Waktu Terbaik Minum Suplemen Vitamin C Semasa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semua orang menginginkan badan yang segar, termasuk ketika di bulan puasa. Sepanjang bulan Ramadan, anda harus bangun lebih awal daripada biasa dan badan tidak mendapat sebarang nutrisi selama berjam-jam. Sistem imun menjadi lemah sehingga anda lebih mudah letih dan terdedah diserang penyakit. Maka sebab itu, ramai orang rasa perlu untuk mula mengambil suplemen vitamin C. Tapi, bilakah masa yang tepat untuk mengambil vitamin C semasa berpuasa?

Sebelum mengetahui masa yang sesuai untuk minum vitamin C sepanjang bulan Ramadan, ada baiknya untuk anda memahami dulu apa fungsi utama vitamin C terhadap kesihatan badan.

Manfaat vitamin C terhadap kesihatan badan

Salah satu fungsi dari vitamin C adalah untuk meningkatkan ketahanan tubuh anda dengan merangsang pengeluaran sel darah putih. Sementara itu, antioksida yang terkandung dalam vitamin C dapat membantu meningkatkan tenaga badan, sehingga dapat mencegah anda dari cepat letih.

Vitamin C itu sendiri juga boleh menyokong fungsi kelenjar adrenal dalam tubuh, yang mengatur hormon pencetus stres dan keletihan. Vitamin C juga diperlukan dalam penyerapan zat besi sehingga dapat membantu anda terhindar dari anemia. Dengan semua fungsi tersebut, maka suplemen vitamin C dapat membantu anda meningkatkan ketahanan badan dan mencegah anda daripada keletihan.

Satu lagi manfaat vitamin C yang tak boleh dilupakan adalah meningkatkan kepekatan dan daya ingatan. Ini adalah kerana, vitamin yang akrab dengan buah oren ini mampu menjaga fungsi pelbagai sel dan jaringan dalam otak. Sedangkan semasa berpuasa, fungsi kognitif otak seperti menumpukan perhatian, mengingat, dan mengambil keputusan boleh menurun kerana otak kekurangan pengambilan darah beroksigen, dan ditambah anda juga kurang tidur.

Vitamin C juga mempunyai peranan penting dalam melindungi badan dari risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, selesema, asma, osteoartritis, dan juga kanser.

Bilakah masa terbaik untuk minum vitamin C semasa berpuasa?

Bagi sesetengah orang, pengambilan vitamin C melalui makanan sahaja belum tentu cukup. Dengan demikian, agar dapat mendapatkan manfaatnya yang optimum, suplemen vitamin C semasa berpuasa mungkin diperlukan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang dewasa sekurang-kurangnya harus mengambil 250 – 500 mg vitamin C dua kali sehari.

Cara terbaik untuk mengambil suplemen vitamin C semasa berpuasa adalah sebanyak 2 kali sehari,iaitu satu kali semasa sahur dan satu lagi selepas berbuka. Dimakan sebelum atau selepas makan pun sebenarnya tidak menjadi masalah.

Tapi bagi anda yang mempunyai perut sensitif atau mempunyai masalah asid perut,ada baiknya untuk mengelakkan mengambil suplemen vitamin C dos tinggi sebelum makan. Dos vitamin C yang tinggi di dalam perut boleh meningkatkan kadar asid perut sehingga menyebabkan pedih hulu hati atau simptom ketidakhadaman yang lain.

Perlu diingat juga bahawa selain daripada suplemen, vitamin C juga boleh didapati dari makanan yang anda makan ketika sahur dan berbuka. Sebagai contoh, jumlah vitamin C yang disyorkan untuk perempuan dewasa adalah 75 mg dan 90 mg bagi lelaki dewasa. Jumlah ini sudah dapat dipenuhi dengan sebiji buah oren segar bersaiz sederhana. Oleh itu, perhatikan juga menu makan anda sewaktu berpuasa – sama ada mengandungi cukup vitamin C atau tidak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan