Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Perut Rasa Tak Sedap? Jangan Abaikan, Ini Mungkin Tanda Sakit Usus Kronik!
Ramai orang keliru dengan tanda-tanda sakit usus yang mungkin berpunca daripada penyakit Crohn atau kolitis ulseratif. Kedua-dua keadaan ini tergolong dalam kumpulan penyakit radang usus (Inflammatory Bowel Disease – IBD) dan gejalanya sering bertindih antara satu sama lain. Namun begitu, ada beberapa perbezaan penting yang perlu diketahui agar rawatan yang betul dapat diberikan lebih awal.
Untuk memahami dengan lebih mendalam, mari kita lihat bagaimana Crohn dan kolitis mempengaruhi usus serta apakah perbezaan simptom seperti tanda-tanda usus bengkak, tanda-tanda usus luka dan tanda usus besar bermasalah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, klik di sini.
Tanda-tanda sakit usus: Apakah tanda-tanda usus bengkak?
Ada banyak punca yang menyebabkan kesakitan pada usus.
Usus bengkak adalah keadaan yang berlaku apabila dinding usus menjadi radang, biasanya disebabkan oleh tindak balas sistem imun yang abnormal.
Keadaan ini biasa berlaku dalam penyakit Crohn dan kolitis.
Dalam penyakit Crohn, luka boleh terbentuk secara mendalam hingga menembusi lapisan otot usus, manakala dalam kolitis ulseratif, luka hanya berlaku pada permukaan dalaman usus besar.
Tanda-tanda sakit usus: Adakah anda sedang alami tanda usus kotor?
Jumpa doktor jika sakit usus anda tidak semakin baik.
Walaupun istilah “tanda usus kotor” sering digunakan dalam masyarakat untuk menggambarkan perut yang tidak sihat, ia tidak diiktiraf sebagai istilah perubatan rasmi.
Namun, ia mungkin merujuk kepada simptom-simptom yang menunjukkan fungsi usus terganggu.
Rasa ingin membuang air besar yang mendesak tetapi tidak lawas
Demam atau simptom sistemik lain
Cara-cara menjaga kesihatan usus anda.
Dalam kolitis ulseratif, keradangan dan luka berlaku secara berterusan bermula dari rektum ke usus besar, manakala Crohn berlaku secara tompok-tompok dan boleh melibatkan usus kecil.
Rawatan dan pengurusan awal bantu cegah komplikasi
Walaupun punca sebenar IBD masih belum diketahui, gabungan genetik, faktor imun dan persekitaran dipercayai memainkan peranan.
Rawatan termasuk ubat anti-radang, perubahan gaya hidup, diet rendah FODMAP, serta dalam kes tertentu, pembedahan.
Tips pengurusan awal termasuk:
Rujuk doktor jika alami simptom berulang
Amalkan pemakanan tinggi serat larut dan rendah lemak tepu
Tanda-tanda sakit usus seperti cirit-birit kronik, perut kembung, atau najis berdarah tidak boleh diambil mudah.
Memahami perbezaan antara Crohn dan kolitis sangat penting untuk mendapatkan rawatan tepat.
Jika anda mula merasakan tanda-tanda usus bengkak, tanda-tanda usus luka, atau simptom seperti tanda usus besar bermasalah, segera dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.
Usus sihat, hidup pun lebih selesa!
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Colitis. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/colitis. Diakses pada Ogos 14, 2025.
Symptoms. https://crohnsandcolitis.org.uk/info-support/information-about-crohns-and-colitis/all-information-about-crohns-and-colitis/symptoms?parent=23151&page=1&tags=&category=23151&sort=. Diakses pada Ogos 14, 2025.
Signs and Symptoms of Crohn’s Disease. https://www.crohnscolitisfoundation.org/patientsandcaregivers/what-is-crohns-disease/symptoms. Diakses pada Ogos 14, 2025.
Crohn’s Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9357-crohns-disease. Diakses pada Ogos 14, 2025.
Crohn’s disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/crohns-disease/symptoms-causes/syc-20353304. Diakses pada Ogos 14, 2025.
Versi Terbaru
26/09/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim