Pernah terfikir tak apakah khasiat kerang? Adakah ia bagus untuk kesihatan atau sebaliknya? Ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernah terfikir tak apakah khasiat kerang? Adakah ia bagus untuk kesihatan atau sebaliknya? Ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui mengenai khasiat kerang, berikut penerangan ringkas mengenai haiwan laut ini.
Kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya.
Cengkerangnya mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar. Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya.
Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit (khunsa) dan ia boleh membiak secara sendiri dengan pantas dan banyak.
Disebabkan masyarakat kita sangat menggemari kerang darah ini, haruslah kita tahu mengenai kandungan nutrisi yang terkandung di dalam haiwan laut ini:
Setiap 100 gram hidangan | RDA untuk lelaki | RDA untuk perempuan |
Vitamin B12 | 3133% | 3133% |
Iodin | 114% | 114% |
Zat besi | 322% | 189% |
Selenium | 57% | 72% |
Fosforus | 25% | 25% |
Tembaga | 32% | 32% |
Protein | 22% | 27% |
Baca juga:
Kerang sangat rendah kalori, dengan 79 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Ia adalah pilihan yang sangat baik jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan.
Kerang sangat tinggi protein, dengan 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Pengambilan protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia akan menyediakan struktur sel dan tisu tubuh badan anda.
Walaupun protein dikenali sebagai nutrisi untuk penambahan otot, ia juga sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan. Diet yang tinggi protein akan membantu mengurangkan berat badan di samoing membantu anda mengekalkan kekuatan tubuh badan semasa berdiet.
Kerang sangat rendah karbohirat, sama seperti kebanyakan makanan laut yang lain dengan 4.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram dan ia tidak langsung mempunyai kandungan gula dan serat. Karbohidrat membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga untuk melakukan senaman.
Kerang sangat rendah lemak, dengan 0.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Paling penting, tiada satu pun kandungan lemak di dalamnya adalah lemak tepu, yang akan meningkatkan risiko sakit jantung.
Walaupun terdapat banyak khasiat kerang, namun mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Kerang mengandungi banyak virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu.
Pun begitu, haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu. Apa yang penting adalah kebersihannya.
Oleh itu, jika anda sudah memasang niat untuk memakannya, tidak salah asalkan anda membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak.
Sekiranya anda memakannya dan mula muncul gejala-gejala alahan seperti gatal-gatal, muntah-muntah, cirit-birit, sukar bernafas, timbul ruam atau bengkak, segera hentikan pengambilannya dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat alahan.
Paling penting, ia tidak sama sekali disarankan untuk dimakan mentah kerana risikonya yang sangat tinggi terhadap kesihatan kita. Sebaiknya, anda masak makanan laut itu dengan cara merebusnya dulu sekurang-kurang 5 minit atau merngukusnya sehingga 10 minit.
Selain itu, jangan sesekali makan haiwan laut ini yang cengkerangnya tidak boleh dibuka. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia telah mati sebelum dimasak lagi. Bukan sahaja rasanya tidak sedap dan baunnya juga busuk. Bahkan akan mengundang pelbagai virus dan bakteria yang akan mengancam kesihatan anda.
Konklusinya, haiwan laut ini masih boleh anda makan asalkan anda memasaknya terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang komplikasi kesihatan, segera berjumpa dengan doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen