backup og meta

F&N, MYDIN Lancar Kempen 'Jom Sihat, Kekal Cergas' Untuk Mendorong Gaya Hidup Sihat

F&N, MYDIN Lancar Kempen 'Jom Sihat, Kekal Cergas' Untuk Mendorong Gaya Hidup Sihat

Kuala Lumpur, Malaysia, 19 September 2024: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), bersama MYDIN, dengan bangganya telah melancarkan kempen ‘Jom Sihat, Kekal Cergas’ bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memilih jenis makanan sihat.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia, kempen ‘Jom Sihat, Kekal Cergas’ telah mengambil tempat pada 13 September yang lalu menerusi jerayawara selama empat hari di MYDIN USJ untuk mengetengahkan kepentingan menjalani gaya hidup yang seimbang dan mendidik para pengguna untuk memilih jenis makanan sihat.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan bahawa hampir 2.3 juta rakyat dewasa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga penyakit tidak berjangkit (NCD), sementara lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia sedang bergelut dengan kemurungan, menandakan keperluan mendesak untuk pendekatan kesihatan secara menyeluruh.1

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan di kalangan rakyat Malaysia, kempen ‘Jom Sihat, Kekal Cergas’ F&N mempamerkan jenis makanan sihat yang membawa Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL), mencerminkan dedikasi F&N untuk memenuhi kriteria nutrien yang ketat – dengan merendahkan kandungan gula, sodium dan lemak sambil meningkatkan ramuan bermanfaat seperti protein dan vitamin.

Selaras dengan falsafah “Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati” serta berpandukan Piagam Nutrisi (Nutrition Charter) tersendiri, F&N dengan bangganya mempersembahkan pelbagai rangkaian produk membolehkan pengguna mendapat maklumat lengkap dalam membuat pilihan jenis makanan sihat tanpa berkompromi dengan rasa.

Rangkaian ini termasuk minuman isotonik, teh, minuman Asia, dan produk tenusu.

jenis makanan sihat
(Dari kiri), Pengacara Majlis Pelancaran ‘Jom Sihat Kekas Cergas F&N’, Dr Shaun Stephen, Pengarah Pemasaran dan Minuman F&N Sdn Bhd, Leong Wai Yin, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia, Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar, dan Pegawai Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan, Dr Amanda Elli.

Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar menekankan kepentingan pengambilan pemakanan yang lebih sihat melalui peningkatan literasi pelabelan makanan.

“Nutrisi memainkan peranan dalam gaya hidup sihat, dan pemilihan yang lebih bijak dalam diet seseorang boleh membawa impak yang signifikan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Dengan adanya produk di pasaran yang mempunyai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL Logo) seperti yang turut tertera pada rangkaian produk F&N, para pengguna kini boleh membuat pilihan jenis makanan sihat berdasarkan maklumat pada label”.

Pegawai Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan Dr Amanda Elli juga bersependapat dengan Dr Nur Aqilah,

Beliau menegaskan kepentingan Logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membimbing para pengguna untuk membuat pilihan yang lebih bijak.

“Logo Pilihan Lebih Sihat menandakan sesebuah produk telah memenuhi set kriteria nutrisi yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan pemilihan jenis makanan sihat yang berlabel ini, seperti minuman F&N, para pengguna mendapat maklumat lengkap dan tepat dalam membuat keputusan yang menyumbang kepada kesihatan mereka secara menyeluruh, kata Dr Amanda Elli.”

Pengarah Pemasaran dan Minuman F&N Sdn Bhd, Leong Wai Yin turut menyatakan ‘Kempen Jom Sihat, Kekal Cergas’ ini mencerminkan komitmen F&N untuk menangani cabaran-cabaran kesihatan di Malaysia dengan menawarkan minuman lazat yang memenuhi keperluan nutrisi pembeli.

jenis makanan sihat
Pengarah Pemasaran dan Minuman F&N Sdn Bhd, Leong Wai Yin memberi ucapan ketika majlis pelancaran ‘Jom Sihat, Kekal Cergas’.

“Kerjasama dengan MYDIN pula mempermudahkan produk-produk lebih sihat ini untuk didapati, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani hidup lebih aktif dan seimbang”, ujar Wai Yin.

Jerayawara ini turut menampilkan stesen-stesen interaktif yang mempamerkan jenama F&N, termasuk F&N Magnolia Milk, 100PLUS, F&N SEASONS, dan OYOSHI Green Tea.

Setiap stesen menunjukkan manfaat-manfaat nutrisi produk-produk tersebut seiring dengan pelbagai aktiviti bertema yang mempromosikan kesejahteraan fizikal dan mental dengan penglibatan menyeluruh dan menyeronokkan untuk para pengunjung.

Sejak 2004, F&N telah menurunkan indeks gula mereka sebanyak 51% dan komited dalam memastikan bahawa 67% daripada minuman sedia diminum dan produk tenusu F&N mematuhi garis panduan nutrisi Malaysia menjelang tahun 2025.

sumber kolagen semulajadi
5 Makanan mengandungi sumber kolagen.

Ini selari dengan piawaian Logo Pilihan Lebih Sihat Kementerian Kesihatan, sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III (2016-2025).

F&N terus memacu inovasi dengan menggabungkan pelbagai ramuan yang bantu memperkasakan tahap kesihatan para pengguna seperti vitamin dan mineral dalam rangkaian produk mereka.

F&N juga telah memperkenalkan rangkaian produk “Zero Sugar”, digantikan dengan pemanis alternatif seperti sukralosa, alternatif yang lebih sihat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/13/kesihatan-mental-di-malaysia-semakin-membimbangkan/. Accessed on September 23, 2024.
  2. Healthy Food Choices for Your Family. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/gradeschool/nutrition/Pages/Making-Healthy-Food-Choices.aspx. Accessed on September 23, 2024.
  3. Healthy Eating Planner. https://www.healthyeating.org/nutrition-topics/general/lifestyle/healthy-eating-planner. Accessed on September 23, 2024.
  4. Choosing Healthy Foods for a Balanced Diet. https://www.helpguide.org/wellness/nutrition/healthy-diet. Accessed on September 23, 2024.
  5. Less is Better: Less Sugar for a Healthier Life. https://mypositiveparenting.org/2020/03/18/less-is-better-less-sugar-for-a-healthier-life/. Accessed on September 23, 2024.

Versi Terbaru

23/09/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sempena Hari Merdeka, Dettol Melangkah Lebih Jauh Dengan Inisiatif 'Selangkah Lebih, Selangkah Kasih'

Larian Amal Heart Heroes 2024 Berjaya Kumpul RM40,000 Untuk Penyakit Jantung Kongenital


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan