengawal pemakanan anda sampai bila-bila.

    Akan tetapi, tahukah anda bahawa anda masih boleh makan banyak makanan yang sedap dan berkhasiat walaupun anda menghidap kencing manis.

    Jika nak tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami mengenai sayur dan buah yang terbaik boleh diambil pesakit kencing manis!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    7 makanan untuk pesakit diabetes yang terbaik

    Makanan untuk pesakit diabetes #1 buah beri

    Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan untuk pesakit diabetes yang berkhasiat.

    Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan juga antioksidan.

    Tambah lagi, walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!

    2. Sayur bayam antara diet untuk pesakit diabetes

    Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan:

    • Vitamin seperti vitamin C
    • Mineral
    • Phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata

    Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak.

    Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.

    3. Makan epal juga perlu dalam diet untuk pesakit diabetes

    makanan untuk pesakit diabetes
    Epal merupakan buah yang rendah kalori.

    Buah epal merupakan salah satu makanan untuk penyakit diabetes. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.

    Sejenis fiber yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah.

    Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.

    Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.

    4. Brokoli, ini makanan untuk pesakit diabetes

    BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis.

    Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.

    makanan untuk pesakit diabetes
    Brokoli adalah antara makanan yang kaya dengan serat larut.

    Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.

    5. Cuba makan buah aprikot

    Aprikot merupakan salah satu alternatif snek atau makanan untuk penyakit diabetes. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal.

    Namun, kandungan fiber dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

    Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.

    6. Kubis bunga, salah satu jenis makanan untuk pesakit diabetes terbaik

    Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C.

    Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.

    Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!

    7. Makan lebih banyak buah oren

    Buah oren merupakan salah satu makanan untuk penyakit diabetes. Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori.

    Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.

    Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!

    Diet untuk pesakit Diabetes Mellitus: Pilih sayur dan buah yang terbaik untuk kesihatan!

    makanan untuk pesakit diabetes
    Walaupun buah beri agak mahal, namun ia enak dijadikan sebagai snek.

    Jika anda menghidap diabetes, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan.

    Pemakanan kunci segalanya!

    Selain membuatkan kencing manis jadi makin teruk, anda juga mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidap penyakit lain seperti sakit jantung dan juga obesiti! Jadi, jaga pemakanan anda, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan