7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Berpuasa adalah salah satu cara untuk melakukan proses detoksifikasi atau pembuangan zat-zat beracun dari dalam tubuh secara semulajadi. Namun proses detoksifikasi ini tidak akan efektif jika tidak diimbangi dengan penerapan gaya hidup sihat semasa berpuasa. Oleh sebab itu, pengambilan makanan sewaktu sahur dan berbuka serta aktiviti yang dilakukan semasa puasa adalah sangat penting untuk diperhatikan. Hal ini dilakukan agar anda tetap sihat semasa berpuasa.

Tip kekal sihat sepanjang Ramadan

Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sepanjang bulan Ramadan agar tubuh kekal sihat semasa berpuasa:

1. Jangan meninggalkan sahur

Cara paling mudah untuk kekal sihat semasa berpuasa adalah jangan pernah meninggalkan sahur. Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama seharian sehingga tiba waktu berbuka. Makanlah makanan yang sihat semasa sahur dengan memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein.

Anda boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memeberikan kekenyangan yang lebih lama. Pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti kurma, biji-bijian, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah terutamanya aprikot, plum, betik dan pisang. Manakala protein boleh didapati dari telur, keju, yogurt atau daging rendah lemak yang membantu menambah tenaga anda sepanjang hari.

2. Penuhi keperluan air

Sebahagian besar tubuh kita terdiri daripada air, dan kita memerlukan jumlah yang sama dengan air yang terbuang semasa kita berpuasa. Minumlah sekurang-kurangnya 8-12 gelas air putih sehari. Anda boleh memenuhi keperluan air tersebut ketika berbuka puasa hingga saat sahur agar membantu tubuh kekal terhidrasi.

Selain itu, lebaih baik untuk dielakkan dari mengambil kafein. Ini adalah kerana kafein bersifat diuretik yang membuat kita lebih sering buang air kecil, sehingga air di dalam tubuh cepat hilang. Cuba mengurangkan minuman berkafein secara berlebihan sepanjang bulan Ramadan untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.

3. Makan seadanya

Selama Ramadan, waktu yang paling dinanti adalah waktu berbuka. Namun sayangnya banyak orang yang gelojoh ketika menikmati hidangan berbuka. Langsung memakan banyak makanan ketika berbuka akan membuat perut kembung. Oleh itu, berbuka puasalah dengan makan seadanya.

Anda boleh makan secara beransur-ansur. Semasa berbuka makanlah makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih. Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat.

4. Elakkan makanan berminyak

Menu gorengan untuk berbuka puasa memang sangat menggoda. Namun ada baiknya anda mengelakkan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah yang banyak. Ini adalah kerana makanan ini akan meningkatkan risiko kenaikan kolestrol dalam tubuh anda.

5. Mengurangkan makanan dan minuman yang manis

Anda juga dikehendaki mengurangkan minuman dan makanan manis serta produk yang diproses. Ramai yang keliru dalam menafsirkan maksud ‘berbuka dengan yang manis’. Makanan atau minuman manis memang penting sewaktu berbuka untuk menormalkan gula di dalam darah. Tetapi anda perlu memberi perhatian kepada hidangan makanan atau minuman manis yang dimakan. Apatah lagi jika rasa manis tersebut diperbuat daripada gula.

Ini adalah kerana tanpa disedari, minuman dan makanan manis yang kita digunakan secara rutin selama bulan Ramadan akan menyebabkan kenaikan berat badan. Anda harus ingat, untuk memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk.

6. Bersenam

Puasa bukan jadi halangan untuk melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh melakukan senaman dengan intensirti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa, semasa tubuh sudah dipenuhi dengan tenaga. Lakukan senaman selama 30 minit dengan jalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.

7. Tidur yang cukup

Selain memerhatikan pengambilan makanan, menentukan pola tidur juga merupakan hal yang penting. Mengantuk semasa puasa bukanlah disebabkan tidak makan dan minum seharian, tetapi kerana anda mendapatkan tidur yang cukup.

Jika perlu bangun pagi untuk menyiapkan makan sahur, maka pada malam harinya Anda tidak boleh berjaga untuk keperluan yang tidak terlalu penting. Usahakan untuk tidur lebih awal dari biasanya contoh selepas solat tarawih. Ini adalah kerana kurang tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Badan anda dipenuhi kesan gigitan pepijat? Bagaimana hendak atasi? Pertama sekali, periksa katil anda sama ada ada pepijat atau telur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 29/09/2020 . 4 minit bacaan

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    zakar tidak tegang

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat batuk

    Anak Batuk Teruk? Nanti Dulu, Ibu! Jangan Bagi Si Kecil Makan Ubat Batuk Sembarangan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan