Jadikan Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Ramadan adalah bulan yang sangat mulia bagi orang Islam. Datang hanya setahun sekali, pastinya ia adalah perkara yang sangat diananti-nantikan oleh semua orang yang bergelar muslim.

Banyak kelebihan Ramadan yang disebut, baik di dalam al-Quran mahupun hadis Rasulullah s.a.w.. Selain kelebihan rohani dan spiritualnya, Ramadan juga, menawarkan manfaat dari sudut kesihatan melalui amalan seperti puasa dan solat tarawih.

Bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari, jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna. Ya, kali ini, tahun depan masih belum tentu.

1. Tetapkan niat dan sasaran anda

Niat adalah perkara pertama dalam apa jua perkara yang kita ingin lakukan. Jika anda bermula dengan niat yang salah, semua perkara yang anda ingin lakukan akan kecundang. Niat membantu anda memandu langkah seterusnya dan menetapkan anda di jalan yang betul.

Setelah itu, letakkan sasaran anda di bulan Ramadan. Contohnya, ingin menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk, solat berjemaah di masjid atau bersedekah RM200 ringgit sepanjang bulan. Sasaran yang jelas akan membantu minda anda fokus.

Stephen R. Covey dalam bukunya 7 Habits Of Highly Effective People menyebutkan antara tabiat orang berjaya adalah bermula dengan matlamat (begin with the end in mind). Ia akan memberikan motivasi dan membantu anda merancang perjalanan dengan lebih jelas.

2. Anggap ini adalah (benar-benar) Ramadan yang terakhir

Kita akan lebih menghargai sesuatu jika kita tahu ia akan pergi atau setelah kehilangannya. Hakikatnya, ini mungkin Ramadan terakhir anda. Dengan minda ini, pastinya anda akan lebih bersungguh-sungguh menghadapinya. Kualiti ibadah dan amalan anda akan bertambah.

Bayangkan jika ada ahli keluarga anda dari luar negara yang ingin pulang ke rumah dan beliau mengatakan bahawa ini adalah ziarah yang terakhir. Bagaimana anda akan melayan beliau?

Lakukan perkara yang sama untuk bulan Ramadan ini.

3. Buang semua gangguan

Selama sebulan sahaja, cuba berikan fokus sepenuhnya terhadap Ramadan. Alih semua gangguan seperti televisyen, telefon bimbit atau gadget yang lain. Bukanlah terus meninggalkannya, kerana ada keperluan untuk anda menggunakannya juga seperti mendapatkan berita semasa atau menghubungi orang-orang tertentu, tetapi kurangkan penggunaannya.

Jika sebelum ini anda menghabiskan masa 3 jam di hadapan telefon bimbit, kurangkan kepada 1 jam sahaja. Letakkan waktu yang tetap untuk anda melihat telefon. Contohnya setiap kali selepas solat selama 10 minit.

4. Banyakkan memberi

Antara intipati bulan Ramadan adalah melahirkan rasa empati terhadap orang susah. Di bulan ini, semua orang tanpa mengira status sosial perlu menahan lapar. Ini akan melahirkan rasa empati terhadap mereka yang susah dan miskin, seterusnya mampu merendahkan ego dan rasa sombong.

Selari juga dengan semangat Ramadan, banyakkan memberi kepada mereka yang memerlukan. Selain zakat fitrah yang menjadi kewajipan semua, bersedekahlah kepada orang susah sama ada dalam bentuk wang, makanan atau pakaian.

Jika anda tak jumpa orang yang memerlukan di tempat anda, cari badan-badan kebajikan yang menyalurkan bantuan kepada golongan ini. Ada yang semudah pembayaran online. Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak membantu orang susah.

5. Saling memaafkan

Ramadan pastinya tidak sempurna jika anda masih menyimpan dendam di dalam hati. Bebaskan diri anda dengan memaafkan kesalahan orang lain serta memohon maaf atas kesalahan anda.

Cubalah. Anda akan alami kenikmatannya!

6. Jaga kesihatan

Dalam apa pun yang anda lakukan, jangan sesekali abaikan aspek kesihatan. Jangan terlebih atau kurang makan. Jangan sampai Ramadan kali ini memberikan mimpi buruk buat diri anda.

Semoga kita semua dapat memanfaatkan Ramadan kali ini sebaiknya agar dapat berhari raya dengan hati dan bersih dan gembira.

Ramadan kareem!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Bau mulut boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, terutamanya selepas makan bawang. Tetapi kenapa ia berlaku dan adakah cara untuk menghilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Sekiranya anda alami kondisi tulang hidung patah, apa perlu dilakukan? Tenang, klik sahaja artikel untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    posisi rahim

    Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cincin zakar

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan