Siapa yang tak pernah alami masalah sembelit? Ia keadaan biasa untuk terjadi. Tapi jika ia disertai 5 keadaan kesihatan ini, itu petanda bahaya. Jangan pandang enteng, ya!
Memahami punca terjadinya masalah sembelit
Sembelit ringan adalah perkara biasa. Sembelit yang teruk atau disertai dengan tanda amaran tertentu – seperti darah di dalam najis atau sakit perut yang melampau – boleh menjadi keadaan kecemasan dan berbahaya!
Masalah sembelit terjadi apabila terdapat 3 atau kurang pergerakan usus (membuang air besar) dalam seminggu, mahupun najis sukar untuk dibuang.
Terdapat 3 jenis sembelit:
- Sembelit transit normal
- Sembelit transit perlahan
- Sindrom buang air besar (Outlet defecation syndrome) atau ODS – sejenis sembelit kronik yang melibatkan najis keras dan ketidakupayaan untuk membuang najis yang ada sekurang-kurangnya sekali seminggu selama 6 bulan
Sembelit transit normal dan perlahan, kedua-duanya dianggap sebagai gangguan pergerakan (motility disturbances).
Apa yang dimaksudkan dengan pergerakan atau motility ini? Untuk memahaminya, cuba anda perhatikan pergerakan kenderaan pada waktu pagi.
Pergerakan bermaksud keadaan jalan raya- atau dalam kes ini, otot pada saluran gastrointestinal (GI) – bergerak.
- Transit normal adalah seperti memandu dengan had kelajuan yang dibenarkan sehingga beberapa kerja di jalan raya memperlahankan waktu ketibaan anda ke destinasi. Ini bermakna najis bergerak dalam sistem GI secara normal, tetapi ada masalah seperti najis keras yang menjadikannya sukar untuk dilalui
- Transit perlahan pula apabila lalu lintas mempunyai bumper sepanjang jalan. Otot dalam sistem GI berhubung dengan perlahan, menyebabkan najis memerlukan masa lama untuk sampai ke destinasi terakhir. Kesannya, anda jarang membuang air besar, perlu meneran dan sukar untuk membuangnya
Masalah sembelit sering disebabkan oleh:
- Perubahan dalam diet atau rutin harian
- Tidak makan serat dengan mencukupi
- Dehidrasi
- Keadaan kesihatan tertentu seperti diabetes, lupus atau hipotiroidisme
- Ubat-ubatan tertentu, contohnya opioid, diuretik, penyekat saluran kalsium
- Tidak melakukan aktiviti fizikal mencukupi
- Gangguan gastrousus seperti sindrom kerengsaan usus (IBS)
Menentukan masalah sembelit normal atau bahaya untuk keadaan kesihatan
Sejujurnya, sukar untuk mendefinisikan sama ada masalah sembelit itu normal atau tidak. Ini kerana situasinya adalah berbeza bagi lelaki dan wanita.
Di samping itu, pertambahan usia juga boleh mengubah keadaan. Bahkan, kehamilan juga boleh mempengaruhinya.
Selagi anda mempunyai pergerakan usus yang berkala atau kerap – tidak terlalu sedikit dalam seminggu dan konsistensinya biasa – anda tidak mempunyai masalah.
Tapi apa yang dikatakan “tidak terlalu sedikit”? Anda dianggap mempunyai masalah sembelit jika membuang air besar kurang daripada 3x dalam seminggu.
Jadi benarkah sembelit boleh menjadi sesuatu yang berbahaya untuk keadaan kesihatan? Jawapan untuk persoalan itu, YA, boleh berlaku. Cuma ia jarang untuk terjadi.
5 keadaan kesihatan kecemasan untuk sembelit
Masalah sembelit dianggap sebagai 1 keadaan kesihatan kecemasan jika anda tidak membuang air besar untuk tempoh masa yang lama.
Selain itu, anda juga mengalami perut kembung atau kesakitan yang teruk.
Mengalami simptom ringan bukan petanda bahaya. Tetapi anda harus segera mendapatkan rawatan kecemasan jika gejala yang dialami teruk.
Antara tanda amaran yang perlu diperhatikan adalah seperti:
- Sakit perut yang teruk atau berterusan.
Sakit perut yang kuat dan berterusan, boleh menjadi petunjuk keadaan lebih serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.
Ini termasuk:
- Usus atau perut berlubang
- Penyumbatan usus
- Apendiks
- Pankreatitis
- Iskemia mesenterik (mesenteric ischemia) – penyumbatan aliran darah ke usus
- Perut kembung.
Masalah kembung pada perut yang menyakitkan mungkin merupakan tanda penyumbatan usus yang serius. Keadaan ini memerlukan rawatan perubatan segera.
Perut kembung juga boleh disebabkan oleh:
- IBS
- Gastroparesis
- Pertumbuhan bakteria usus kecil (SIBO)
- Muntah.
Sekiranya anda mengalami masalah sembelit dan muntah, ini mungkin merupakan tanda pemaksaan tinja (fecal impaction).
Keadaan ini berlaku apabila najis besar dan keras tersekat pada usus besar dan tidak dapat ditolak keluar.
Ini adalah keadaan yang sangat berbahaya dan memerlukan rawatan perubatan segera.
- Darah dalam najis.
Jika anda melihat darah pada najis atau warna najis hitam, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor.
Masalah kesihatan najis berdarah boleh menunjukkan keadaan seperti:
- Fisur dubur
- Ulser peptik
- Penyakit Crohn
- Barah seperti barah usus besar atau barah dubur
- Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
Anda tidak merancang atau melakukan perubahan diet untuk mengurangkan berat, tetapi berat badan anda menurun tanpa sebab.
Itu mungkin tanda keadaan sembelit yang memerlukan perhatian segera.
Kesimpulannya
Sembelit umumnya keadaan kesihatan normal yang secara amnya tidak serius dan biasanya terjadi untuk tempoh sementara.
Hanya sebilangan kecil individu dengan masalah sembelit yang disebabkan oleh isu kesihatan perubatan.
Jika anda berasakan mungkin mengalami sembelit, cara terbaik adalah untuk bersikap proaktif dengan mencari jalan terbaik untuk mengurus dan mengendalikan keadaan itu sewajarnya.
[embed-health-tool-bmr]