Jangan Bagi Kacang Parang Pada Penghidap G6PD, BAHAYA Boleh Buat Sel Darah Pecah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit kekurangan enzim G6PD?

Kondisi ini merupakan sesuatu yang biasa di Malaysia dan lebih banyak terjadi dalam kalangan lelaki berbangsa Melayu dan juga Cina.

Disebabkan negara kita mempunyai kadar kekerapan yang tinggi untuk pesakit G6PD, Malaysia telah menjalankan ujian saringan wajib terhadap semua bayi yang baru lahir.

Kekurangan enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)

Kekurangan enzim G6PD merupakan sejenis penyakit genetik yang berlaku hampir keseluruhannya dalam kalangan kaum lelaki.

Disebabkan kondisi ini berkait dengan kromosom X, kebanyakan inidividu yang menderita akibat kekurangan enzim G6PD ini adalah lelaki, manakala perempuan pula akan menjadi pembawa.

Individu yang menderita akibat kurang G6PD tidak mempunyai enzim yang dipanggil glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD).

Pesakit yang kurang enzim ini akan mengalami haemolytic anaemia, satu keadaan di mana sel darah merah akan musnah disebabkan kurangnya enzim G6PD untuk melindungi sel darah tersebut.

Tambahan lagi, sel darah individu yang mengalami masalah kekurangan G6PD ini lebih banyak yang musnah daripada yang mampu digantikan oleh badan.

Oleh itu, golongan ini akan alami rasa penat yang amat sangat, kekuningan pada kulit, pening, sakit dada dan sesak nafas.

Bayi yang kekurangan enzim G6PD selalunya akan alami penyakit kuning atau jaundis dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Walau bagaimanapun, individu yang menderita penyakit G6PD ini selalunya boleh hidup dengan normal sama seperti orang lain.

Tetapi, mereka perlu elak beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan yang boleh sebabkan mereka alami hemolisis berlebihan.

Jika anda ataupun ahli keluarga dan kenalan rapat mempunyai penyakit ini, anda perlu ambil tahu tentang makanan dan ubat yang perlu dielakkan.

Anda mungkin berminat:

Makanan yang perlu dielakkan oleh individu G6PD

penyakit G6PD

Penting untuk individu yang mengalami penyakit G6PD ini untuk elakkan daripada makan makanan di bawah. Kesemua makanan ini boleh akibatkan pesakit mengalami hemolisis berlebihan.

  1. Kacang parang (fava beans) dan semua produk yang mempunyai kaitan dengan kacang parang. Kondisi ini turut dikenali sebagai “favaism” kerana semua pesakit G6PD mengalami alahan terhadap kacang parang.
  2. Produk kacang soya.
  3. Beri biru dan semua produk yang mempunyai beri biru.
  4. Gula-gula berpudina, ubat gigi, ubat kumur, ataupun makanan yang mengandungi menthol perlu dielakkan.
  5. Suplemen vitamin K dan zat besi tanpa rujuk terlebih dahulu dengan doktor.
  6. Antibiotik seperti sulphonamides, co-trimoxsasole, chloramphenicol dan banyak lagi.
  7. Ubat antimalaria seperti chloroquine, primaquine, quinine dan banyak lagi.
  8. Ubat lain seperti aspirin, vitamin C dalam dos yang banyak, methyldopa dan banyak lagi.

Senarai ubat-ubatan dan makanan yang perlu dielakkan terlalu banyak untuk disenaraikan. Oleh itu, selalulah berbincang dengan doktor jika ingin makan ubat yang baru ataupun tidak dikenali.

Baca label ubat yang anda beli tanpa preskripsi. Selain itu, individu yang kekurangan enzim G6PD perlu berhati-hati jika ingin menggunakan ubat jenis herba ataupun ubat daripada perubatan alternatif.

Paling penting, pesakit perlu lebih peka kerana sebarang jangkitan kuman ataupun virus boleh sebabkan badan menjadi stres dan kemudiannya menyebabkan hemolisis.

Jangan berada dekat atau sentuh ubat gegat!

penyakit G6PD

Ubat gegat mengandungi naphthalene, sejenis bahan kimia yang boleh sebabkan hemolisis berlebihan dalam kalangan semua bayi. Namun, bayi yang mempunyai penyakit G6PD akan mengalami haemolytic anaemia yang lebih teruk.

Hemolisis boleh berlaku kepada bayi yang menghidap kondisi ini walaupun hanya dengan memakaikan mereka pakaian yang disimpan di dalam laci yang mempunyai ubat gegat.

Sebagai langkah berhati-hati, jangan guna ubat gegat jika anda mempunyai anak yang berumur bawah 3 tahun di rumah!

Kepentingan nutrisi dalam kalangan pesakit G6PD

Individu yang mengalami kekurangan enzim G6PD perlu mengamalkan diet tertentu untuk halang sel darah merah daripada musnah.

Oleh itu, amalkan diet yang kaya dengan makanan yang mempunyai antioksidan. Makanan ini termasuklah tomato, epal, oren, anggur, bayam, kuaci, aprikot dan kacang walnut.

Selain itu, pilih bijirin penuh seperti oat dan barli supaya anda dapat karbohidrat yang cukup untuk kegunaan seharian.

Vitamin juga perlu diambil sebanyak mungkin. Namun, elakkan daripada mengambil sebarang suplemen tanpa merujuk doktor terlebih dahulu.

Paling penting, pastikan anda sentiasa rujuk dengan doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan.

Dengan penjagaan yang betul, pesakit kekurangan enzim G6PD boleh hidup sihat dan aktif seperti individu lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

G6PD Kekurangan Enzim yang Diwarisi

G6PD: Kekurangan Enzim yang Diwarisi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/06/2019 . 8 minit bacaan