Raikan Aidilfitri Dengan Lebih Bererti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adilfitri adalah hari yang sangat bermakna dan menggembirakan bagi seluruh orang Islam, khususnya di Malaysia. Malah di negara berbilang kaum dan agama ini, kegembiraan tersebut turut dikongsi oleh semua tanpa mengira latar belakang masing-masing.

Setelah sebulan mendidik jiwa dengan amalan-amalan seperti puasa, solat tarawih dan sedekah, aidilfitri adalah hari untuk meraikannya dan bergembira dengan pencapaian selama sebulan Ramadan.

Dalam keasyikan tersebut, ia hendaklah disulami dengan kesederhanaan agar keseronokan tersebut tidak menjadi racun yang hanya akan mencemarkan hari mulia ini, bahkan agar hari ini menjadi lebih bererti.

Bagaimana ingin menjadikan aidilfitri lebih bererti? Ayuh ikuti artikel ini sehingga akhir.

1. Bangun awal pagi

Amalan bangun awal telah diamalkan sepanjang Ramadan. Sayang sekali jika ia dihentikan menjelang bulan Syawal. Bangun awal adalah sangat penting bagi kesihatan serta produktiviti hari anda.

Di waktu pagi, sejenis hormon yang digelar kortisol akan dilepaskan dalam kadar yang tinggi. Hormon ini berfungsi merangsang otak dan memberikan fokus serta melawan stres. Jika anda tidur dan bermalasan di pagi hari, anda telah mensia-siakan saat keemasan ini.

Ini adalah hari yang penting. Anda perlu cergas!

2. Bermaaf-maafan

Ini adalah amalan wajib di hari raya. Gunakan peluang ahli keluarga yang berkumpul untuk saling memaafkan serta mengeratkan hubungan. Pastikan anda ikhlas dalam meminta maaf, bukan sekadar mengharapkan duit raya sahaja.

3. Jaga pemakanan

Jangan rosakkan diet anda dalam satu hari. Di sebalik keenakan hidangan raya tersebut, macam-macam penyakit boleh dialami jika tidak dikawal dengan betul.

Bukannya mahu menakutkan atau merosakkan mod raya anda. Tetapi lebih baik kita beringat sebelum terkena. Kita semua boleh menikmati hidangan-hidangan istimewa hari raya tetapi jangan berlebihan.

Kuncinya adalah, makan saiz hidangan yang kecil tetapi kerap. Ada banyak rumah yang nak diziarahi. Jangan terus melahap di rumah pertama. Simpan sedikit ruang untuk rumah-rumah seterusnya dan kurangkan minum air manis atau berkarbonat.

4. Jangan lupakan mereka yang memerlukan

Dalam kita bergembira meraikan aidilfitri dengan pakaian dan kasut baru, sentiasa ada orang yang memerlukan. Walaupun negara kita telah berubah dari negara pertanian kepada industri dan hampir tiada miskin tegar, masih ada orang susah yang memerlukan bantuan.

Apalah ertinya menyambut aidilfitri jika ada saudara kita yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana kekurangan bajet? Cari sudara-mara atau kawan-kawan mahupun jiran-jiran yang boleh dibantu. Berikan mereka sedikit kegembiraan di hari mulia ini.

Tidak sabar menanti kedatangan aidilfitri. Tapi jangan lupa, perjuangan di bulan Ramadan masih belum tamat. Fokus dahulu di bulan ini sebelum tenggelam dalam keseronokan hari raya.

Selamat hari raya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan