brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ada Sebab Popeye Suka Makan Bayam! Ini 7 Khasiatnya Untuk Kesihatan

Bayam bukan sekadar sayuran hijau yang mudah didapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi pelbagai nutrien penting yang membantu menyokong kesihatan tubuh badan. T

Ada Sebab Popeye Suka Makan Bayam! Ini 7 Khasiatnya Untuk Kesihatan

idak hairanlah watak kartun Popeye the Sailor Man sering digambarkan menjadi kuat selepas makan bayam!

Apakah kebaikan bayam hijau untuk kesihatan? Jom ketahui tujuh manfaatnya di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Manfaat makan bayam setiap hari daripada aspek kesihatan 

Bayam (Spinacia oleracea) mengandungi vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk tubuh. Antara manfaat makan bayam yang boleh anda peroleh ialah:

1. Menyokong kesihatan mata

Bayam mengandungi beta-karotena, lutein dan zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin ialah antioksidan yang membantu melindungi mata daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif.

Pengambilan sayuran hijau seperti bayam sebagai sebahagian daripada diet seimbang boleh membantu menyokong kesihatan mata.

2. Membantu mengekalkan tekanan darah

Bayam mengandungi kalium, mineral yang membantu mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kesan natrium dalam tubuh.

Folat yang terdapat dalam bayam juga penting untuk fungsi tubuh yang normal.

Walau bagaimanapun, pengambilan bayam sahaja tidak mencukupi untuk mengawal tekanan darah tinggi. Anda masih perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan mengikuti nasihat doktor.

3. Membekalkan nutrien untuk fungsi otot

Bayam mengandungi mineral seperti magnesium dan kalium yang diperlukan untuk fungsi otot dan saraf yang normal.

Namun, makan bayam sahaja tidak akan menjadikan otot lebih kuat. Anda juga memerlukan pengambilan protein yang mencukupi serta aktiviti fizikal secara berkala untuk menyokong kekuatan otot.

4. Membantu mengekalkan kesihatan tulang

Antara manfaat bayam ialah kandungan vitamin K yang membantu proses pembekuan darah dan metabolisme tulang.

Bayam turut membekalkan mineral seperti magnesium. Nutrien ini menyokong kesihatan tulang apabila digabungkan dengan pemakanan seimbang yang mencukupi kalsium dan vitamin D.

manfaat bayam
Pelbagai khasiat kesihatan boleh diperolehi daripada bayam.

5. Menyokong sistem pencernaan

Bayam mengandungi serat yang membantu melancarkan pergerakan usus dan menyokong sistem pencernaan.

Jadikan bayam sebahagian daripada hidangan harian bersama buah-buahan, bijirin penuh dan sayur-sayuran lain untuk membantu memenuhi keperluan serat anda.

6. Membekalkan antioksidan yang membantu melawan keradangan

Bayam mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan, termasuk flavonoid dan karotenoid, yang mempunyai sifat antioksidan.

Sebatian ini membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Walaupun begitu, bayam bukan rawatan untuk penyakit keradangan seperti artritis atau gout.

7. Menyokong kesihatan metabolik

Bayam membekalkan serat dan antioksidan yang boleh menjadi sebahagian daripada corak pemakanan sihat. Pengambilan sayur-sayuran secara berkala juga membantu menyokong kesihatan metabolik secara keseluruhan.

Bagi penghidap diabetes, bayam boleh dimasukkan dalam hidangan seimbang. Namun, ia bukan pengganti rawatan atau cara tunggal untuk mengawal paras gula dalam darah.

Adakah bayam baik untuk menambah darah?

Bayam mengandungi zat besi dan folat yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Oleh itu, sayur ini boleh menyumbang kepada pengambilan nutrien tersebut.

Namun, zat besi daripada sumber tumbuhan tidak diserap sebaik zat besi daripada sumber haiwan. Anda boleh mengambil bayam bersama makanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.

Jika anda mengalami anemia atau kekurangan zat besi, jangan bergantung pada bayam sahaja. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat profesional kesihatan untuk mengenal pasti punca serta rawatan yang sesuai.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai manfaat bayam, termasuk menyokong kesihatan mata, tulang, otot dan sistem pencernaan.

Kandungan vitamin, mineral, serat serta antioksidannya menjadikan bayam pilihan sayur yang baik untuk melengkapkan diet seimbang.
medical
Dr. Joseph Tan
Disemak secara perubatan oleh
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 hari lalu