backup og meta

Polip Kolon

Polip Kolon

Definisi

Apa itu Polip Kolon?

Polip kolon merupakan pengumpulan sel-sel kecil yang terbentuk di atas lapisan kolon. Kebanyakkan tidak berbahaya.

Namun sesetengahnya boleh menjadi kanser kolon, di mana ia boleh membawa maut jika ditemui di peringkat yang lewat.

Polip kolon berlaku dan berkembang di dalam usus besar (kolon). Pemicunya adalah tidak diketahui.

Ujian saringan berkala seperti kolonoskopi, adalah perlu kerana polip kolon yang dijumpai di peringkat awal biasanya boleh dikeluarkan dengan selamat dan sepenuhnya.

Pencegahan terbaik bagi kanser kolon adalah ujian saringan berkala.

Apakah kebarangkalian Polip Kolon?

Ia boleh menjejaskan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Polip Kolon?

Jika anda mempunyai kondisi ini, terdapat beberapa simptom yang anda boleh alami:

  • Pendarahan rektum. Ini boleh menjadi tanda polip kolon atau kanser atau keadaan-keadaan lain, seperti buasir atau luka kecil di dubur anda.
  • Perubahan pada warna najis. Darah boleh muncul sebagai garis merah pada najis anda atau membuatkan najis berwarna hitam. Namun perubahan warnanya juga mungkin disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan, dan suplemen.
  • Perubahan pada tabiat usus. Sembelit atau cirit-birit melebihi seminggu mungkin berpotensi disebabkan oleh polip kolon besar. Namun beberapa keadaan lain juga boleh menyebabkannya.
  • Sakit, mual atau muntah. Polip kolon besar boleh menghalang sebahagian daripada usus anda dan menyebabkan sakit perut kejang, loya, dan muntah.
  • Anemia kekurangan zat besi. Pendarahan daripada polip boleh berlaku secara perlahan tanpa darah yang kelihatan pada najis. Pendarahan kronik membuang zat besi yang diperlukan oleh badan anda yang menghasilkan zat besi. Bahan ini membolehkan sel darah merah membawa oksigen ke badan anda (hemoglobin). Hasilnya adalah anemia kekurangan zat besi, yang membuatkan anda rasa letih dan sesak nafas.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai sebarang simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus hubungi doktor  jika mengalami perkara-perkara berikut:

Polip Kolon

  • Sakit perut
  • Darah pada najis anda
  • Perubahan pada tabiat usus anda melebihi seminggu

Punca

Apakah puncnya?

Punca bagi polip kolon adalah tidak jelas, namun polip mungkin disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang abnormal.

Tubuh kita sentiasa menghasilkan sel-sel baru yang sihat untuk menggantikan sel-sel lama yang rosak dan tidak lagi digunakan.

Pertumbuhan dan perkembangan sel-sel baru biasanya dalam keadaan terkawal.

Namun dalam sesetengah kes, sel-sel baru membesar dan berkembang biak sebelum ia diperlukan. Pertumbuhan berlebihan ini yang menyebabkan polip terbentuk.

Polip ini boleh berkembang biak di mana-mana bahagian kolon.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya?

Terdapat banyak faktor risiko untuk polip kolon, seperti:

  • Umur lebih 50 tahun
  • Obesiti
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap polip atau kanser kolon
  • Mempunyai polip teruk pada suatu masa dulu
  • Mempunyai kanser ovari atau uterin sebelum umur 50
  • Mempunyai radang kolon, seperti penyakit Crohn atau kolitis ulseratif
  • Mempunyai diabetes jenis 2 yang tidak terkawal
  • Mempunyai gangguan keturunan, seperti sindrom Lynch atau sindrom Gardner
  • Merokok
  • Kerap meminum alkohol
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Makan pemakanan yang tinggi lemak

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimanakah polip kolon didiagnosis?

Pada mulanya doktor akan memeriksa tanda-tanda fizikal anda. Jika polip kolon disyaki, mereka mungkin memesan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis.

Polip Kolon

  • Ujian najis. Dalam ujian imunokimia fekal (FIT) dan ujian darah fekal (FOBT), sampel najis akan diperiksa untuk melihat tanda-tanda kanser.
  • Kolonoskopi. Dalam ujian ini, doktor akan memasukkan tiub penglihatan yang kecil ke dalam kolon anda untuk mencari polip. Doktor akan mengeluarkan mana-mana polip yang  dijumpai.
  • Sigmoidoskopi fleksibel. Ujian ini seperti kolonoskopi, kecuali tiub penglihatannya lebih pendek. Maka doktor hanya melihat pada bahagian akhir kolon anda. Doktor akan membuang polip ketika menjalankan ujian ini.
  • Ujian pemeriksaan yang kurang biasa termasuklah ujian DNA najis dan kolonografi tomografik berkomputer (CTC).

Bagaimanakah polip kolon dirawat?

Doktor anda akan membuang semua polip yang dijumpai ketika pemeriksaan usus. Pilihan yang ada ialah:

  • Buang semasa pemeriksaan. Kebanyakkan polip boleh dibuang menggunakan forcep biopsi atau gelung dawai untuk memegang polip tersebut. Ini mungkin dibantu dengan menyuntik cecair di bawah polip untuk mengangkatnya dari dinding untuk dibuang. Jika polip melebihi 2 cm, cecair mungkin disuntik di bawahnya untuk mengangkat dan mengasingkan polip dari tisu-tisu sekeliling supaya ia boleh dibuang (reseksi mukosa endoskopik).
  • Pembedahan invasif secara minimal. Polip yang terlalu besar atau tidak dapat dicapai dengan selamat ketika pemeriksaan selalunya dibuang melalui pembedahan invasif secara minimal.
  • Pembuangan kolon dan rektum. Jika anda mempunyai sindrom keturunan yang jarang, seperti FAP, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang kolon dan rektum (total proctocolectomy).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

Berikut merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasinya:

  • Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum.
  • Kurangkan makanan tinggi lemak, daging merah, dan makanan yang diproses.
  • Kurangkan pengambilan alkohol.
  • Jangan merokok
  • Amalkan hidup aktif dan kekalkan berat badan sihat.
  • Bincang dengan doktor tentang kalsium anda. Kajian menunjukkan dengan meningkatkan pengambilan kalsium boleh membantu mencegah pembalikan adenoma kolon. Namun adalah tidak jelas jika kalsium mempunyai apa-apa manfaat dalam melindungi diri dari kanser kolon.
  • Masalah aspirin. Penggunaan aspirin yang kerap boleh mengurangkan risiko anda mendapat polip. Namun aspirin juga boleh meningkatkan risiko pendarahan gastrousus Oleh itu, sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.
  • Sejarah keluarga. Jika anda mempunyai sejarah keluarga polip kolon, sila pertimbangkan kaunseling genetik. Jika anda telah didiagnosis dengan gangguan keturunan yang menyebabkan polip kolon, anda perlu menjalani kolonoskopi secara berkala bermula pada usia anak muda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Colon polyps. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-polyps/basics/prevention/con-20031957. Accessed Mar 17, 2017.
  2. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15370-colon-polyps
  3. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/they-found-colon-polyps-now-what
  4. https://gi.org/topics/colon-polyps/
  5. https://medlineplus.gov/ency/article/000266.htm

Versi Terbaru

20/08/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Anemia Sel Sabit, Penyakit Bahaya Yang Ada Had Umur, Pesakit Boleh Hidup Sampai Usia 40-an?

Jangan Buat Tak Tahu Kalau Najis Kerap Keluar Darah, No.5 Itu Paling MENAKUTKAN!


Fakta Disemak oleh

Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan