Apa Yang Anda Boleh Lakukan Di Siang Hari Ramadan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramadan harus diisi dengan perkara yang bermanfaat. Jika tidak, sebulan hanya akan berlalu begitu sahaja tanpa disedari. Sedangkan banyak tawaran dan ganjaran yang besar diberikan di bulan Ramadan.

Bagi mereka yang tidak bekerja atau ketika hari cuti, siang hari Ramadan kadangkala terasa panjang. Kalau hari biasa, masa kosong boleh diisi dengan makan. Di Amerika Syarikat, penduduknya menghabiskan masa lebih dari sejam untuk makan sehari. Di Malaysia, mungkin tidak jauh beza atau bahkan lebih lama. Maklumlah, Malaysia kan syurga makanan.

Jadi, apa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengisi Ramadan anda agar tidak berlalu dengan sia-sia?

1. Membaca al-Quran

Waktu yang terbaik untuk memulakan tabiat membaca al-Quran adalah di bulan Ramadan. Bagi mereka yang biasa membacanya sebelum Ramadan, teruskan amalan ini. Bagi mereka yang tidak, mulakan di bulan Ramadan.

Selari dengan tuntutan di bulan Ramadan yang menggesa orang Islam memperbanyak membaca al-Quran, anda boleh penuhi masa anda dengan membaca kitab suci ini.

Anda boleh membacanya secara sendirian, atau melakukannya bersama-sama rakan anda yang digelar tadarus. Selain mengisi masa lapang, lebih utamanya adalah ia membersihkan hati.

Bahkan kajian yang dijalankan oleh Zahedan University of Medical Science di Tenggara Iran membuktikan bahawa mendengar bacaan al-Quran memberikan ketenangan dan membantu meningkatkan kesihatan emosi secara signifikan.

2. Membaca selain al-Quran

Anda juga boleh mengisi masa dengan membaca bahan bacaan lain. Banyak buku dari pelbagai genre boleh dibaca. Jika tiada buku di rumah, anda boleh pergi ke perpustakaan awam atau masjid untuk mendapatkan bahan bacaan.

Selain menambah pengetahuan, membaca sangat banyak manfaat. Antaranya merangsang minda, menambah memori dan menambahkan keyakinan diri.

3. Mengemas rumah

Sementara ada masa lapang dan tidak perlu menguruskan dapur buat sementera waktu, anda boleh gunakan peluang ini untuk melangsaikan kerja-kerja rumah yang tertangguh.

Baju-baju yang tidak dilipat mungkin sudah menggunung. Begitu juga dengan lantai yang perlu disapu dan dimop. Langsir lama mungkin perlu ditukar dan banyak lagi kerja-kerja rumah yang lain.

Selain memenuhi masa, ia juga dapat mengurangkan stres apabila melihat rumah anda bersih dan teratur.

4. Bersosial

Jangan hanya terperap di rumah. Keluar dan hirup udara segar. Pergi ke rumah jiran atau kawan anda untuk bersosial.

Selain itu, antara tempat sosial yang mudah di bulan Ramadan ini adalah masjid, khususnya bagi lelaki kerana di bulan inilah masjid akan dipenuhi dengan ramai orang. Anda boleh berkenal-kenal dengan orang kampung atau jiran yang mungkin tidak pernah dijumpai sebelum ini.

5. Tidur

Ini mungkin aktiviti kegemaran di bulan Ramadan. Anda boleh isi masa dengan tidur tapi sudah tentu dalam kadarnya. Jangan terlebih tidur sebab ia hanya akan membuatkan badan anda letih dan kurang bertenaga.

Cukup sekadar memenuhi hutang tidur anda yang tertangguh sebelum ini. Tidur siang dalam tempoh sekejap membantu anda untuk bertenaga di malam hari. Jadi, anda boleh solat tarawih dan bangun sahur dengan lebih segar.

Rancang Ramadan anda. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Gunakan peluang yang ada, tahun depan belum tentu anda masih dapat menemui bulan mulia ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Penyakit gonorea dan penyakit klamidia mungkin sering dianggap sebagai satu jangkitan yang sama. Namun, kedua-duanya adalah tidak sama. Ini bezanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Jaga-jaga, Ada 4 Lagi Punca MENGEJUTKAN!

    Umur mungkin menjadi antara punca utama lelaki mati pucuk. Namun, terdapat beberapa sebab mati pucuk lain yang mungkin anda terlepas pandang sebelum ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

    Anda sedang menjalinkan hubungan cinta, tetapi ada masanya wujud kebimbangan dan kegelisahan perhubungan yang membuatkan anda ragu. Kenapa ia berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Mestilah warna darah haid merah, kan? Tapi benarkah darah haid hanya berwarna merah? Jaga-jaga, warna berbeza petanda masalah kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    khasiat air lemon

    WOW! Bukan Saja Boleh Buat Turun Berat Badan, Tapi Air Lemon Juga Jadikan Wajah Berseri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    lidah berwarna putih

    Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara cuci berus gigi

    Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan