backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Penghidap Asma Kena Jauhi 4 Jenis Makanan Ini, Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2022

    Penghidap Asma Kena Jauhi 4 Jenis Makanan Ini, Bahaya!

    Banyak perkara yang boleh menyebabkan serangan asma, termasuklah makanan yang anda makan. Tapi, benarkah penyebab asma ini daripada sumber makanan tertentu? 

    Ya, ia memang benar! Jadi, makanan apakah yang perlu anda elakkan? Teruskan membaca artikel ini dan boleh merujuk semula kepada doktor anda. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Pernafasan di sini.  

    4 Makanan penyebab asma 

    #1. Makanan yang mengandungi sulfite

    Sulfite seperti sulfur dioksida, digunakan untuk mengelakkan buahan kering dari kehilangan warnanya, mengurangkan pertumbuhan bakteria dan melembutkan buah.

    Sesetengah orang boleh mengalami beberapa kesan sampingan seperti bintik-bintik gatal. Sesetengahnya pula mengalami kesukaran bernafas dan kejutan, tekanan darah rendah, sakit perut mahupun cirit-birit.

    Sulfite boleh dijumpai dalam buahan kering (cranberi, aprikot, kismis, nanas), kentang yang diawet, arak, teh, jus, jem, campuran sup kering dan udang.

    Periksa label pada makanan sebelum anda membelinya dan elakkan makanan yang mengandungi sodium sulfite, sulfur dioksida, sodium bisulfite, potassium bisulfite, sodium metabisulfite dan potassium metabisulfite.

    #2. Penyebab asma – Produk tenusu

    penyebab asma

    Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt memang terkenal sebagai penyebab asma. Tekstur produk ini boleh memburukkan saluran yang tersumbat dan menambah mukus.

    Produk tenusu yang tinggi lemak (contohnya 100% susu berlemak) boleh menyumbang kepada keradangan.

    Walau bagaimanapun, susu dan produk tenusu lain adalah sangat bagus untuk kesihatan jika digunakan dengan betul seperti yogurt, sup berkrim atau aiskrim. 

    Apapun, bertanyakan kepada doktor tentang produk tenusu yang sesuai untuk anda.

    #3. Daging yang diproses

    penyebab asma

    Kajian mendapati makan daging yang diproses seperti sosej, ham dan bacon boleh membuatkan asma anda bertambah teruk.

    Mereka berpendapat pengawet makanan dikenali sebagai nitrite yang boleh dijumpai di dalam daging yang diproses akan menjejaskan saluran pernafasan.

    Kategori makanan ini kadangkala mengandungi lemak tepu dan sodium yang boleh menyumbang kepada penyakit asma.

    Anda perlu makan ikan atau daging ayam tanpa kulit berbanding daging yang diproses dan berlemak.

    Ini kerana ikan dan daging ayam adalah sumber protein yang lebih sihat.

    #4. Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam

    Garam atau sodium boleh digunakan untuk menambah rasa di dalam makanan, mengekalkannya dalam keadaan yang baik dan tahan lebih lama.

    Walau bagaimanapun, pengambilan garam yang berlebihan boleh membuatkan asma bertambah teruk.

    Pengambilan garam yang disyorkan ialah 2300 mg atau kurang dari itu. Anda juga perlu memilih makanan yang dilabel sebagai ‘bebas sodium’ atau ‘rendah sodium’.

    Jauhi makanan yang tinggi sodium seperti pretzel, keju, makanan dalam tin (ikan, sayur) dan keropok. 

    Ini juga boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, penyakit tulang, penyakit buah pinggang dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

    Asma boleh dicetuskan oleh beberapa jenis makanan. Walau bagaimanapun, jangan risau, anda boleh mengawal keadaan itu.

    Bertanyalah kepada doktor perihal pencetus yang berpotensi dan cakna dengan makanan yang anda makan. Sebagai contoh, jika serangan asma datang selepas anda makan sesuatu, catitkan nama makanan tersebut dan simptom yang dialami. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan