Jangan Suka Minum Manis, Ini Had Gula Yang Boleh Diambil Sehari, Jika Tidak, Membawa Maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Rugi kau tak cuba minuman mermaidĀ baru tu. Dah lah sedap, cantik pulak tu! Insta-worthy okay?,” usik Nini kepada teman serumahnya. Apa yang Nini tidak tahu, kadar gula dalam minuman manis itu lebih daripada yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia!

Ada pelbagai jenis minuman yang viral di Malaysia, dan nampaknya semakin manis dan cantik minuman itu, semakin tinggilah sambutannya! Secawan tak cukup ya!

Apa yang mungkin kita tidak sedar adalah pengambilan minuman manis yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Persoalannya, berapa banyakkah yang dikatakan memudaratkan?

Marilah kita mengetahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

Perbezaan gula tambahan dan natural

Tidak semua jenis gula memudaratkan. Gula boleh dijumpai secara natural dalam makanan tinggi karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu.

Gula di dalam buah-buahan dikenali sebagai fruktosa, manakala di dalam susu dikenali sebagai laktosa.

Makanan tinggi dalam kandungan karbohidrat mempunyai jumlah gula natural yang memadai untuk tubuh badan kita.

Contoh makanan tinggi karbohidrat yang mempunyai kadar gula natural ialah:

  • Nasi
  • Mi kuning
  • Pasta
  • Roti
  • Ubi-ubian

Walaupun gula wujud secara semula jadi dalam makanan, namun gula tambahan sering digunakan dalam makanan yang dimasak atau diproses.

Gula tambahan yang selalu digunakan ialah gula kasar atau sukrosa dan sirap jagung fruktosa tinggi. Ia mudah didapati dalam makanan atau minuman yang diproses, makanan ringan, kuih-muih, kek dan biskut.

Pengambilan kadar gula yang tinggi mampu menyebabkan anda mendapat pelbagai jenis penyakit di masa akan datang seperti kencing manis, masalah buah pinggang, masalah jantung dan sebagainya.

Kadar gula yang diambil di Malaysia

kadar gula

Kajian mendedahkan kadar pengambilan gula oleh rakyat Malaysia semakin meningkat setiap tahun.

Perubahan mendadak yang berlaku ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup kita masa kini.

Masalah kencing manis di Malaysia semakin banyak dalam kalangan rakyat. Seorang daripada lima rakyat Malaysia kini didiagnosis dengan penyakit kencing manis.

Selain itu, statistik bagi penyakit kencing manis meningkat dua kali ganda pada tahun 2011, sebanyak 3 juta rakyat berbanding 1.5 juta rakyat pada tahun 2006.

Statistik menunjukkan pada tahun 2005, sebanyak 30.3 juta kilogram gula per kapita diproses untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Namun begitu, pada tahun 2013, sebanyak 43 juta kilogram gula per kapita disediakan untuk kegunaan domestik di Malaysia, bersamaan dengan 118 gram gula setiap hari.

Jumlah ini sangat menakutkan kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) cuma mengesyorkan pengambilan gula sebanyak 15-20 juta kilogram per kapita setiap tahun atau 41.1-54.8 gram setiap hari!

Cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia

WHO mengesyorkan pengambilan gula tambahan haruslah dihadkan, tidak lebih daripada 10% penggunaan tenaga harian kita.

Dengan erti kata lain, jumlah purata pengambilan gula tambahan untuk seorang dewasa sepatutnya tidak boleh melebihi 10 sudu teh sehari atau sebanyak 50 gram sehari.

Jika berat badan anda melebihi normal ataupun mengalami obesiti, sebaiknya anda elakkan pengambilan gula tambahan sama sekali.

Mudarat pengambilan berlebihan

Pengambilan gula yang berlebihan untuk jangka masa panjang boleh menjurus kepada banyak penyakit, terutama sekali jika anda mempunyai ahli keluarga yang didiagnosis dengan penyakit yang sama.

Contoh penyakit yang mudah didapati dek kerana gula ialah:

  • Obesiti
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Sakit jantung

Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia, sebanyak 64% lelaki dan 65% wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Statistik kencing manis untuk rakyat berumur 18 tahun ke atas juga meningkat dari 11.6% pada tahun 2005 ke 17.5% pada tahun 2015.

Cadangan pengurangan gula dalam diet anda

kadar gula

Jangan risau, anda masih boleh makan nasi, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti biasa asalkan ia seimbang.

Masalah yang sering dialami oleh rakyat Malaysia adalah pengambilan gula yang tidak berpatutan dalam minuman manis dan makanan yang diproses.

Kami faham, kadang-kadang kita mengidam, tetapi janganlah jadikannya sebagai rutin diet anda!

Akhir sekali, biasakan diri anda dengan pengambilan air kosong yang banyak, dan cuba hadkan pengambilan gula dalam kopi dan teh anda.

Elakkan meletakkan gula dalam masakan, sebaliknya tukarlah resipi anda dan gunakanlah rempah-ratus seperti kayu manis, buah pala, atau buah dan sayur seperti lemon, limau purut atau lada benggala sebagai penambah rasa dalam masakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mahu Turunkan Risiko Diabetes? Tukar Minuman Bergula Dengan 2 Minuman Ini!

Minuman bergula sudah pasti akan meningkatkan risiko diabetes. Oleh itu, sila ambil 2 minuman alternatif ini untuk turunkan risiko diabetes anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 09/10/2019 . 2 minit bacaan

Minuman Bergula dan Potensi Kaitannya dengan Kanser

Kemungkinan terdapat hubungan antara pengambilan minuman bergula yang lebih tinggi dengan peningkatan risiko untuk mendapat kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/07/2019 . 3 minit bacaan

Minuman Manis Berkalori Rendah: Baik atau Tidak?

Ada yang berpendapat bahawa minuman manis berkalori rendah atau minuman berkalori rendah adalah pilihan minuman yang lebih baik. Benarkah tanggapan ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/05/2019 . 3 minit bacaan

2 Tin Soda Sehari Meningkatkan Risiko Kegagalan Hati

Menurut satu penyelidikan, minum hanya dua tin minuman bergas yang manis setiap hari meningkatkan risiko obesiti, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung dengan ketara. Menurut penyelidik yang menjalankan kajian ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/10/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perut buncit

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
ketagihan gula

Menggigil Antara Simptom Ketagihan Gula, Ini Cara Untuk Elak Ambil Makanan Manis

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/12/2019 . 3 minit bacaan
mandi hujan mitos

Jangan Percaya Mitos Perubatan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
komplikasi diabetes

PERHATIAN Rakyat Malaysia, Ini 6 Langkah Mudah Untuk Cegah Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/10/2019 . 4 minit bacaan