backup og meta

Asyik Sakit Di Bahagian Kiri Bawah Perut? Ini 6 Puncanya Yang Anda Patut Tahu!

Sakit ari-ari sebelah kiri boleh menimbulkan rasa tidak selesa yang mengganggu aktiviti harian, terutamanya jika berlarutan. Penting untuk memahami punca sebenar sakit ari ari sebelah kiri, kerana ia mungkin berkaitan dengan organ dalaman seperti usus atau sistem reproduktif.

Asyik Sakit Di Bahagian Kiri Bawah Perut? Ini 6 Puncanya Yang Anda Patut Tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Sakit ari ari sebelah kiri atau sakit abdomen kiri atas

1. Angina pektoris

Ini merupakan satu keadaan kesihatan di mana aliran darah ke otot jantung berkurangan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan.

Struktur anatomi jantung yang terbahagi kepada sudut depan (anterior), bawah (inferior), belakang (posterior) dan sisi (lateral), membuatkan kesakitan boleh berlaku pada bahagian perut berdekatan dengan struktur dada.

Mereka yang mengalami angina kebiasaannya mendapat simptom ketika menjalani aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Antara simptom angina selain daripada sakit dada adalah:

  • Sesak nafas
  • Keletihan
  • Mual
  • Pening kepala
  • Perpeluhan
  • Keresahan

2. Gastritis

sakit ari ari sebelah kiri
Cara semulajadi rawat gastrik.

Gastritis merupakan keadaan kesihatan yang melibatkan keradangan pada lapisan atas perut. Ia terbahagi kepada dua bergantung kepada durasi keradangan tersebut iaitu akut dan kronik.

Gastritis akut kebiasaannya melibatkan keradangan yang serius secara serta-merta manakala gastritis kronik pula boleh menyebabkan keradangan dalam jangka masa panjang jika ia tidak dirawat. 

Ia kebiasaannya berlaku kepada mereka yang mempunyai faktor risiko berikut:

  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Penggunaan kokain 
  • Penggunaan bahan tembakau
  • Penggunaan ubat nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti aspirin
  • Penyakit autoimun
  • Penyakit keradangan usus (inflammatory bowel disease) seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif
  • Jangkitan virus atau bakteria

Selain daripada sakit pada bahagian abdomen, mereka yang mengalami gastritis juga akan menunjukkan gejala seperti:

  • Mual
  • Muntah
  • Perut kembung
  • Ketakcernaan
  • Najis berwarna hitam dan muntah darah (jika terdapat pendarahan)

3. Pankreatitis 

Organ pankreas meliputi ketiga-tiga zon di bahagian atas abdomen (kanan, tengah dan kiri).

Oleh sebab itulah, mereka yang mengalami keradangan pada organ pankreas (pankreatitis) boleh merasai kesakitan pada bahagian atas abdomen.

Ia terbahagi kepada dua iaitu pankreatitis akut dan pankreatitis kronik. Kedua-duanya mempunyai faktor risiko yang berbeza dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kanser pankreas.

Antara keadaan yang boleh menjurus kepada pankreatitis:

  • Batu pada organ dan salur hempedu
  • Pengambilan alkohol 
  • Trauma
  • Penggunaan steroid
  • Jangkitan virus
  • Penyakit autoimun
  • Sengatan kala jengking
  • Prosedur Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
  • Beberapa jenis ubat 

Sakit abdomen atau sakit ari ari sebelah kiri bawah

Sakit ari ari sebelah kiri perempuan #1. Kehamilan luar rahim (ektopik)

sakit ari ari sebelah kiri
Sakit ari ari kiri akibat hamil luar rahim.

Jika anda merupakan seorang wanita dalam lingkungan usia reproduktif yang mengalami sakit perut atau sakit ari ari sebelah kiri bawah, anda berkemungkinan mengalami simptom kehamilan luar rahim.

Masalah sakit ari-ari sebelah kiri semasa hamil atau sakit ari ari tapi tak period ini tidak wajar dipandang ringan memandangkan komplikasinya boleh membawa maut.

Kehamilan luar rahim berlaku apabila embrio tertanam di struktur selain daripada uterus seperti di tiub falopian, ovari, serviks atau abdomen.

Wanita tersebut kebiasaannya mengalami simptom yang sama seperti wanita yang hamil. Antaranya:

  • Putus haid
  • Sakit pada bahagian payudara
  • Mual
  • Ujian air kencing positif

Kenapa rasa sakit di bawah perut sebelah kiri? #2. Divertikulitis

Keadaan kesihatan ini melibatkan keradangan pada struktur divertikula. Divertikula merupakan kantung kecil yang terbentuk pada lapisan sistem pencernaan.

Sebab pembentukannya masih lagi tidak diketahui, namun, pakar percaya ia merupakan hasil interaksi di antara faktor genetik dan persekitaran.

Mereka yang berusia 40 tahun ke atas kebiasaannya mempunyai struktur ini namun ia jarang menyebabkan masalah kesihatan.

Jika terdapat najis atau makanan yang tidak tercerna tersangkut pada struktur tersebut, ia boleh menyebabkan keradangan.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan ini kebiasaannya mengalami simptom:

Dalam erti kata mudah, ada 6 punca ari ari sebelah kiri anda terasa sakit termasuk:

  1. Angina pektoris.
  2. Gastritis.
  3. Pankreatitis.
  4. Divertikulitis.
  5. Kehamilan luar rahim.
  6. Sindrom usus rengsa.

Kenapa ari ari rasa berdenyut? #3. Sindrom usus rengsa (Irritable Bowel Syndrome)

sakit ari ari sebelah kiri
Sakit ari ari kiri akibat sindrom rengsa usus.

Ini merupakan penyakit yang kerap berlaku melibatkan usus besar individu.

Kebiasaannya, mereka yang mengalami masalah ini boleh mengawal simptom seperti sakit abdomen, perut kembung dan perubahan tabiat buang air besar dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Konklusinya, anda bukan sahaja perlu tahu ari ari di bahagian mana malah punca, kesan dan cara hilangkan sakit ari ari akibat punca-punca di atas. Segera jumpa doktor ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stable Angina. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/angina/symptoms-causes/syc-20369373. Accessed on December 10, 2019.
  2. Abdominal Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/4167-abdominal-pain. Accessed June 1, 2022.
  3. Left Lower Quadrant Pain. https://patient.info/signs-symptoms/left-lower-quadrant-pain. Accessed June 1, 2022.
  4. Abdominal pain in adults. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/abdominal-pain-in-adults. Accessed June 1, 2022.
  5. Chronic pancreatitis. https://www.nhs.uk/conditions/chronic-pancreatitis/. Accessed June 1, 2022.

Versi Terbaru

28/07/2025

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini 15 Cara Merawat & Melegakan Simptom Asid Refluks GERD, Jom Cuba!

Perut Banyak Angin? Jom Buat 6 Aktiviti Ini Di Rumah, Mesti Lepas Tu Senang Kentut!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Dikemas kini 28/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan