Tip Hias Ruang Tamu untuk Aidilfitri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Di samping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, anda pasti turut ingin mempersiapkan diri untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma. Aidilfitri di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan semangat keraian, maaf-maafan, menjamu selera dan keindahan pakaian baru. Semangat keraian ini patut dicerminkan pada rumah anda juga, terutamanya di ruang tamu, agar lebih berseri dan ceria untuk menyambut tetamu.

Di sini, kami mempunyai beberapa idea bagaimana anda boleh menghias ruang tamu rumah anda sempena raya tahun ini. Selamat mencuba!

Hiasi dinding dengan memori

Gunakan dinding anda sebagai kanvas seni untuk dihias. Gantung beberapa gambar atau lukisan yang membuat dinding anda kelihatan hebat. Jadikan ia lebih menyerlah dengan seni kanvas berkualiti tinggi atau magnet dengan reka bentuk, lukisan, atau gambar keluarga anda sendiri.Paparkan kenangan indah anda bersama orang tersayang anda pada hari-hari istimewa ini! Letakkan beberapa foto dan tunjukkan detik berharga anda dengan keluarga anda. Hiasan sebegini dapat memberi sentuhan peribadi dan menyerikan ruang.

Mainan warna, corak dan tekstur


Letakkan bantal dengan warna berani untuk menambah gaya kasual di ruang tamu. Jangan takut untuk menghimpunkannya setempat atau mencampurkan beberapa corak berbeza. Gabungkan corak besar dengan yang kecil, bunga dengan geometri. Anda juga boleh mencampurkan warna-warna terang yang berbeza untuk menaikkan tona ruang.

Cara untuk mencampurkan corak adalah dengan memilih tema warna kemudian menggunakan jaluran warna utama pada sofa, kerusi dan karpet untuk menstabilkan warna ruang.

Bukan hanya corak yang akan menyerlahkan ruang anda, begitu juga tekstur. Jadikan setiap permukaan sedap disentuh dan dipandang. Inilah masanya untuk mengisi ruang dengan fabrik, perabot dan hiasan yang sesuai.

Hidupkan ruang dengan tumbuhan

Menambah satu tumbuhan berdaun (atau dua) akan memberikan ruang lebih kesegaran dan kelihatan lebih sofistikated. Pastikan anda memilih tumbuhan yang mudah diurus di bawah sinar mentari. Anda juga boleh menghiasi meja dengan pokok kaktus atau bunga kegemaran anda.Jika anda sukakan cabaran yang lebih besar, mengapa tidak membuat pokok aidilfitri? Hiasi pokok dalam rumah anda dengan gantungan hiasan yang bertemakan aidilfitri dan minta anak anda untuk turut sama membantu menghias.

Hiasan siling yang mengujakan

Jika anda sukakan hiasan yang bertemakan kekeluargaan, menghiasi siling rumah anda dengan belon bukanlah perkara yang keterlaluan. Apatah lagi jika anda mempunyai anak kecil. Untuk kelihatan masih sofistikated, pilih belon dengan warna pastel. Tetapi jika anda sukakan warna terang, apa salahnya.

Tidak, anda tidak semestinya memerlukan belon berisi helium agar terapung di siling. Tiup sahaja belon seperti biasa dan lekatkan dengan pita pelekat dua sisi pada siling agar kelihatan terapung seperti belon helium. Jika anda inginkan hiasan lebih berkilat dan bersinar-sinar, anda boleh menggunakan gam glitter untuk menghiasi bahagian bawah belon anda, atau lekatkan hiasan bintang dan sebagainya pada belon.

Anda juga boleh mengisi belon dengan duit raya dan tanya anak anda untuk mengenal pasti belon yang berisi duit raya tersebut sebagai satu permainan menyeronokkan.

Tambah cahaya dalam ruang tamu

Jika anda mempunyai simpanan pelita hiasan eksotik daripada timur tengah, inilah masa yang sesuai untuk mengeluarkannya. Bukan sahaja menambah cahaya, ia juga menambah corak di dinding dan menaikan romantisme ruang.

Jika anda tidak mempunyai pelita hiasan untuk diletakkan dalam rumah, anda boleh menggunakan lilin dan hiaskannya dengan hiasan ringkas yang sesuai seperti kulit kayu manis dan reben. Atau letakkan sahaja lilin dalam gelas cantik yang sesuai. Anda boleh meletakkan lilin di ketinggian yang sesuai untuk melatari hiasan dinding yang bertuliskan Aidilfitri. Pastikan anda meletakkan lilin atau pelita di tempat yang sesuai dan jauh daripada capaian kanak-kanak.

Hiasan pintu meraikan tetamu

Selain menghias ruang tamu, anda juga boleh meraikan kehadiran tetamu anda dengan penyangkut pintu istimewa yang boleh anda buat sendiri. Ini adalah sesuatu yang boleh dibuat daripada reben dan kertas berwarna pilihan anda. Letakkan tulisan Selamat Hari Raya atau Aidilfitri di tengahnya dan hiaskan sekelilingnya dengan bunga jika mahu. Setelah selesai, letakkan di pintu depan rumah anda atau gantung sahaja di ruang tamu anda pada bahagian dinding yang sesuai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Asal Hari Raya Saja, Perut Meragam? Anda Perlu BERHENTI Makan 6 Makanan Ini!

    Gangguan penghadaman sering dialami oleh kebanyakan orang pada hari raya pertama. Kebiasaannya gangguan ini menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/05/2018 . 2 minit bacaan

    5 Tip Lembutkan Telapak Tangan Menjelang Aidilfitri

    Kulit tangan kasar umpama mimpi ngeri buat kaum wanita khususnya, malah ianya satu perkara yang memalukan. Sebagai wanita bukan penampilan diri sahaja yang perlu dititikberatkan, tetapi termasuk juga penjagaan tangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/05/2018 . 2 minit bacaan

    5 Tip Buang Lemak Badan pada Hari Raya Aidilfitri

    Hidangan makanan berlemak pada hari raya seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan bermacam lagi sudah pasti menyelerakan dan tidak mampu ditolak. Jika di ambil mengikut nafsu makan boleh menyebabkan pertambahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/05/2018 . 2 minit bacaan

    8 Tips Penjagaan Gigi Semasa Hari Raya Aidilfitri

    Setelah sebulan berpuasa Ramadan, hari raya Aidilfitri semua orang seolah-oleh merdeka dan bebas menikmati pelbagai makanan menarik pada hari raya.. Jadi, bagaimana untuk memastikan kebersihan mulut terjaga dan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sambutan hari raya

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/05/2020 . 3 minit bacaan
    sembahyang raya

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    bawang raya

    Tip Elak Membawang di Hari Raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 07/06/2018 . 3 minit bacaan
    hari raya

    Tip Riang Ria Raya di Kampung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 06/06/2018 . 5 minit bacaan