#4. Apa jenis senaman yang boleh anda lakukan?
Ketika sedang berpuasa, anda tidak disarankan untuk melakukan senaman kardio yang berintensiti tinggi seperti HIIT, Tabata atau sukan kompetitif. Sebaliknya, anda boleh lakukan senaman yang berintensiti rendah seperti slow jog, brisk walk atau sukan kasual.
Kevin Zahri juga menyatakan bahawa cuaca yang panas dan lembap yang kita alami di Malaysia menyebabkan cuaca menjadi faktor rintangan untuk melakukan senaman di bulan ramadan. Oleh itu, beliau mengesyorkan untuk melakukan senaman ringan ini di dalam rumah sahaja. Selain itu, beliau juga menegaskan untuk anda berhenti sekiranya mula berasa pening atau loya pada bila-bila masa.
Selain senaman, apakah aspek yang perlu dijaga ketika berpuasa?
Anda perlu lebih peka terhadap menu anda semasa berbuka atau bersahur. Sebaiknya, makan makanan yang mempunyai kalori dan nutrien yang tinggi untuk memastikan anda kekal cergas walaupun berpuasa. Anda juga perlu minum air dengan banyak bagi memastikan anda kekal berhidrasi. Jumlah yang disyorkan adalah sekurang-kurang 2 hingga 2.5 liter air sehari terutamanya pada hari anda bersenam.
Namun begitu, perkara yang paling anda fokuskan ketika bulan ramadan adalah aspek kerohanian anda. Di bulan berbahagia ini, anda boleh dekatkan diri dengan tuhan dan banyakkan beribadat kepadanya. Jika anda lihat dari sudut yang lain, solat tarawih pada setiap malam juga boleh dianggap sebagai senaman yang baik, bukan?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen