backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Daun Senna Boleh Cuci Perut Dan Rawat Sembelit? Sebelum Ambil, Baca Ini Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada seminggu lalu

    Daun Senna Boleh Cuci Perut Dan Rawat Sembelit? Sebelum Ambil, Baca Ini Dulu!

    Ada yang menyebut tumbuhan ini sebagai daun sanna atau daun senna. Tahukah anda, apa khasiat daun senna ini? Daun sanna untuk cuci perut banyak digunakan dalam perubatan tradisional di seluruh dunia.

    Ini kebaikan lain daun senna untuk masalah pencernaan yang anda perlu tahu. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Kandungan bahan aktif dalam daun sanna untuk cuci perut

    Sejak dahulu lagi, daun senna telah digunakan secara tradisional sebagai salah satu persediaan bagi merawat penyakit tertentu.

    Ia pada mulanya digunakan secara meluas di negara-negara Arab sebelum mula diperkenalkan di Eropah oleh pengamal-pengamal perubatan Arab pada abad ke-9.

    Daun sanna untuk cuci perut ini mengandungi bahan aktif yang disebut sebagai antraquinone glucosides.

    Biasanya, daun senna mengandungi tidak kurang daripada 2.5% bahan aktif ini.

    Bahan aktif inilah yang membuatkan daun senna mempunyai nilai perubatan dalam merawat penyakit tertentu seperti julap tradisional

    Khasiat daun senna: Daun sanna untuk cuci perut

    daun sanna untuk cuci perut
    Bolehkah daun sanna mencuci perut?

    Terdapat beberapa kajian kecil yang menyatakan berkenaan potensi khasiat meminum teh daun senna.

    Kebanyakan daripada kajian ini memberikan fokus berkenaan penggunaannya dalam merawat penyakit sembelit dan beberapa gangguan perut yang lain.

    Berikut adalah antara potensi khasiat minum teh daun senna:

    #1. Khasiat daun senna: Merawat masalah sembelit

    Bagaimana cara pengambilan daun senna?

    Teh daun senna biasa digunakan bagi merawat gangguan atau masalah sembelit.

    Para penyelidik mendapati, bahan aktif yang terdapat dalam daun senna ini mempunyai kesan julap yang kuat.

    Bahan aktif ini bertindak dengan cara merangsang

    Ini kemudiannya akan menyebabkan kolon berkontraksi dan memudahkan pergerakan usus.

    Selain itu, daun senna juga boleh menghalang air dan elektrolit daripada diserap kembali oleh kolon.

    Ini akan membantu meningkatkan jumlah cecair dalam usus dan melembutkan najis anda.

    Dalam satu tinjauan ke atas 41 kajian perubatan, terdapat bukti yang menyatakan penggunaan daun senna ini sebagai pilihan pertama bagi merawat masalah sembelit.

    Namun, penggunaannya dalam tempoh masa yang panjang tidak digalakkan kerana berisiko menyebabkan kerosakan pada hati.

    #2. Daun sanna untuk cuci perut sebelum prosedur kolonoskopi

    daun sanna untuk cuci perut
    Sakit perut berlaku disebabkan pelbagai punca.

    Selain daripada mengubati masalah sembelit, daun senna juga digunakan bersama-sama agen lain bagi membersihkan bahagian kolon sebelum prosedur kolonoskopi.

    Kolonoskopi merupakan satu prosedur bagi mengesan atau memeriksa kewujudan kanser kolon.

    Kajian ada menunjukkan, cara pengambilan daun senna secara bersama dengan agen pembersih lain boleh membantu meningkatkan proses pembersihan kolon. 

    #3. Gangguan gastrousus yang lain

    Untuk pengetahuan anda, daun senna juga kadangkala digunakan dalam merawat penyakit sindrom iritasi usus atau IBS.

    Namun, kajian berkenaan keselamatan penggunaan daun ini dalam merawat IBS bersama sembelit (IBS-C) masih lagi amat sedikit.

    Selain itu, tidak terdapat bukti saintifik yang kukuh bagi menyokong penggunaan teh daun senna dalam merawat masalah IBS ini

    Kesan sampingan penggunaan daun sanna untuk cuci perut

    Apakah kesan sampingan daun senna?

    Apabila daun senna digunakan dalam jangka masa pendek bagi merawat masalah sembelit, kesan sampingan yang berlaku biasanya dalam keadaan yang sederhana atau sedikit.

    Namun, jika daun senna ini digunakan dalam jumlah yang banyak atau dalam tempoh masa yang panjang, ia mungkin akan menyebabkan beberapa kesan sampingan yang agak teruk.

    Antara kesan sampingan ringan yang biasa berlaku ialah seperti sakit perut, kekejangan perut, cirit-birit, loya, muntah-muntah dan kembung perut.

    Sekiranya simptom-simptom seperti ini berlaku, anda perlu terus menghentikan pengambilan daun ini dengan segera.

    Penggunaan daun senna yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk seperti kerosakan atau kecederaan pada hati, perubahan pada irama atau rentak jantung serta gangguan elektrolit.

    daun sanna untuk cuci perut
    Peringkat kerosakan hati.

    Dalam satu laporan yang diterbitkan pada tahun 2005 menyatakan, seorang wanita yang berusia 52 tahun telah dikesan menghidap kegagalan hati akut setelah dia mengambil teh senna setiap hari selama lebih tiga tahun.

    Kegagalan hati yang dialaminya disebabkan oleh pengambilan teh daun secara berlebihan dalam tempoh yang panjang. 

    Ini antara kesan sampingan daun senna.

    Amaran penggunaan daun sanna keburukan

    Walaupun terdapat beberapa khasiat daun senna dalam merawat sembelit, namun ada segelintir golongan yang dilarang untuk mengambil daun ini kerana daun sanna keburukan.

    Antaranya ialah mereka yang mempunyai penyakit Crohn, kolitis ulseratif, cirit-birit, dehidrasi, sakit-sakit badan dan sakit apendiks.

    Begitu juga dengan mereka yang mempunyai masalah jantung, hati dan buah pinggang.

    Malah, daun sanna untuk cuci perut juga boleh mengganggu keberkesanan beberapa jenis ubat dan suplemen untuk rawatan penyakit tertentu disebabkan daun sanna keburukan.

    Kesimpulan

    Daun senna ini boleh diamalkan untuk merawat sembelit.
    Namun dos atau kuantiti dan tempoh masa penggunaannya perlulah dikawal untuk mengelakkan kesan sampingan daripada berlaku.
    Untuk lebih kepastian, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika anda menghidap penyakit kronik yang mungkin menyebabkan kesan sampingan teruk pada diri anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan