6 Perkara Masyarakat Umum Harus Tahu Tentang Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ramadan bukan sahaja dilalui oleh orang Islam. Khususnya di Malaysia yang rencam dengan kaum dan agama, Ramadan pastinya mempunyai kesan tertentu terhadap semua rakyat Malaysia, sama ada muslim atau bukan muslim.

Apa yang harus diketahui oleh masyarakat umum berkenaan Ramadan?

1. Ramadan adalah salah satu daripada bulan Islam

Sama seperti kalendar Cina atau Yahudi, orang Islam juga mempunyai kalendarnya sendiri yang dipanggil kalendar Hijriah. Kalendar ini juga mempunyai 12 bulan dan Ramadan adalah bulan yang ke-9, diikuti dengan bulan Syawal.

Apa bezanya bulan ini dengan yang lain?

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia bagi orang Islam kerana di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai ganjaran berganda dari setiap amal kebaikan. Pada bulan ini juga, pintu neraka ditutup, manakala pintu syurga dibuka dan syaitan dijauhkan daripada manusia.

2. Mengapa ada orang Islam yang tidak berpuasa?

Puasa adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan di bulan Ramadan. Namun, ada kelonggaran ke atas beberapa golongan tertentu, antaranya adalah kanak-kanak, orang terlalu tua atau sakit yang boleh memudaratkan jika berpuasa.

Dan sebab yang paling biasa untuk tidak berpuasa adalah wanita yang sedang mengalami haid. Jadi, jika anda lihat ada wanita yang makan di siang hari di bulan Ramadan, faham-fahamlah. Mungkin dia sedang dalam haid. Bertanya kepada orang yang tidak berpuasa mungkin sesuatu yang agak sensitif. Jadi, sila berhati-hati dalam memilih perkataan yang sesuai.

3. Kami cuma tidak makan dan minum sahaja

Orang Islam boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka hanya menahan diri dari makan dan minum bermula terbit matahari sehingga terbenam. Jangan sangka bahawa mereka akan keletihan sepanjang hari dan tidak bermaya melakukan apa-apa kerja atau tugasan.

Jangan rasa bersalah untuk meminta pertolongan atau memberi tugasan. Bahkan, mungkin mereka lebih bersemangat dan produktif di dalam bulan ini!

4. Menghormati kesucian Ramadan

Ramadan adalah bulan yang suci bagi orang Islam. Antara tuntutan bulan ini adalah untuk menahan diri bukan sekadar dari makan dan minum, tetapi juga dari perkataan yang buruk, melihat sesuatu yang tidak baik atau membuat perkara yang sia-sia.

Oleh itu, cuba elakkan mengenakan pakaian yang agak terbuka atau perkataan yang tidak sesuai. Silap haribulan, boleh batal puasa!

5. Mengapa orang Islam berpuasa?

Puasa adalah tuntutan agama ke atas penganutnya. Puasa melahirkan rasa lapar dan dahaga yang mampu melahirkan rasa sabar, bersyukur dengan apa yang dimiliki dan empati terhadap orang susah.

Semua perasaan ini melembutkan hati serta menyucikannya. Anda mungkin akan melihat orang Islam menjadi lebih pemurah dan penyabar di bulan ini.

Apa yang menarik, tanpa mengira status sosial, semua orang Islam perlu berpuasa!

6. Puasa tidak memudaratkan kesihatan, bahkan sebaliknya

Kelebihan puasa dari sudut kesihatan telah banyak dibuktikan oleh pelbagai kajian oleh orang Islam dan bukan Islam. Amalan puasa kini bukan sahaja dilakukan oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam menyedari manfaat yang ada padanya.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kaum. Di sebalik rencam tersebut, kita telah berjaya mengekalkan keamanan negara lebih daripada 60 tahun. Kita perlu sentiasa cuba memahami agama dan kaum lain agar keharmonian yang ada terus dapat disuburkan.

Kata orang, “memahami sebelum difahami.”

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan