Isu Medikal
Beberapa isu medikal dan kondisi yang boleh membawa kepenatan ialah:
- Anemia;
- Kesakitan;
- Penyakit Addison (masalah yang memberi kesan pada kadar hormon anda);
- Hipotiroidism (tiroid kurang aktif)
- Hipertiroidism (tiroid terlebih aktif)
- Arthritis;
- Insomnia dan lain-lain masalah tidur;
- Masalah makan;
- Masalah autoimun;
- Fibromyalgia;
- Kegagalan jantung kongestif;
- Kanset;
- Diabetes;
- Penyakit buah pinggang ataupun hati;
- Infeksi;
- Sindrom kepenatan kronik;
- Penyakit obstruktif pulmonri kronik (atau COPD, di mana memberi kesukaran bernafas);
- Emphysema;
- Sindrom kaki gelisah.
Isu kesihatan mental
Mereka yang bertarung dengan anzieti dan depressi boleh mengalami sindrom kepenatan sebagai simptom keadaan mereka.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kepenatan?
Faktor yang meningkatkan risiko kepenatan termasuklah:
- Mereka di usia 40-an dan 50-an;
- Wanita;
- Tekanan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kepenatan didiagnosis?
Untuk mendiagnos kepenatan, doktor biasanya mencadangkan ujian fizikal penuh bagi mencari sebarang gejala dalaman untuk penyakit. Beberapa ujian bersama evaluasi dari berbagai sistem badan akan menggabungkan sebarang penemuan abnormal bersama klu yang dijumpai dalam pengambilan sejarah kesihatan boleh membantu membuat diagnosis.
Perhatian yang istimewa boleh diberi untuk merasai sebarang kelenjar tiroid abnormal, noda limfa terjangkit, mendengar bunyi jantung abnormal termasuklah murmur dan untuk menguji ton otot normal dan reflex.
Bergantung dengan hasil jumpaan di dalam ujiansejarah dan fizikal, ujian darah dan lain-lain ujian pengimejan mungkin akan diarahkan.
Bagaimana pesakit Kepenatan dirawat?
Oleh kerana kepenatan ialah simptom dari keadaan dalaman, maka rawatan akan bergantung dengan punca, tidk kira samaada fizikal psikologikal atau kombinasi keduanya.
Mungkin ada beberapa jarak masa antara bila rawatan telah dirawat dan kekuatan simptom kepenatan; beberapa simptom mungkin akan selesai selepas keadaan dalaman dirawat.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kepenatan?
Lebih penting lagi, pengenalan awal mengenai kepenatan akan memberi ruang pada pesakit untuk mendapatkan rawatan medikal dan berpotensi mendapat diagnosis awal mengenai punca dalaman.
Kadangkala simptom seperti kepenatan datang perlahan dan ianya sukar bagi pesakit untuk menyedari bahawa ianya adalah masalah. Ianya mungkin memerlukan perspektif luaran dari kawan atau ahli keluarga untuk memhmi perubhan pada fungsi. Kesedaran kendiri mengenai penurunan pada prestasi badan biasanya sukar kerana seseorang membuat akomodsi kecil berulangan bagi menyiapkan aktiviti harinan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen