backup og meta

Banyak Lendir Pada Najis? AWAS, Anda Tinggi Risiko Alami 10 Masalah Ini!

Banyak Lendir Pada Najis? AWAS, Anda Tinggi Risiko Alami 10 Masalah Ini!

Kenapa najis ada lendir putih? Mungkin agak menggelikan untuk melihat tapi kalau anda perasan najis berlendir secara berlebihan, ia mungkin didasari oleh masalah kesihatan tertentu. Jadi, jangan pandang remeh, ya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Najis anda ada lendir?

Kenapa berak cair dan berlendir?

Lendir atau mukus adalah bahan pekat seperti jeli.

Umumnya, fungsi lendir ini adalah untuk melindungi dan melicinkan tisu serta organ dalam tubuh. 

Ia juga berperanan untuk mengurangkan kerosakan yang mungkin disebabkan oleh bakteria, virus atau fungus. 

Di samping itu, lendir turut bertindak sebagai pelindung tubuh daripada asid perut atau cecair mahupun perengsa yang boleh menyebabkan bahaya. 

Kewujudan tinja berlendir adalah perkara biasa.

Sebaliknya, mengalami peningkatan jumlah lendir pada najis mungkin merupakan petunjuk ada masalah kesihatan tertentu.

najis berlendir
Periksa tinja anda jika berlendir.

Menerusi perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan membantu anda untuk mengenal pasti keadaan yang mungkin menjadi punca kepada masalah najis berlendir hijau yang dialami.

Simptom tinja berlendir tidak normal

Apabila anda menyedari jumlah lendir pada najis banyak, ia adalah tanda keadaan tidak normal.

Ia tidak semestinya menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah kesihatan. Pun begitu, itu adalah tanda anda perlu lebih untuk memantau keadaan diri.

Najis berlendir secara berlebihan ada kalanya akan disertai oleh simptom lain, yang mungkin menjadi petanda masalah lebih besar.

Gejala itu merangkumi keadaan seperti:

  • Nanah atau darah dalam najis
  • Kesakitan, kekejangan atau kekembungan pada abdomen
  • Perubahan pada tabiat atau pergerakan usus

Punca najis dengan lendir tidak normal

Lapisan lendir pada usus berfungsi melindungi seluruh tubuh daripada sisa makanan dan patogen yang berpotensi mendatangkan bahaya. 

Tetapi sekiranya proses keradangan berjaya melepasi atau ‘memecahkan’ lapisan mukus ini, tubuh akan mengeluarkan tinja berlendir secara berlebihan.

Patogen yang sudah sedia ada di dalam usus besar akan mempunyai akses mudah untuk masuk ke dalam tubuh, sekali gus meningkatkan risiko untuk anda menjadi sakit. 

Walaupun virus seperti selesema dan flu juga boleh menghasilkan lendir berlebihan, ia hanya akan menjejaskan saluran pernafasan anda. 

Walau bagaimanapun, ia amat jarang untuk menyebabkan peningkatan jumlah lendir pada najis. 

Mengalami dehidrasi atau masalah sembelit juga boleh mengakibatkan penghasilan najis berlendir yang berlebihan. 

Biasanya keadaan ini berlaku secara tiba-tiba dan boleh hilang dengan sendiri atau melalui pengambilan ubat.

Beberapa keadaan kesihatan yang mungkin mendasari adalah seperti:

1. Penyakit Crohn

Merupakan penyakit radang usus yang mempengaruhi saluran pencernaan anda.

Gejala awal mungkin termasuk cirit-birit atau keletihan.

2. Fibrosis sista punca najis berlendir

Gangguan genetik yang mengakibatkan lendir tebal dan melekit.

Lendir ini sering terbentuk di paru-paru, pankreas, hati atau usus anda.

najis berlendir
Gangguan kesihatan juga jadi punca tahi berlendir.

3. Ulcerative colitis (UC)

Seperti penyakit Crohn, UC adalah penyakit radang usus.

Ia adalah keadaan kronik atau jangka panjang yang boleh menyebabkan masalah keradangan pada usus besar atau rektum anda.

4. Sindrom rengsa usus (IBS) 

IBS boleh mengakibatkan gejala seperti sakit perut, kekejangan, dan cirit-birit tetapi tidak menyebabkan keradangan.

Najis lendir akibat 5. Jangkitan usus

Jangkitan usus juga boleh menyebabkan lendir pada najis.

Contoh jangkitan yang boleh dialami termasuk daripada bakteria seperti salmonella dan shigellosis – biasanya boleh berlaku daripada memakan makanan tercemar.

Najis lendir akibat 6. Jangkitan parasit

Jangkitan parasit mempunyai pelbagai sebab dan gejala yang boleh terjadi kepada seseorang individu.

Jangkitan ini mungkin boleh disebabkan oleh malaria – berpunca daripada nyamuk yang dijangkiti – dan trichomoniasis, jangkitan kelamin.

najis berlendir
Jenis makanan yang baik untuk penghadaman,

7. Isu penyerapan (malabsorption issues)

Masalah berkaitan penyerapan berlaku apabila usus anda tidak dapat menyerap nutrien tertentu dengan betul. 

Keadaan yang boleh berlaku termasuklah intoleransi laktosa dan penyakit seliak.

8. Fisur dubur punca najis berlendir

Anal fissures adalah luka kecil pada lapisan dubur anda.

Perhatian!

Ia mungkin berkaitan dengan penyakit radang usus seperti penyakit Crohn atau ulcerative colitis.

9. Fistula dubur punca tinja berlendir

Masalah anal fistula boleh terjadi apabila abses atau luka pada dubur tidak sembuh dengan betul mahupun tidak dirawat.

10. Kanser kolorektum

Turut dikenali sebagai kanser usus atau kanser kolon – terjadi pada usus besar atau rektum – boleh menyebabkan simptom seperti darah dalam najis, pendarahan rektum dan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mucus in stool. https://www.mayoclinic.org/mucus-in-stool/expert-answers/faq-20058262. accessed on May 4, 2021
  2. Mucosal bacterial microflora and mucus layer. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2776855/. accessed on May 4, 2021
  3. Mucositis.https://www.nhs.uk/conditions/mucositis/. accessed on May 4, 2021
  4. Reinforcing the mucus: a new therapeutic approach for ulcerative colitis?. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15951531/. accessed on May 4, 2021
  5. Ibs vs ibd. https://www.crohnscolitisfoundation.org/what-is-ibd/ibs-vs-ibd. accessed on May 4, 2021

 

Versi Terbaru

24/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Larat Asyik Berulang-alik Ke Tandas, Rawat Cirit-birit Di Rumah Dengan 10 Cara Ini!

Info Lengkap Mengenai Kembung Perut


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan